3 Aksi Kerja Dari Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Covid19

Entry kali ini Cik Mien saje nak buat sebagai kenangan peribadi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP dek penangan wabak Covid19.

Kecoh di laman media sosial berkenaan saranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya ibu bekerja dari rumah menjaga penampilan diri.

ramai yang mengulas mengatakan agak sukar bagi mereka untuk cuba berpakaian seperti di pejabat memandangkan masing-masing perlu juga memberi komitmen ke atas urusan rumahtangga.

maklum le bila dah PKP, kebanyakannya(termasuk cik mien sendiri) perlu menyediakan makan tengahari untuk keluarga.

ye la kan dalam keadaan begini tak kan nak order grab food pula. dengan ahli keluarga yang ramai memasak sendiri adalah lebih menjimatkan.

sejak keluar tips untuk ibu bekerja dari rumah ini, maka terhasil lah beberapa posting di media social, Facebook.

gambar diambil daripada pemilik akaun yang bernama Tasneem A Bakr.

hihi serius Cik Mien rasa kelakar sangat dengan gaya nya yang selamba menyahut cabaran tips kerja dari rumah.

tak dapat bayangkan bagaimana la di tengah2 sejuk gedi berpakaian baju kurung begini. pasti agak sukar kan untuk kita buat sesuatu kerja.

apapun gelagat beliau sangat mencuit hati.

teruja nak mencuba, kami pun join sekali menyahut cabaran berpakaian kemas.

nah ini aksi kami. hihihi…

berkebaya batik lagi tau. hahaha…

haa bila dah terkurung begini macam2 idea je nak buat. nanti next entry Cik Mien kongsi pula menu masakan rakyat Malaysia sepanjang covid19.

apapun syukur negara kita masih selamat dan aman damai.

semoga kita dapat kembalikan kehidupan kita semula. amina

2 Comments

  1. mrhanafi April 20, 2020
    • Mien April 22, 2020

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.