4 KESILAPAN MEREKA YANG AMALKAN SUPPLEMEN AGAR ANDA TIDAK MENJADI SEPERTI MEREKA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

 

Dah lama Cik Mien nak buat entri ini. Cik Mien rasa penting juga untuk mereka yang dah amalkan supplemen tahu di mana silap bila mereka tak dapat jangkaan yang diinginkan.

Ye la ada antara kita mahukan sesuatu penyakit cepat sembuh dengan usaha supplemen, tetapi disebabkan faktor yang Cik Mien akan cerita ini membuatkan mereka gagal.

Ada juga yang mahu turunkan berat badan tetapi sebab faktor yang sama juga, dah tak dapat result yang dia nak.

Jadi entri kali ini Cik Mien nak membongkar apa kesilapan mereka dalam mengamalkan supplemen yang patut dielakkan oleh anda. Semoga entri ini dapat membantu memberikan pencerahan.

#1 MAKAN SUPPLEMEN TAK PERLU SENAMAN

Ini adalah tanggapan yang biasa kedengaran dan tidak sewajarnya berlaku.

Senaman atau gaya hidup sihat penting diamalkan kerana ia sangat membantu kita untuk mendapatkan tubuh badan sihat. Doktor sendiri sentiasa menggalakan kita untuk kekal cergas melalui senaman.

Tips untuk mendapatkan senaman dalam seminggu ialah kita boleh membuat regangan dalam tempoh 10 minit sehari (minimum), aktiviti berjalan selama 30 minit ataupun aktiviti berkebun.

Kalau anda mempunyai keluarga, ajaklah mereka bermain badminton untuk aktiviti mengeluarkan peluh.Lagi mudah dan rileks je.

#2 JAGA MAKAN? TAK PERLU SEBAB ADA SUPPLEMEN

Aduh, siapa lah kan yang beri jaminan sebegini. Ada yang kata boleh makan semua jenis makanan sebab dah ada supplemen yang membantu jaga badan kita. Salah tu ye.

Analoginya begini, contoh enjin kereta yang berusia, kita guna tanpa servis, agaknya apa jadi? Pasti enjin kerap rosak dan sukar dibaiki.

Begitulah tubuh badan kita, bila dikesan mempunyai penyakit, tapi kita pula tidak membuat pencegahan melalui pemakanan, agaknya sembuh ke penyakit kita? Sudah tentu tidak.

Dan kita perlu tahu, anda adalah apa yang anda makan. Jadi tips daripada Cik Mien, lakukan beberapa diet seperti diet no sugar atau detoks untuk pastikan berat badan kita terkawal.

 

#3 KURANG MINUM AIR KOSONG

Air sangat penting bagi tujuan penyerapan nutrisi untuk badan kita. Digalakkan untuk minum 3 liter sehari supaya badan kita kurang lesu dan badan kita dapat melakukan tugas dengan lebih efisien.

Salah satu tips yang boleh dilakukan ialah dengan meminum segelas air pada setiap jam. Mudah kan?

#4 KURANG KONSISTEN DENGAN JADUAL SUPPLEMEN

Sebaik sahaja anda membeli supplemen, anda akan diberikan jadual supplemen mengikut waktu hidangan. Jadual ini sangat penting untuk anda ikuti dan konsisten.

Kalau anda rasa jadual itu kurang sesuai dengan diri anda, segeralah berhubung pengedar yang berurusan dengan anda.

Ceritakan dan kongsikan masalah anda supaya mereka dapat membantu anda untuk patuh jadual yang diberikan.

Ok sebut pasal jadual ini kan, Cik Mien sangat menggalakan anda untuk membeli supplemen Shaklee melalui SID Pro. Sekiranya anda membuat sebarang pembelian selain daripada mereka, sesungguhnya anda kerugian kerana tidak mendapat guidance yang penuh daripada mereka. Kan rugi tu?

Cik Mien dah kongsi 4 kesilapan dengan harapan kita juga sentiasa beringat. Tak apa, perlahan-lahan kita ubah tabiat lama kepada yang baru. Perubahan juga ambil masa cuma ia perlukan satu langkah yang mudah dahulu untuk kita buat. Jadi buat pilihan sekarang supaya lebih cepat kita dapat manfaatnya.

 

xoxo

Cik Mien

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://healthyinside.co/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge