3 Sebab Anda Patut Cuba Apple Strudel Ini

Assalamualaikum w.b.t dan Hi Semua,

Kali ini kita review pasal makanan plak la ye. Bosan plak kalau blog ni cerita yang sama je. hehe…

Kisahnya hasben Cik Mien ada join kelas memasak dengan chef ni. Masa kelas tu chef bagi rasa apple strudels dan eclairs. Balik daripada kelas terus hasben bercerita kesedapan yakmat sangat dedua makanan tu.

Haish Cik Mien cakap tak leh jadi. Cik Mien memang suka pastri dan kek. Hantu sangat bila jumpa dedua ni. Sape gang?

Jadinya Cik Mien cuba order dari IG chef tu. Sebab rasa kurang sabar, Cik Mien merayu kat hasben minta order terus personally. Alhamdulillah mujur chef tu terima. hahaha…

Apa yang best sangat dengan apple strudel chef tu? Ni haa 3 sebab anda patut cuba Apple Strudel daripada All About Taste.

Apple Strudel Yang Fluffy

Fluffy atau Gebu. Yes. Suka dengan kulit pastri yang menyaluti apple strudel ni. Cik Mien tak pernah rasa selembut ini.

Bila masuk dalam mulut, rasa mudah je nak mengunyah.

Nampak tak bahagian atas yang kekuningan tu? Haa anak2 kami paling suka part atas tu.

Lihatlah lapisan-lapisan strudel ni. haaa tebal yang tak muak dan boleh makan non stop tau.

Apple Strudel penuh dengan kerangupan buah apple

Dah nama pun Apple Strudel jadi isi dalamnya buah apple. Sesungguhnya Cik Mien bukan peminat buah Apple. Tapi bila makan apple strudel ni, masya Allah Sedap. Buahnya dipotong petak halus dan rasa rangup.

Apple Strudel Yang Menggunakan Bahan Berkualiti

Sebenarnya kan hasben Cik Mien bump dengan chef ni sebab join kelas memasak Western Food

Dalam kelas ini lah chef ada terangkan bahan-bahan yang digunakan untuk semua makanan.

Hasben Cik Mien cakap semua bahan-bahan datang daripada jenama yang berkualiti.

Jadi tak hairan lah apple strudel dan eclair yang kami order tu sedap yakmat.

Sebenarnya banyak lagi menu makanan yang lain tau.

Ni antara yang Cik Mien capture daripada IG mereka. Bling bling nak memilih sebab semua nampak sedap. hahaha… bila lah nak insaf daripada kerja duk makan je ni.

haaa tu pasal la cik mien rasa rugi tau kalau kita ni tak memasal nak g wat bedah potong usus. eh tiber plak cite pasal ni. Udah nape.

hehe…sekadar selingan je. bagi cik mien yang kaki makan dan kaki jalan ni, banyak lagi usaha lain yang boleh dibuat untuk kita keep fit and healthy.

salah satu daripada nya ialah buat diet no sugar. jangan risau. sekali kita dah biasakan diri kita dengan no sugar in sha Allah nafsu mudah terkawal.

sekali sekala cheat day tu normal lah. kalau langsung tak cheat tu agak kurang normal dan luar biasa di pendengaran koklea Cik Mien.

hahaha

ok till then. jumpa lagi.

xoxo

Cik Mien

suka makan dan kaki jalan

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.