12 Benda Yang Menarik di Changi Airport

Wiiittt wiiitt… heeyah!

Syukur Alhamdulillah tercapai impian nak melepak di Changi Airport.

Masa Lyna Noh kongsi gambar cantik di Changi Airport, terus rasa isshh aku kena sampai sini. Walaupun sedar nak naik SIA tu mahal yakmat.

Siapa sangka trip singkat Cik Mien dan Kak Mel ke Halloween Horror Nights 9 Universal Studio Singapore membawa kami ke Changi Airport.

Memandangkan HHN9 habis pukul 1-2 pagi, tak kan nak naik teksi masuk Johor plak. Jadi kami terus beli ticket Jetstar dari Singapore ke KLIA2. Makanya pagi yang sore sore tu kami berembun di Changi Airport.

Dari USS kami memilih Grab untuk ke Changi Airport. Pakcik Grab gelakkan kami berdua sebab datang ke Singapore semâta-mata nak tengok hantu. hihi…

Gasak le kan. Sekali seumur hidup haruslah ada pengalaman begini.

Sepanjang perjalanan kak mel je la yang layan Pakcik tu berborak. Cik Mien dah ketiduran. Katanya rakyat Singapore tak berapa suka dengan kerajaan yang buat attractive macam Jewel tu. High maintenance dan menggunakan duit rakyat.

Entah lah kan. Bagi Cik Mien, untuk negara kecil seperti Singapore memang perlu sangat attraction sebegitu. Ye la derang mana de sumber pertanian seperti Malaysia. Yang ada industri, pelabuhan dan pelancongan. Itu je la aset negara derang.

Sebelum sampai sempat kami study apa yang menarik di setiap terminal. Flight kami akan berlepas di Terminal 1. Jadi kami minta Pakcik Grab hantar terus ke The Jewel, salah satu tempat tarikan utama di sini.

Kalau baca kat info laman web Changi Airport, kami sebenarnya dah tertinggal keretapi.

Sesampai je, tempat tu dah bergelap. huhuhu… frustnya. Pekerja duk sibuk buat kerja-kerja pembersihan.

Jewel Singapore

Alahai… nak je minta belas kasihan buka lampu, tapi siapa la kita kan. kena la behave bila di negara orang.

Rain Vortex itulah yang kami nak sangat tengok. Rupanya siang dan malam sangat berbeza setting rain vortex ni.

Kami naik gak le sampai ke tingkat 5. kononnya nak cuba nasib kot le derang buka lagi. sekali kecewa. huhuhu…

tak pe la. next time Cik Mien pastikan untuk tidur di Aerotel semalaman semata-mata nak jejak semua terminal.

sebenarnya negara seperti Singapore ni banyak lagi yang Cik Mien belum khatam. tok sah la cite negara yang jauh. cukup le Singapore ni pun banyak lagi yang belum dijejaki. hihihi…

ok korang. suka sangat update blog skang ni. dapat berborak di sini pun dah rasa seronok. lebih-lebih lagi update cite jalan-jalan cari makan or cari pasal. hahaha…

teruja Cik Mien dengan Kinetic Rain ni. gigih nak susun dan bersihkan habuk. hihi…

till then.

xoxo

Cik Mien

Love to travel and eat.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.