4 Sebab Kenapa Shaklee Tidak Berkesan Kepada Anda

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Korang sihat? Kali ni Mien nak kongsi topik yang serius sedikit. Korang pun sedia maklum kan Mien adalah Shaklee Independent Distributor. Masih ingat lagi isu yang melibatkan Shaklee? Ada sesetengah klien mula melabelkan Shaklee tidak berkesan kepada mereka atau lebih teruk lagi menyalahkan produk Shaklee sebagai punca masalah menjadi rumit.

Sepanjang pengalaman Mien la ye, ini yang Mien dapat perhati 4 sebab kenapa Shaklee tidak berkesan kepada anda.

#1 Malas nak ikut jadual yang disyorkan

Adakah anda juga tergolong dalam kumpulan ini? Masa beli dengan SID beria-ia tanya macam-macam. Berkesan ke tidak, ada testimoni ke, artis mana yang pernah ambil. Biasanya mereka ini hanya bertahan sebulan ke dua bulan sahaja dalam mengamalkan supplemen lepas tu mula rasa malas dah.

Jadi kalau baru sebulan dua je ambil, mana nak dapat kesannya kan?

Sebagai contoh, sekiranya anda ambil set kurus, kalau betul anda target nak kurus 6 bulan sebelum kahwin anda perlu disiplin dan mengikut pelan kuruskan badan yang dibekalkan oleh SID.

Kalau dah kurang disiplin, agak kurang adil sekiranya anda salahkan Shaklee tidak berkesan kepada diri anda.

#2 Beli supplemen tak ikut set yang dicadangkan oleh SID

Situasi ini biasa berlaku bila klien yang mempunyai bajet kecil. Klien akan membeli vitamin tertentu sahaja atau yang dia rasa boleh terima dari segi harga. Sebenarnya SID berkenaan bukan saja2 nak cadangkan set lengkap sebab nak untung semata-mata, tapi SID nak bagi tahu pada klien bila beli bukan yang set lengkap, hasilnya juga mungkin lambat dan tidak seperti yang diharapkan.

Klien kena faham setiap supplemen Shaklee memberikan fungsi yang berlainan dan ia juga saling lengkap melengkapi.

SID juga memberikan cadangan set lengkap kerana ia lebih menguntungkan klien sehinggakan klien boleh menikmati keahlian percuma, diskaun sebanyak 11-20% malah layak dengan promosi oleh Shaklee yang dibuat secara bulanan.

#3 Kurang Ilmu dalam mengamalkan supplemen

Di luar sana ada 1001 produk yang boleh membantu menyelesaikan dilema masalah anda. Namun sejauh manakah pengetahuan anda mengenai produk tersebut?

Bila kita mengamalkan sebarang produk atau supplemen, kita kenalah tahu serba sedikit tentang produk atau supplemen yang diamalkan.

Sekiranya anda mengambil supplemen Shaklee, pihak Shaklee menyediakan forum dan kelas PERCUMA untuk mereka yang berminat.

Pakar nutrisi Shaklee sedia menjawab soalan anda semasa kelas tersebut untuk membantu dan memberikan tunjuk ajar dalam mengamalkan supplemen Shaklee.

Kebanyakan klien mula rasa Shaklee kurang berkesan kerana hanya bergantung kepada info di laman web dan tidak merujuk kepada pakar nutrisi Shaklee.

Anda perlu faham setiap masalah mereka di luar sana belum tentu sama dengan masalah anda. Kelebihan Shaklee adalah sekiranya anda tiada masa untuk hadir ke kelas, anda boleh menelefon Shaklee untuk bercakap dengan pakar nutrisi mereka.

#4 Kurang Percaya Bila Tak Dapat Hasilnya

Kurang percaya berlaku bila anda telah mula kurang disiplin dalam mengamalkan supplemen Shaklee. Anda mengharapkan keajaiban berlaku bila anda kurang disiplin atau tidak mengamalkan dos yang disarankan.

Sebagai contoh, SID sarankan minum 3 sudu ESP tapi anda hanya ambil sesudu sahaja untuk kurus dalam masa 6 bulan.

Bila keajaiban tidak berlaku dalam masa 6 bulan, anda mula kurang percaya dan menyalahkan supplemen Shaklee tidak berkesan kepada diri anda.

Sedangkan di luar sana, begitu ramai telah menerima manfaat kurus dalam masa 6 bulan dengan mengamalkan ESP beserta senaman dan diet yang sihat. Jadi agak musykil bila anda seorang yang merasakan Shaklee tidak berkesan kepada anda.

Sepanjang Mien bergelar SID, inilah cabaran yang perlu dihadapi kerana ramai di luar sana merasakan membeli dan mengamalkan supplemen adalah satu situasi yang merimaskan.

 

Suka Mien nak berkongsi dengan korang semua, adalah bagus kita mulakan dengan supplemen asas sebagai menguatkan pertahanan badan kerana Mien percaya kita semua masih baaanyyyaakk lagi impian yang hendak dikejar.

Jadi usahlah biarkan impian korang terkubur disebabkan kurang mengamalkan supplemen atau dah beli tapi tidak konsisten.

Jom kejar impian dengan badan yang sihat dan kuat untuk kita bekerja dengan lebih gigih lagi.

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.