Preggy Log 3rd Baby

Ok…rasa cuak dan tak sabar sedang silih berganti. Walaupun ini kali ketiga senang cite pengalaman setiap kali hamil memang berbeza.

Sebelum bersalin teringin nak buat entry khas untuk momen sepanjang mengandung anak ketiga. Maka terhasil lah entry ini, dan walaupun terlewat sedikit yang penting inilah pengalaman hamil anak ketiga.

keepcalmbaby3

1-3 bulan, trimester pertama

Dapat tahu hamil sebulan selepas hadir seminar IMKK dan MMM dengan Dr. Azizan Osman, sepanjang berseminar memang memerlukan tenaga yang sangat tinggi. Mujur lah kesihatan pun ok. Peringkat mula-mula ni tak de pun rasa mual cuma selera makan biasa biasa aje. Bila dah masuk bulan ketiga, gastrik semasa hamil makin teruk.

4-6 bulan, trimester kedua

Masih gastrik sehingga bulan ke 5. Hati dah mula bimbang sebab tak lama lagi umat Islam berpuasa. Kali ni nekad kalau boleh nak cuba ambil kesempatan untuk berpuasa penuh. Dari awal lagi setiap kali selepas solat mohon dengan Allah S.W.T agar diberi peluang untuk puasa penuh dan diberi tenaga sepanjang berpuasa.

Alhamdulillah walaupun bulan sebelum tu gastrik amat teruk, kuasa doa membolehkan Mien dapat berpuasa penuh. Sangat bersyukur dan rasa nak menangis. Di samping doa, harus juga kita berusaha dan sebagai contoh, kali ni percubaan berpuasa dengan set hamil Shaklee benar2 membantu.

Tahun ni beraya di Seremban dan Kuala Pilah. hehe… betul-betul balas dendam. sebab bulan puasa pun Mien masih rasa kurang selera makan. Pelik kan?

Dalam tempoh ni gak kerja di opis buat Mien banyak out station. Ada sekali tu sampai ke Mulu, Sarawak.hihi… out station memang agak memenatkan tetapi masa ni la nak rileks kan diri daripada rutin harian.  IMG_6584

Seingat Mien, setiap minggu ada je program out station, selepas Mulu sambung ke Perak, Kedah, Pahang. Sampaikan hasben bising sebab risau dengan kesihatan diri. Apa nak buat kita kan kerja makan gaji.huhu..

7-9 bulan, trimester ketiga

Walaupun dah masuk trimester ketiga perut Mien kali ni comel je. tak besar mana pun. kiranya kalu nak naik flight pun lepas lagi.hihi…

Apapun setiap kali check up di Klinik Kesihatan berat baby bertambah je. Jadi tak de la risau sangat. Yang penting dua2 sihat. Bila dah masuk trimester ketiga, badan dah mula rasa sakit belakang.

Bila Google ada dua pendapat berbeza. Ada yang rekomen berurut dan ada yang tidak. Sebab dah tak tahan sangat asyik sakit belakang sampai kan tidur pun terganggu jadi berurut gak. Alhamdulillah lepas berurut tu memang rasa lega yang amat. Tips berurut sebelum bersalin ialah kita mesti kenal atau sekurang-kurangnya dapatkan tukang urut yang direkomen oleh mereka yang pernah mendapat servis.

Bila umur meningkat diakui pengalaman hamil juga berbeza. Sepanjang kehamilan ini Mien sangat bergantung pada set hamil Shaklee. Alhamdulillah set hamil Shaklee benar2 membantu tubuh badan untuk lebih bertenaga dalam menguruskan kerjaya dan rumah tangga.

Mien

-don’t get sick naturally-

Leave a Reply

CommentLuv badge