3 Sebab Anda Perlu Amalkan Supplemen Sebelum Anda Sakit Kronik Akibat Kurang Nutrisi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Penat sungguh hari ini sebab tetiba datang mood rajin nak memasak. Lumrah ibu bekerjaya bila dapat peluang memasak tu umpama bulan jatuh ke riba buat anak2 Cik Mien. Terutama sekali yang sulung, sebab dia seorang yang sangat cerewet tentang makanan. Dia lebih suka Cik Mien masak berbanding bungkus atau makan di luar.

Naluri seorang ibu semestinya mahukan yang terbaik, namun ada ketika kita bisa kecundang dek kerana kesibukan di pejabat mahu pun di rumah.

Tabiat Pemakanan

Jadi bila Cik Mien fikir ia satu perjuangan yang berpanjangan bila nak set tabiat pemakanan diri sendiri serta keluarga.

Sering persoalan yang ada di benak Cik Mien ialah adakah aku memberikan makanan yang berkhasiat atau tidak kepada anak2?

Bila datang rasa penat dari pejabat membawa sehingga balik ke rumah, Cik Mien akui tak larat nak masak. Untuk kenyangkan perut, pilihan yang ada ialah roti, makanan sejuk beku, makanan segera, atau bungkus dari luar. Fast food dan frozen food Cik Mien akui kadang2 sukar dielak akan tetapi sekarang Cik Mien berjaya kurangkan kepada sekali sebulan.

Kehidupan begini adalah terpaksa umpamanya seperti asal makan je. Bila check khasiat memang semua ke laut.

Korang rasa puas hati ke dengan cara hidup begitu? Sudah tentu tidak.

Selain itu, tabiat pemakanan yang sihat juga ialah menikmati makanan secara bersama-sama.

Ibu Zaman Dulu vs Ibu Zaman Moden

Masa kita kecil dulu, sesibuk mak kita pasti dia akan memasak hidangan air tangannya. Suweet kan?

Masak yang ringkas pun sedap contohnya telur masak kicap, sebab mak kita dulu nak suruh anak2 makan yang dari air tangan mereka. Siang malam mereka memasak untuk kita. Syahdu sungguh dengan mak.

Mak sekarang? Memasak adalah satu perkara besar bagi ibu bekerjaya di zaman moden. Ye la kan dulu kurang trafik jam sekarang ni kalau dah set nak memasak harus balik kerja tepat masanya.

Cuma Cik Mien nasihatkan sesibuk macam mana kita pun, elakkan daripada membeli frozen atau fast food. Kerana kedua-dua jenis makanan ini mengandungi radikal bebas.

Penyediaan masakan juga harus ditititkberatkan. Sebab kita sebolehnya mahu memelihara nutrisi yang ada di dalam makanan supaya kurang terjejas dengan cara masakan. Contoh, sumber protein seperti ayam, bila direbus atau dibakar terlalu lama, hasilnya akan menyebabkan nutrisi protein makin berkurang.

Makanan Sekarang vs Makanan Dulu

Ada beza ke?

Jawapannya ada. Cik Mien beri satu contoh, pisang goreng. Kalau masa zaman nenek kita, Cik Mien hanya kenal buah pisang yang dicelup dengan tepung, digoreng dan jadilah pisang goreng.

Zaman Cik Mien dengan anak-anak pula, kita didedahkan dengan pisang goreng yang dah siap masak, ditabur dengan keju dan bahan manis seperti coklat. Dapatlah kita makan pisang goreng cheese meleleh.

Itu baru contoh pisang goreng.

Ada banyak lagi contoh yang Cik Mien boleh kongsi akan tetapi hakikatnya makanan sekarang boleh menimbulkan dari sihat kepada menjadi kurang sihat.

Makanan sekarang penuh inovasi dan melazatkan. Jadi berhati-hatilah ye. Sebab anda adalah apa yang anda makan.

Dah jelas dengan 3 sebab ini? Hadamkan point di atas supaya mudah anda kenalpasti situasi sendiri.

Anda boleh nilai sejauh mana keperluan nutrisi yang anda perlu top up berdasarkan cara hidup dan pemakanan.

“Saya dah check point kat atas, betullah. Saya ni selalu amalkan beli fast food bila tak sempat masak di rumah.Apa yang saya patut buat sekarang?”

