3 Sebab Anda Wajib Menonton Resurrection Ertugrul

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ini Cik Mien nak kongsi satu drama bersiri yang super duper best-Resurrection Ertugrul.

Anda boleh menonton cerita bersiri ini di Netflix. Kalau tak de akaun lagi, nah cepat2 join ye.

Secara ringkasnya cerita ni ada 5 season, setiap season ada 80-90 episode.

Haaa lobam biji mata korang nak mengadap dan mengabeskan semua season.

Jangan risau, cerita ini tak de adegan romantis yang terlampau. Segalanya terkawal dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Apa yang terlampau ialah watak antagonis yang dibawa oleh pelakon. Memang bikin panas selagi watak tu belum kantoi dan dihukum pancung.

Ok bab pancung pun derang blur kan, jadi tak de la kita terbawa-bawa dałam mimpi.

Cerita ini memang best dan kami anak beranak memasing dah kemaruk dengan siri ini tau.

Sinopsis cerita ini…

“Kisah ini berlaku pada abad ke-13 dan menceritakan kisah Ertugrul yang merupakan bapa kepada Osman I, pengasas Empayar Uthamaniyyah.

400 khemah nomad besar menetap di Anatolia tetapi melalui masa sukar kerana kelaparan.

Semua pengembara ini ingin berhijrah ke tempat lain di mana mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Suleyman Shah yang merupakan pemimpin kumpulan ini (Kayi klan) ingin memberikan kehidupan yang lebih baik untuk bangsanya tetapi dia tidak mahu membuat keputusan cepat tanpa mempertimbangkan semua kesan sampingan.

Kerana alasan ini, beberapa orang nomad mula menyalahkannya kerana tidak dapat menjadi pemimpin yang baik.

Malah putera sulungnya, Gundogdu (Kaan Tasaner) mula mempersoalkan keputusannya.

Namun anak bongsunya Ertugrul mempercayai keputusan ayahnya sepanjang masa dan tidak mahu terlibat dalam masalah klan.

Ertugrul (Engin Altan Duzyatan) adalah seorang lelaki muda dan berani yang sering pergi berburu bersama tiga orang kepercayaannya.

Pada suatu hari, dia menyelamatkan nyawa seorang gadis muda bernama Halime (Esra Bilgic) dan keluarganya dari Temple Knights. Dia membawa mereka ke klannya sendiri tanpa mengetahui identiti sebenar mereka.

Halime dan keluarganya tergolong dalam keluarga bangsawan Empayar Seljuk dan akan dibunuh oleh Empayar sekiranya Ertugrul tidak menyelamatkan mereka.

Kerana takut ditangkap, mereka tidak mendedahkan identiti sebenar mereka.

Namun kedatangan mereka membawa kesukaran baru kepada klan Kayi, mereka harus melawan Empayar Seljuk jika mereka tidak membiarkan tetamu mereka pergi dan mereka harus melawan Temple Knights yang sedang mencari balas dendam.

Sementara itu, Ertugrul memikul beban klan Kayi dibahunya.

Dia harus mencari tanah baru untuk klannya.

Atas sebab ini, Ertugrul dan tiga orangnya pergi ke Halep untuk membuat perjanjian dengan Halep Shah: mereka menginginkan Tanah baru sebagai ganti bantuan mereka kepada Halep Shah terhadap Temple Knights dan non-muslim lain.

Ertugrul ingin berjaya dalam misi ini dan ingin kembali kepada klannya dengan segera untuk cinta pertamanya Halime.

Dalam siri TV Kebangkitan Ertugrul, anda akan meneroka bagaimana seseorang dapat mengubah nasib seluruh dunia.

Anda akan menonton kisah Ertugrul dan perangnya melawan Temple Knights dan Mongol yang akan memimpin kebangkitan Empayar Ottomon.

Adakah Ertugrul akan berjaya mengumpulkan semua orang Turki di bawah satu bumbung?

Adakah Ertugrul dan abangnya Gundogdu akan mula memperjuangkan takhta dan menjadi dua musuh?

Adakah Ertugrul dan Halime akan melalui semua kesukaran dan berjaya dalam cinta murni mereka?”

Teruja kan? Sekarang Cik Mien nak kongsi 3 sebab anda wajib menonton Resurrection Ertugrul ini.

Sesuai untuk mereka yang meminati kisah kebangkitan Islam

Eh kalau tak minat pun boleh jadi minat tău, lebih2 lagi untuk orang yang tak berapa ingat atau minat sejarah seperti Cik Mien.

Ertugrul ni adalah ayah kepada Othman, orang yang bertanggungjawab membina empayar Turki Uthmaniyyah.

Haa cerita ni mengisahkan bagaimana perjuangan mereka membina empayar Islam dari Suleyman Shah hingga kepada Ertugrul dan seterusnya anak ketiga Ertugrul, Othman.

Nama Othman ialah Othman Bin Ertugrul Bin Suleyman Shah. Jadi kesemua nama yang dibawa oleh watak adalah berdasarkan kisah benar.

Belajar Budaya dan Bahasa Turki

Salah satu impian Cik Mien dan suami, kami sama2 teringin nak travel ke Turki. Kononnya nak merasa naik belon.

Dan tak lupa juga nak jalan jalan cari makan di Turki.

Masa duk layan cerita ni kan, fuh rasa lagi tak sabar nak menjejaki kesemua tempat bersejarah yang dikaitkan dengan kebangkitan Islam.

Tengok makanan derang yang serba serbi ringkas dan sedap.

Bila dah layan banyak season, kami dah boleh la tangkap sikit2 bahasa Turki. chewah!

Semangat Perjuangan dalam Kehidupan Kita

Yang ini bunyi agak serius sikit, tapi memang betul. Dari siri Ertugrul ini, setiap ayat/perkataan yang terucap, buat kita mula mendalami bagaimana tekadnya Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Baginda dalam menyebarkan agama Islam.

Siri ini mengajar bagaimana kita harus teguh dengan pendirian apabila kita telah tetapkan misi. Selagi kita berada di jalan yang betul, kita harus teruskan sehingga berjaya dan tidak gentar dengan pihak lawan.

Begitulah hebatnya penangan cerita bersiri ini. Untuk rekod, ianya telah mendapat rating tertinggi dan top 3 di Pakistan serta negara yang mempunyai penduduk berbangsa Islam lain.

One Response

  1. mrhanafi February 18, 2021

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.