3 Sebab Anda Perlu Memilih Kosmetik Organik

Hola!

Cik Mien teruja untuk berkongsi dengan anda yang koleksi kosmetik organik Cik Mien dah bertambah.

Cik Mien baru je beli BB Cream dan lipstick daripada web 100percentpure.

taaddaa… packaging nya comey dan cute

Bulan November lepas Cik Mien dah cuba bedak muka dan lipstick buttermatte. Sangat best sebab tekstur mekap nya ringan pada kulit kita.

Sejak dah jatuh cinta dengan produk jenama ni, terus Cik Mien tak pandang dah jenama lain.

3 sebab anda patut memilih jenama kosmetik organik

Kosmetik Organik Bebas Bahan Kimia

Jenama yang berasaskan organik dihasilkan dengan melakukan proses ekstrak daripada bahan semulajadi. Tiada bahan sintetik yang digunakan. Serta ia bebas daripada paraben dan SLS.

Kosmetik Organik Bebas daripada Bahan Yang Berasaskan Haiwan

Ini sangat penting.

Kerana bahan yang berasaskan haiwan biasanya menjadi punca kulit menjadi alergi.

Selain itu, menggunakan haiwan sebagai sebahagian daripada bahan produk adalah satu tindakan penganiayaan dan boleh memberi kesan kepada kitaran kehidupan.

Kosmetik Organik Mudah Mesra dengan Kulit Kita

Ye betul. Tidak dinafikan kosmetik organik sangat mudah untuk Cik Mien apply di wajah.

Kesannya muka kita sentiasa lembap dan berseri. Yang paling penting tekstur sangat ringan sampai tak terasa pun di wajah kita.

Review Cik Mien dengan 100percentpure

Harga Kosmetik Organik vs Kosmetik Sintetik

of course harga kosmetik organik mahal sedikit berbanding dengan produk lain.

harga berbeza disebabkan pembuatannya serta bahan yang digunakan.

Tahan Lama

Untuk diri Cik Mien, satu lipstick bertahan 5-6 bulan. Bedak muka yang Cik Mien beli pun masih belum habis lagi. hehe…

Sebenarnya ia menjimatkan poket kita kerana bila kita bahagikan kos dengan tempoh penggunaan, ia hampir menyamai dengan kosmetik yang biasa.

Guna sikit je dah memadai. tak perlu guna kuantiti banyak pun.

Tekstur yang ringan dan lembut pada wajah

Yeah, ini yang paling cik mien suka. dan selain itu juga ia Mesra solat. mudah dicuci dan hilang dengan cara membasuh muka.

Mudah dan cepat bersiap

Yeah dengan kosmetik organik tempoh cik mien bersiap sekejap je. hasben lagi suka hihihi…

dap dap dap terus wallaaa. hehehe…

by the way, selain Cik Mien concern dengan kosmetik organik, Cik Mien juga menggunakan produk penjagaan muka organik: Youth Shaklee.

Alhamdulillah Cik Mien sangat love dengan perubahan kulit muka sendiri.

Nanti Cik Mien kongsi manfaat menggunakan satu jenama untuk produk penjagaan kulit muka ye.

owh yea, dengan pembelian BB cream dan lipstick butter matte tadi, Cik mien terima free gift daripada 100percentpure. sape suka freegift? Sepp sket..

taadaaa…

dapat sample foundation!

best kan? boleh la cik mien cuba bila ada event terdekat nanti.

jumpa lagi.

xoxo

cik mien sayang semua

One Response

  1. Ikhwan March 27, 2020

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.