3 Tips Penampilan Diri Agar Customer Suka dan Repeat Order dengan kita

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Sejak Cik Mien berbiz Shaklee ni kan, Cik Mien sedar yang penampilan diri perlu seiring dengan apa yang kita sedang laksanakan i.e kalau jumpa klien untuk COD pun kenalah tunjuk kekemasan diri. Barulah orang nampak kita ni walk the talk. Bukan lah nak bergaya sangat pun cuma nak nampak kemas dan sedap mata memandang.

Korang tau kenapa kita kena jaga penampilan diri?

Dengan imej yang tepat, kita mungkin dapat meyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai-nilai positif, mampu keluarkan potensi diri dan kemampuan kita yang mungkin kita kurang perasan sebelum ini.

Orang kata kalau boleh biarlah kita menang saat first impression. Iaitu hanya 4 saat semasa perjumpaan awal.

Tanggapan orang terhadap kita adalah berdasarkan

55% visual, ketrampilan , bahasa badan

38% audio/cara kita brcakap

7% verbal atau content yang kita nak berbual atau bagitau pada orang

Jadi dari peratusan tu, memang ada pentingnya untuk kita menjaga penampilan semasa pertama kali perjumpaan. Kebiasaannya penampilan kita terikut dengan apa kebiasaan dan tabiat kita.??

1.Kenali Bentuk Tubuh Anda

Untuk dapatkan penampilan yang cantik, kita patut kenal dahulu bentuk tubuh badan sendiri.

 

Terdapat beberapa jenis potongan tubuh yang kita boleh kelaskan sebagai :

1. Hourglass – Potongan tubuh yang paling cantik dan stabil.

2. Inverted Triangle – Bahu besar, pinggul kecil

3. Rectangle – Saiz bahu = saiz pinggul

4. Pear – Bahu kecil, pinggul besar

5 Apple – Bulat

Untuk mengetahui jenis potongan badan, ambil tali ukur dan ukur lilit pada bahu, pinggang dan pinggul. Ukuran bahu boleh juga dikira dengan cara ambil ukuran dari kanan dan ke kiri kemudian darab dengan 2.

Kemudian senaraikan ukuran tersebut, contoh yang digunakan ini adalah inci.

bahu : 17×2=34
pinggang : 36
pinggul :40

Ukuran sebegini adalah jenis bahu kecil, pinggul besar, maka potongan badan adalah pear. Kalau kita perhatikan ukuran bahu dan pinggang hanya lebih 2 inci sahaja, boleh jadi potongan badan adalah jenis apple di mana bahagian atas besar.

 

Haa… kalau korang ikut langkah ini, Cik Mien anggap korang dah tahu potongan badan masing-masing.

2. Perkadaran Badan

Perkadaran badan adalah untuk mengenalpasti panjang badan dan kaki. Caranya masih sama iaitu dengan mengambil ukuran. Ambil tali ukuran dan mulakan mengukur dari anak rambut hingga ke pelipat peha dalam keadaan kita duduk.

Dan dengan hasil ukuran yang sama, ukur pula dari pelipat peha duduk tu hingga ke buku lali. Hasilnya korang akan dapat tentukan samada badan korang seimbang atau badan panjang, kaki pendek

Ukuran panjang

Badan = kaki——– Balanced

Badan > Kaki —— Badan panjang, kaki pendek

Kalau korang perasan, ukuran panjang dan kaki ini juga memainkan peranan penting dalam memilih baju yang sesuai. Sekiranya korang jenis suka memakai pakaian muslinah yang rata-rata baju di bawah pinggul, ukuran perkadaran ini tidak perlu dititikberatkan.

Akan tetapi kalau untuk mereka  yang nak pakai kemeja atau blouse yang kurang labuh, perkadaran tubuh ini akan nampak ketara.

Kalau ukuran badan dan kaki sama panjang, maksudnya dia seimbang, jadi tiada masalah untuk memilih pakaian. Sebaliknya bagi mereka yang badan lebih panjang daripada kaki pula, mereka perlu berhati-hati dalam memilih pakaian. Jom kita beri contoh.

Katakan lelaki, Cik Mien beri cadangan untuk dia perlu pilih baju singkat, seluar warna gelap dan kasut juga senada dengan seluar.

Kalau wanita yang memakai baju labuh sehingga ke lutut, pastikan warna kasut sama dengan kain/seluar dan seeloknya pilih warna gelap.

