2 Wanita Yang Saya Kagumi

Assalamualaikum w.b.t,

Baru-baru ni tetiba Mien teringat dengan 2 orang wanita ini. Kedua-duanya Mien sanjung sebab banyak memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana.

Tapi bila Mien tanya encik Google alih2 dapat berita yang tak berapa best.

Tak tahu la kenapa salah seorang tetiba senyap menghilang dan seorang lagi memang dah jelas tak nak teruskan apa yang beliau dah lakukan.

2 Wanita tersebut adalah…

Tunku Zaidar– Pengasas kepada Zai’s Beauty Formula.

Dr Tunku Zaidar

Mula mengenali dan menggunakan produk keluaran beliau masa Mien bujang lagi. Sempat la amek pakej untuk naikkan seri wajah sebelum kahwin tahun 2007.

Produk beliau sangat bagus sebab mudah ditanggalkan bila kita nak solat. Sebab itulah Mien suka dengan produk Zai’s Beauty Formula. Dan lagi tiada alkohol sebab Tunku Zaidar menggunakan bahan semulajadi untuk menghasilkannya.

zbf

Baru ni la Mien teringat nak mula guna semula sebab maklum le produk beliau hanya boleh didapati di cawangan sahaja jadi manjang bila plan nak pergi ke sana selalu tunda. Last2 bila Google baru tau yang Tunku dah hentikan pengeluaran.huhu sedih…

Farah Farhan– Pengasas Sarakids

farah farhan

Bagi mereka yang seusia dengan Mien mesti kenal Farah Farhan ni. Antara femes blogger gak dulu dan dia juga pakar laktasi. Banyak orang terinspirasi dengan Farah sebab dia rajin berkongsi tentang perjalanan penyusuan bayi.

Bermula dengan usaha menyusukan bayi sendiri dan menggunakan blog sebagai platform untuk berkongsiĀ dengan semua orang.

Sape yang baca blog dia mesti rasa teruja dan bersemangat untuk menyusu anak. Skang ni tengok blog dia sepi. Tak pe la mungkin dia sibuk. Harap2 Farah dapat buat comeback tahun ni.

Ok entry ni saja2 khususkan untuk mereka berdua. walaupun tak pernah bersua tapi rindu tu tetap bertamu di hati. itulah kuasa blog walaupun di alam maya tetapi rasa seperti dekat je.

4 Comments

  1. mrhanafi January 29, 2016
  2. Fatin February 9, 2016
    • Mien February 10, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge