3 Sebab Perlu Amalkan Supplemen, ini cerita Cik Mien

 

Dalam 3 orang anak Cik Mien, salah seorang menghidap eczema. Walaupun dia dah faham serba sikit apa itu eczema, apa yang boleh dan tidak boleh, dan etc. Tapi dia pernah meluahkan ayat begini,”Kenapa saya seorang je yang kena?” Dia rasa rendah diri berbanding adik beradik yang lain sebab segan dengan kulitnya.

#1 Sebab Perlu Amalkan Supplemen untuk Zuriat Yang Sihat

Dari situ Cik Mien rasa sangat bersalah. Selepas dia, adik-adiknya yang lain Cik Mien mula mengamalkan supplemen semasa hamil. Sebab selain eczema, mereka juga berpotensi untuk mendapat lelah.

Baca buku dan tengok video mengenai pre pregnancy, semuanya menyarankan pemakanan yang cukup nutrisi/mengamalkan supplemen. Banyak juga teori dan prinsip tapi yang pasti kita usaha je. Sebelum hamil anak ketiga, Cik Mien konsisten dengan pengambilan multivitamin, vitamin C, asid folik.

#2 Sebab Amalkan Supplemen untuk Kurangkan Risiko  Anak Kerap ke Hospital

Semasa hamil tambah pula dengan calcium dan minyak ikan. Alhamdulillah, anak ketiga sehingga hari ini sihat, kurang masuk hospital berbanding abang dan kakaknya. Tiada eczema atau lelah sehingga hari ini. Alhamdulillah. Si abang dulu asyik kena amek neb je masa umur kurang setahun. Dah besar ni Cik Mien ajar dia amalkan minyak ikan, Alhamdulillah sihat waalafiat.

#3 Sebab Amalkan Supplemen Untuk Kehamilan Yang Bertenaga

Selain daripada sebab di atas, Cik Mien sendiri rasa perbezaan semasa hamil dengan mengamalkan supplemen berbanding tidak mengamalkan apa-apa supplemen.

Badan Cik Mien rasa bertenaga dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik.

Apapun mengamalkan supplemen ini berkesan untuk diri Cik Mien dan anak-anak, Sekurang-kurangnya Cik Mien ada pilihan untuk berusaha daripada menjadi teruk. Kalau orang kata sama je, bagi Cik Mien itu silap. Ada bezanya dan kesannya kita akan lihat untuk setiap proses dari sebelum embrio terbentuk sehinggalah dilahirkan menjadi bayi. Kalau tak cuba kita tak akan tahu/rasa perbezaannya.

keperluan makanan tambahan

Cik Mien rasa selesa dengan mengamalkan supplemen. Tiada sebab untuk menolak. Orang putih kata No turning back.

xoxo
Cik Mien
feel good with my life

Leave a Reply

CommentLuv badge