3 Sebab Anda Harus Tonton Power Couple JBU Talk Show

Assalamualaikum w.b.t dan Hi,

Owh my! Rindunya nak menulis di sini. Kehidupan Cik Mien sekarang agak sibuk dengan 2-3 perkara dalam hidup.

kemain bunyi sibuknya mengalahkan Perdana Menteri. Tapi lepas Cik Mien mendengar perkongsian dua pasangan sejoli ini, barulah sedar alahai ada lagi rupanya orang yang lagi super duper sibuk daripada kita malah menghadapi pelbagai dugaan.

ye la kan, kadang2 kita rasa situasi diri macam super duper hectic, rasa diri ini worst sangat. apapun selepas mendengar perkongsian mereka, Cik Mien rasa lebih semangat. meh baca sinopsis kisah pasangan suma isteri ini.

Sedikit latar belakang mereka

Dr Khairil Idham dan Pn Salwa Saleh, merupakan pasangan yang mempunyai 4 anak lelaki dan 3 daripadanya mempunyai masalah kesihatan.

Kali ini mereka dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka membesarkan anak-anak melalui platform Just Be You(JBU) Talk Show.

Sepanjang satu jam talk show, ini tips yang mereka kongsikan;

Tips Bekerja Dari Rumah

Apa yang menariknya ialah di kala orang lain masih struggle untuk bekerja dari rumah, Pn Salwa sudah lama memulakannya. Sebaik sahaja berhenti kerja dari dunia korporat demi menjaga anak-anak mereka, beliau juga menjalankan perniagaan online.

Dan pesanan beliau, untuk mereka yang pernah teringin berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sambil menjaga anak-anak di rumah, inilah peluang anda untuk mengetahui sejauh mana kemampuan diri.

Mereka berdua sependapat yang diri masing2 mempunyai kekuatan dan kelemahan, apa yang penting ialah saling melengkapi.

Seterusnya, bila dah seorang sahaja yang bekerja, bagaimana pula mereka merancang dan mengurus kewangan keluarga? Ini yang mereka kongsi.

Tips Merancang dan Mengurus Kewangan Selepas Single Income

Apa yang mereka buat ialah dengan melantik salah seorang sebagai Menteri Kewangan. Dan orangnya ialah Pn Salwa.

Bagi pasangan ini, mereka memilih berbelanja secara besederhana. Tidak terlalu mewah dan tidak pula boros.

Keutamaan kewangan mereka pula adalah untuk kesihatan anak-anak.

Tips Untuk Pasangan Yang Super Sibuk

Part perkongsian yang paling Cik Mien suka ialah bagaimana mereka memastikan jadual harian, tugasan kerja dań temujanji kesihatan anak-anak sentiasa dipenuhi dengan menggunakan aplikasi Google Calendar.

Masing-masing harus update calendar supaya tak perlu nak bertanya banyak kali dan dengan cara ini ia amat mudah malah lebih teratur.

Nak kan lagi tips daripada mereka berdua?

https://www.facebook.com/104819914607957/videos/1165642993818745

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.