Untuk mereka yang jenis badan pendek , kaki panjang tiada masalah pun untuk memakai baju labuh.

Ok, nak mudahkan korang memilih baju yang sesuai, ni Cik Mien kongsi tips untuk setiap potongan badan.

Tips untuk potongan Inverted triangle:

– Baju yang tiada perincian pada bahagian dada dan pinggang.

– Pilih design baju yang kembang d ibahagian pinggang supaya nampak kesan keseimbangan antara bahu dan pinggang.

Tips untuk potongan A shape, Pear, Apple :

– Pilih baju yang ada perincian di bahagian bahu atau dada.

– Baju lebih cerah daripada seluar / kain

– Pilih baju yang longgar

– Elakkan perincian yang banyak di bahagian pinggul untuk elakkan mata audience tertumpu di bahagian tu sedangkan kita nak sorok bentuk pinggul yang besar. Contoh perincian adalah ropol, corak, span tebal.

Kalau potongan badan jenis hour glass, tiada masalah nak pilih baju.

Akan tetapi untuk potongan badan yang selain hour glass, elok pilih baju yang tidak bercorak sangat di bahagian atas. Lebihkan corak atau fesyen di bahagian bawah supaya mata audience kita lebih tertumpu ke bawah.
Dan untuk potongan badan sebegini, elakkan memakai tudung yang berbunga besar
Untuk tudung, bila bahu dah besar, minimumkan perincian di bahu. Seeloknya pilih tudung dari corak yang kecil.
Untuk mereka yang potongan badan apple, pear. Kurangkan perincian yakni ropol, corak di bahagian pinggul dan peha. Kita tumpukan pada bahu atau kaki.

Kalau dah faham cara nak pilih pakaian, ni Cik Mien belanja tips lagi.

Tips untuk Acara/Mesyuarat Formal:

1. Pilih pakaian berwarna gelap.

2. Pilih kasut bertutup

3. Handbag yang sama saiz dengan pinggul. Bukan lebih kecil atau lebih besar.

4. Aksesori untuk lelaki tidak boleh lebih dari 3, untuk perempuan tidak boleh lebih dari 5. Aksesori termasuk jam, gelang, cincin, keronsang.

5. Mekap yang tidak keterlaluan. Pilih warna nude.

6. Kalau pakai baju kurung, tudung plain.

7. Kalau pakai baju plain, tudung boleh bercorak tapi tidak keterlaluan.

8. Elakkan baju yang terlalu fancy dan bercorak.

3. Pemilihan Warna Yang Sesuai

Untuk memilih warna yang sesuai, kita perlu tahu warna ada 2 downtone yakni warm & cold. Kalau korang perasan ada orang bila dia mengenakan sesetengah warna, kulit dia nampak gelap dan kusam. Ada pula bila dia kenakan warna lain, kulit dia nampak berseri je. Itulah yang dinamakan downtone.

Kalau perunding imej, dia akan guna kain warna gold & silver, oren & pink, untuk mengukur downtone.

Kita juga boleh tentukan sendiri dengan menggunakan cara yang sama dan muka kena pastikan dalam keadaan kosong tanpa mekap ye. Kemudian letak kain warna gold atau silver di bawah dagu.

Kalau gold @ oren nampak cantik, kurus, parut jerawat tiada, anda adalah jenis warm downtone.

Kalau silver @ pink nampak cantik, kurus, parut tiada, anda adalah jenis cold downtone.

Selain cara di atas, kita juga boleh tentukan dengan mengenalpasti warna urat nadi di bawah matahari.

Kalau urat hijau, warm downtone.

kalau urat biru, cold downtone.

Downtone nie penting juga untuk kita pilih foundation.

downtone warm, foudation base oren..

downtone cold, foundation base pink

Penting ye untuk tahu downtone kita kerana ia akan membantu untuk lebih serlahkan aura kita.
Boleh rujuk carta warna untuk tahu warna yang sesuai mengikut jenis downtone kita. Untuk matchkan warna baju, boleh juga guna aplikasi colour wheel. Boleh download di telefon pintar kita.

Ok Cik Mien rasa cukup 3 langkah ini untuk bantu korang menjaga penampilan diri baik di rumah, pejabat atau pun aktiviti luar. Semoga ianya bermanfaat untuk korang semua.

 

Jumpa lagi.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.