3 Sebab Anda Harus Bersarapan di Kenny Hills Bakers

Assalamualaikum w.b.t dan Hi,

Lama sudah Cik Mien kurang update misi jalan-jalan cari makan.

Situasi semasa buat masa ini tak berapa nak mengizinkan.

Setiap hari kes Covid-19 meningkat dan memberi kesan kepada hidupan di seluruh dunia.

Mujurlah sebelum PKP bulan Januari, Cik Mien berkesempatan minum petang bersama rakan sekolah yang dah lama tak berjumpa di Kenny Hills Bakers.

Cuma tempoh hari tak sempat nak buat video, jadi kali ini Cik Mien buat kujungan kali kedua untuk bersarapan dan merakam video untuk vlog channel Youtube.

Meh Cik Mien kongsi 3 sebab anda harus bersarapan di Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku.

Pilihan Pastries Yang Banyak Sampai Rambang Mata

Yesza, di sini ada pelbagai pastries yang super sedap untuk anda pilih.

Kalau sarapan di Kenny Hills Bakers, semua jadi rambang mata.

Cik Mien pinjam gambar dari Facebook Kenny Hills Bakers. Nak bagi korang rasa tak sabar ke sana. hihihi…

Ini menu wajib makan untuk kunjungan korang yang pertama. Siyes peach strudels ni sangat sedap dan super rangup. Didatangkan dengan cream yang kurang manis, memang seswai untuk mereka yang tak berapa suka makanan manis. Ye Cik Mien orangnya. hihi…

Haa ce tengok ni, kalu sekali order memang penuh meja wei.

Cheesecake Yang Sedap dan Tidak Muak

Ini sebab kedua yang buat Cik Mien nak repeat makan lagi dań lagi ke Kenny Hills Bakers.

Cheesecake di sini 200% memenuhi selera Cik Mien.

Sekali lagi, ia kurang manis dan langsung tak muak.

Bayangkan kami mampu habiskan peach strudels, waffle dan salted caramel apple cheesecake dalam masa sejam. hahaha

Kalau anda pilih kek elok padan dengan minuman kopi. Fuh, lagi mengancam.

Last but not least,

Ada menu wood oven pizza

hehe… Cik Mien cukup suka pizza yang dimasak secara wood oven ni.

biasanya dihidang untuk lunch dan ke atas.

crust yang nipis dan penuh topping. memang syiok.

datang sini harus diet kita ke laut.

tak pe sekali sekala perlu manjakan perut dengan makanan yang sedap2.

boleh tonton video Cik Mien untuk dapatkan feeling tak sabar breakfast di Kenny Hills Bakers.

suka dengan entry atau video ini? sila like, share dan subscribe.

xoxo

Cik Mien

Your skin engineer

One Response

  1. mrhanafi February 18, 2021

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.