3 Cara Tingkatkan Kalsium Untuk Elak Tulang Mudah Reput

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Entry kali ni Mien nak kongsi mengenai serba sedikit satu-satunya pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hamil anak ketiga tempoh hari. Ada benarnya bila mana kita hamil di usia 30 ke atas segala aspek kesihatan perlu dititikberatkan. Kenapa begitu?

Berbanding kehamilan yang lepas, kehamilan anak ketiga barulah Mien rasa bagaimana peritnya sakit belakang. Sebelum ni hanya mendengar kawan-kawan je bercerita tetapi kali ni sendiri merasa.huhu…

Jadi sejak dari situ lah timbul kesedaran yang pengambilan kalsium sangat penting untuk tubuh badan agar dapat mengurangkan risiko tulang rapuh dan seterusnya osteoporosis.

Antara individu yang dikenalpasti memerlukan kalsium…

Pentingnya Kalsium Untuk Ibu Hamil

Kalsium adalah sangat diperlukan oleh ibu hamil kerana di peringkat kandungan memasuki usia 5 bulan dan ke atas, pembentukan tulang janin akan berlaku. Sekiranya berlaku kekurangan kalsium di dalam badan ibu, maka kalsium yang terdapat pada tulang ibu akan ditarik untuk memenuhi keperluan pembentukan tulang janin. Tanda-tanda ibu hamil mengalami kekurangan kalsium adalah gusi berdarah ketika menggosok gigi, sakit belakang yang kerap dan sakit di sekitar pinggul.

Sedikit info mengenai keperluan nutrisi ibu hamil dan menyusu badan berbanding mereka yang normal…

nutrisi ibu menyusu

Pentingnya Kalsium Untuk Ibu Menyusu

Sebagai wanita keperluan kalsium tidak terhenti kerana sebaik sahaja bersalin, ibu digalakkan untuk terus memastikan pengambilan kalsium dalam menu harian. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang menyusu badan. Seeloknya teruskan amalan pengambilan kalsium sepertimana sewaktu hamil.

Bayi akan peroleh zat dan khasiat yang diperlukan melalui susu ibu. Segala zat yang diperlukan oleh bayi akan diserap daripada badan ibu dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Oleh itu, pentingnya ibu yang menyusu badan memastikan tubuh badan dilengkapi dengan zat yang cukup agar kelak badan tidak sengsara.

Bagi sesetengah orang Melayu menu berpantang adalah sangat ketat. Menu nasi hanya berlaukkan ikan atau daging bakar sahaja. Sayur dikatakan ‘sejuk’ atau boleh menjadi sebab kekembungan pada bayi untuk semasa tempoh berpantang. Sekiranya anda mengamalkan diet sebegini, adalah disarankan untuk mengambil supplemen sebagai gantian kepada zat yang tiada di dalam menu.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan susu ibu merudum semasa tempoh ‘uzur’, risiko osteoporosis dan juga cepat penat.

Pentingnya Kalsium Untuk Wanita Menopaus

Wanita yang berumur 40 tahun ke atas amat memerlukan khasiat kalsium dalam diet mereka. Ini kerana pada peringkat umur begini kekurangan kalsium boleh membawa kepada risiko osteoporosis.

Dan sekiranya tidak dicegah daripada awal, apabila umur semakin meningkat sehingga 50 tahun, pada peringkat ini wanita akan mengalami gejala menopaus iaitu putus haid.

Oleh itu, pentingnya pengambilan kalsium di peringkat awal agar dapat mencegah menopaus dan osteoporosis daripada menjadi lebih teruk.

Makan Makanan Yang Memberikan Kalsium

sumber kalsium

Antara makanan yang boleh memberikan kalsium kepada tubuh badan kita ialah keju, yogurt, brokoli, bayam, kacang soya, ikan salmon, oatmeal, brokoli, pisang. Pastikan salah satu menu di atas diambil dalam menu seharian anda.

Amalan Meminum Susu Sebelum Tidur

Minum susu segelas sebelum tidur bukan sahaja membantu membekalkan kalsium malah boleh membuat tidur kita lebih nyenyak.

susu_tulanggigi

Amalan ini nampak mudah dan ringkas tapi memberikan manfaat yang banyak kepada tubuh badan kita. Antaranya melancarkan pencernaan dan membuat perut kita berasa kekenyangan.

Amalkan Supplemen Ostematrix Shaklee

Bagi mereka yang menghidap gastrik atau alah pada susu, salah satu pilihan yang disyorkan adalah dengan mengambil makanan tambahan atau supplemen.

Malah supplemen juga adalah pilihan terbaik bagi mereka yang sentiasa kerja luar. Jadi Mien syorkan Ostematrix Shaklee sebagai supplemen kalsium anda.

ostematrix

Ostematrix bukan sekadar kalsium semata-mata kerana ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memberikan kesihatan yang optimum. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
♠Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
♠Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
♠Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wanita ini pernah merasa sakit tulang belakang semasa menyusu badan sehinggalah…

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mien

PM/WA 012 381 3525

FB Page: Healthy Inside.co

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.