 

Gejala Yang Timbul Akibat Kurang Nutrisi

Sekiranya badan kita sering mengalami salah satu simptom berikut;

  • merasa keletihan,
  • mudah sakit,
  • warna kulit makin kusam,
  • nafsu makan makin bertambah dan
  • mengalami berat badan berlebihan/berkurang

Ini menandakan badan anda mengalami kekurangan nutrisi yang boleh memberikan kesan kepada produktiviti kehidupan seharian. Ia biasa terjadi kepada golongan kanak-kanak yang mana bila badan mereka kurang nutrisi, mereka akan

  • sukar fokus di dalam kelas/pembelajaran,
  • pertumbuhan dan perkembangan menjadi perlahan,
  • selalu sakit dan
  • mempunyai BMI yang kurang.

Paling penting, untuk memastikan sistem badan kita berjalan lancar, proses nyahtoksin perlu dilakukan pada setiap minggu.

Keperluan Nutrisi Harian Badan Kita

Sebelum tu, Cik Mien nak cerita sedikit apakah nutrisi wajib yang kita dapat daripada sumber makanan kita.

Protein: untuk membina blok asas untuk  tubuh yang sihat

Vitamin B: penting utk fungsi tubuh yg normal

Multivitamin:Mengisi jurang nutrisi anda

Vitamin C: untuk perlindungan dan imunisasi badan

Omega 3: utk menyokong kesihatan jantung dan mata

Mulai hari ini mula semak dan pastikan badan kita menerima kesemua nutrisi di atas.

Manfaat Set Daily Essential Shaklee kepada Keluarga Anda

Selain daripada mendapatkan nutrisi daripada pemakanan, kita juga boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan daripada supplemen.

Sehingga hari ini, syukur Alhamdulillah supplemen amat membantu dalam kehidupan Cik Mien sekeluarga. Salah satu ialah pengambilan ESP sebagai sumber protein yang memberikan manfaat untuk setiap ahli keluarga.

Ayah

  • Memberi tenaga berpanjangan
  • Mengekalkan kekuatan otot
  • Kesihatan Prostat

Ibu

  • Menggalakkan kulit berseri, rambut dan kuku sihat.
  • Menyokong kehamilan yang sihat
  • Menyokong penghasilan susu ibu

Anak

  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan
  • Untuk tulang yang sihat dan kuat
  • Menyokong kitaran bulanan yang sihat di kalangan wanita

Kemudian, pengambilan multivitamin seperti Vitalea yang kaya dengan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal membantu

Ayah

  • Menyokong kesihatan optimum
  • Nutrien penting untuk kesihatan optimum

Ibu

  • Menyediakan nutrisi asas untuk ibu dan bakal ibu

Anak

  • Mengisi jurang nutrisi dalam pemakanan seharian mereka
  • Untuk pertumbuhan dan perkembangan normal

Selalu ingat dalam diet kita, wajib pastikan pengambilan Omega 3 kerana ia membantu otak kita cepat menangkap apa saje ilmu yang kita belajar, jadi pastikan ahli keluarga mendapat nutrisi ini lengkap setiap hari.

Ayah

  • Meningkatkan kesihatan peredaran darah
  • Menyokong fleksibiliti sendi

Ibu

  • Menyokong tempoh penuh bayi dan berat bayi yang sihat
  • Mengurangkan risiko kemurungan

Anak

  • Kesan positif terhadap pembelajaran, ingatan dan perhatian
  • Untuk penglihatan dan fungsi mata yang lebih baik

Ingat, Vitamin B juga perlu ada dalam senarai nutrisi seharian kita. Di bawah ini adalah manfaat yang anda dapat bila kita bekalkan mereka semua Vitamin B.

Ayah

  • Memberi tenaga
  • Mengurangkan tekanan

Anak

  • Menyokong kesihatan sistem saraf
  • Membantu meningkatkan tumpuan dan fokus

Ibu

  • Mengurangkan risiko kemurungan
  • Menggalakkan kulit dan kuku yang sihat

Secara ringkasnya, nutrisi untuk keperluan harian kita mestilah mengandungi kesemua di atas dan Cik Mien boleh simpulkan dengan gambar di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cik Mien cadangkan usah bertangguh untuk mendapatkan set keperluan harian shaklee ini sebab lagi kita bertangguh, badan kita makin merana. Sebab semakin kurang nutrisi dalam badan dan kita sendiri lambat sedar, pada masa itu langkah mengubati akan membebankan kewangan anda.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.