4 Cara Atasi Bisul Sebelum Berjangkit dan Pecah

Salam ceria semua,

entah kenapa topik kali ni Mien nak share pasal bisul.

ye BISUL.

Dulu masa kecil ada le 2-3 kali naik bisul. Salah satu port yang biasa bisul naik di kepala, lutut dan punggung. Yang jarang-jarang pula di ketiak.

Aduh…kalau bisul ni dah naik mau boleh nangis dan rasa tak selesa. Rasa bengkak dan geram nak picit mata bisul tu. Bukan setakat bisul tu bernanah, hati pun naik bernanah tengok bisul tu kan.huhu…

Jangan tak tahu kalau kita biarkan boleh demam tau.

Tapi doc tak galakkan kita picit jadi apa kita perlu buat?

bisul

Bagaimana bisul dan seterusnya nanah terjadi?

Bisul berlaku bila kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan.

Jangkitan berlaku akibat daripada bakteria atau parasit atau sebarang bahan asing.

Bahan asing tadi yang memasuki sebahagian tisu dan membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik  banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. dalam erti kata lain yang membukit kaler merah bengkak di sekitar bisul.

Itulah nanah, iaitu kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah.

Punca Bisul Berlaku

Biasanya bisul berlaku bila…

  • daya ketahanan badan menjadi rendah
  • kadar metabolisme rendah
  • kulit tubuh badan mengalami kotoran
  • kencing manis
  • pakaian yang ketat

Hati-hati bila bisul naik ke badan kita kerana sekiranya dibiarkan ia boleh merebak di sekitarnya. Cara untuk elak nanah merebak ialah jangan biarkan kulit di sekitar bisul lembap. Sebab tu kalau kita mengadu pada mak ayah cepat2 derang letak ubat dengan alasan nak bagi bisul tu cepat kering.

Cara Ubati Bisul Langkah demi Langkah

Apa yang Mien kongsi ni untuk bisul kes biasa, bagi pesakit kencing manis anda perlu merujuk kepada doktor ye sebab ada risiko dan tak boleh pandai2 jadi doktor sendiri. Buat pemerhatian dan pemantauan rapat ke atas bisul anda.

Ok ni langkah2 mengubati bisul melalui pengalaman Mien…

  1. Untuk luaran, Mien sapu je dengan gamat putih untuk hilangkan rasa sakit bengkak bisul.
  2. Bila bengkak dah berkurangan, secara perlahan-lahan bisul pun dah menipis.
  3. Untuk dalaman, bagi meningkatkan kadar metabolisme badan dan daya ketahanan Mien ambil supplemen. Bagi rawatan bisul ni supplemen yang sesuai adalah Garlic complex, Zinc complex serta Omegaguard daripada Shaklee.
  4. Untuk hilangkan parut bisul, maklum lah kita ni perempuan cukup tak suka dengan parut yang tertinggal jadi Mien amalkan ESP dan Vivix. Boleh juga sapu Vivix di sekitar bisul untuk cepat kering.

Manfaat Supplemen untuk Atasi Bisul

Mien ambil Garlic Complex sebab kandungan utamanya adalah bawang putih. Kalau nak telan bawang putih macam ulam ulaman lagi bagus. Cuma saya tak sanggup nak telan mentah2 jadi saya pilih Garlic Complex Shaklee.

Garlic Shaklee diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California pada musim panas. Ia bebas 100% dari racun perosak.

Manfaat Garlic Complex untuk atasi bisul ialah berperanan menghalang alergi dengan mempertingkatkan sistem imun kita dan menghalang penyakit berjangkit.

Walaupun dah ambil Garlic Complex, Mien lengkapkan dengan Zinc Complex. Sebab Zinc Complex membantu mempercepatkan penyembuhan luka jadi tak de la bisul tu boleh merebak ke tempat lain. Dalam erti kata lain Zinc Complex juga membantu untuk bisul tu cepat kering.

Omegaguard pula membantu untuk merawat kulit yang terkesan dek bisul tadi. Asid lemak Omega-3 di dalam Omegaguard akan bantu menghalang bahan/bendasing berbahaya dari memasuki badan kita dan seterusnya menyerap nutrien dan mengeluarkan bahan/bendasing tadi.

Kalau nak hilangkan parut bisul elok add on ESP yang berperanan untuk membekalkan protein kepada kulit kita dan Vivix sebagai antioksidan.

Jadi jangan lah pandang ringan bila badan kita naik bisul. Ia terjadi sebab badan nak bagitau kita yang sistem pertahanan badan kita dah lemah. Harap2 perkongsian ini dapat membantu mereka di luar sana.

Semoga artikel ini bermanfaat dan kongsikan untuk membantu mereka yang lain.

Sekiranya anda mahukan konsultansi percuma boleh hubungi saya

Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

Leave a Reply

CommentLuv badge