3 Cara Memilih Vitamin C Yang Terbaik

Bila sebut Vitamin C biasanya ia sinonim dengan buah oren. Agaknya mampu ke nak makan buah Oren setiap masa? Mampu ke tak Cik Mien dapati ramai juga yang belum faham akan keperluan Vitamin C dalam diet mereka. Entri ini membantu anda memahami akan keperluan vitamin C dan cara memilih vitamin C yang terbaik. 

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan.

1.Ye inilah hakikatnya yang mana badan kita tidak menghasilkan sebarang Vitamin C. Sebaliknya kita      perlu dapatkan daripada pemakanan/cadangan supplemen.

2. Berbeza dengan haiwan, golongan ini menghasilkan vitamin C sendiri. Seekor arnab mampu menghasilkan 18000mg vitamin C.

5 Manfaat Vitamin C untuk tubuh badan kita

1. Badan kita memerlukan Vitamin C kerana ia memainkan banyak peranan seperti coenzyme, antioksidan dan penggalak sistem imun.

2. Vitamin C bertindak sebagai coenzyme yang diperlukan untuk mensintesis dan juga untuk membuat kolagen, iaitu protein paling banyak di dalam badan kita. Kolagen banyak terdapat dalam tisu penghubung anda, yang menyokong dan menyambung semua bahagian badan kita.

3. Protein banyak diperlukan untuk tulang, gigi, kulit dan saluran darah yang sihat. Sekiranya diet kita didapati kurang Vitamin C, ia akan menjejaskan keseluruhan badan.

4. Seperti beta-karotena dan vitamin E, vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang boleh muntuk mencegah pertumbuhan radikal bebas, molecular bermasalah yang merosakkan sel. Ia juga membantu anda menyerap zat besi dalam makanan tumbuhan seperti bijirin.

5. Untuk mereka yang mengalami anemia, mengamalkan Vitamin C beserta zat besi boleh membantu meningkatkan jumlah penyerapan zat besi.

6. Vitamin C membantu menjaga sistem imunisasi badan kita dengan menggalakkan sel darah putih yang mana membantu melawan sebarang jangkitan/bakteria.

Sumber Vitamin C

1. Ramai yang mengganggap sumber vitamin boleh didapati secara semulajadi daripada makanan. Ia adalah anggapan yang baik untuk kita ikuti namun secara amnya ia tidaklah begitu.

2. Kajian mendapati apabila 36 orang dengan diberikan sebanyak 50mg  Vitamin C sama ada dalam bentuk  buah kiwi atau supplemen yang mengandungi Vitamin C, hasilnya tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam jumlah Vitamin C yang diukur dalam cecair dan tisu badan tanpa mengira bentuk vitamin C yang mereka ambil.

3. Vitamin C boleh didapati daripada sumber makanan, kebanyakannya daripada buah-buahan dan sayuran seperti oren, tembikai, anggur, kiwi, mangga, brokoli, tomato, sayuran hijau, dan buah beri.

4. Kita mungkin beranggapan dengan makan 5-9 hidangan buah sudah cukup untuk membekalkan Vitamin C yang diperlukan oleh badan.

5. Hakikatnya, jumlah tersebut masih belum mencukupi kerana dikhuatiri khasiat Vitamin C berkurang disebabkan oleh faktor cahaya, udara dan haba.

6. Penurunan khasiat ini berlaku akibat kaedah penyediaan buah-buahan tersebut. Kajian mendapati buah-buahan dan sayuran hari ini didapati mengandungi 30% kurang vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran datuk nenek kita.

Dos Pengambilan Vitamin C

1. Di pasaran, kita ditemukan dengan bermacam-macam jenis Vitamin C yang dijual. Ada yang dalam bentuk suntikan, tablet/kapsul atau cecair. Setiap kapsul yang dijual mempamerkan label yang berbeza. Ada yang 100mg, 500mg dan juga 1000mg.

2. Mengikut North American Dietary Reference Intake, dos yang dicadangkan ialah 100mg sehari dan tidak melebihi 2grams (2000mg) sehari bagi orang dewasa yang sihat.

3. Pengambilan bagi mereka yang sihat boleh didapati daripada pemakanan yang seimbang. Namun bagi wanita hamil, perokok atau individu yang bekerja dalam keadaan stress memerlukan dos yang lebih tinggi sedikit.

4. Bagi wanita hamil, dos yang dicadangkan adalah minimum 85mg sehari dan tidak melebihi 1000mg sehari. Kanak-kanak yang berumur sehingga 3 tahun hanya boleh mengambil sehingga 400mg sehari manakalan umur 4 hingga 8 tahun boleh mengambil sehingga 650mg sehari. Kanak-kanak yang berumur 9 hingga 13 tahun pula boleh mengambil sehingga 1200mg sehari.

Kesan Pengambilan Vitamin C berlebihan

1.Sifat Vitamin C ialah mudah larut air.

2. Mengambil Vitamin C secara berlebihan(megadose) boleh menyebabkan kita mengalami diarrhea dan nausea. Sekiranya kita mengalami keadaan tersebut, maka kurangkan dos Vitamin C untuk pengambilan seterusnya.

3. Sistem badan kita adalah yang terbaik dicipta oleh Yang Maha Pencipta. Ia akan menyerap, memetabolisme, menyimpan dan mengeluarkan vitamin sehingga mendapat apa yang diperlukan untuk berfungsi dan menghilangkan lebihan yang tidak diperlukan. Lebihan Vitamin C tersebut akan dibuang melalui urin kita.

3 Cara Memilih Vitamin C Yang Terbaik

1. Diperbuat daripada bahan semulajadi.

Yakni bebas daripada perasa tiruan, pewarna, pemanis atau bahan pengawet tambahan. Cara nak tahu, mudah je. Selain daripada check bahan, rasa vitamin C tu masam seperti mana kita makan buah oren.

2. Yang mengandungi bioflavonoid.

Bioflavonoid adalah antioksidan. Ia membantu untuk menambah kecekapan penyerapan Vitamin C ke dalam tubuh badan kita.

Sumber bioflavonoid boleh didapati daripada sumber makanan. Contoh Vitamin C Shaklee, bioflavonoid diperoleh daripada kulit oren.

3. Yang mempunyai ciri Sustained Release.

Maksudnya yang boleh melepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam. Ia sangat bagus untuk memastikan badan kita sentiasa dibekalkan vitamin C untuk keperluan harian.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge