4 Tempat Menarik Jalan jalan Cari Makan di Kuantan

Hi semua!

Post kali ini harap semua bersabar ye. Moga tiada yang tetiba terus nak ke Kuantan pula. Maklum le Cik Mien nak post tentang makanan. hihihi…

Port 1: Kopi dan Teh

Ini pengalaman pertama Cik Mien makan di sini. Antara port hipster yang mendapat perhatian ramai.

Menu femes di sini ialah Nasi Ayam Sambal Geprek dan minuman yang wajib cuba ialah Kopi Terbalik.

Menarik kan?

Seterusnya…

Port 2: Warung Rohani

Di sini sangat terkenal dengan juadah menu masakan Timur. Mana-mana negeri pasti akan ada menu ini. Cuma kena pandai pilih la ye.

Sungguh tak mengecewakan. Sarapan di sini buat cik mien teringat negeri asal, Kelantan.

Kalau datang ke Kuantan, rugi kalau anda tak bersarapan di sini.

Port 3: Warung Celup Tepung Hujung Tanjung

Kalau anda dah bersarapan di Warung Rohani dan brunch di Kopi dan Teh, singgah pula di sini untuk makan tengahari.

Menu utama sudah tentu celup tepung, tapi jangan risau. Kalau anda rasa lapar lagi, haaa sini pun ada pelbagai menu berat juga.

Pilih lah mengikut selera anda.

Yang pasti tengok pemandangan pun dah cukup teruja dan mengenyangkan.

Port 4: Kula Cakes

Haa…masa untuk dessert pula.

Orang kata sini lokasi wajib untuk jalan jalan cari makan di Kuantan.

Yesza. Cik Mien datang sini untuk merasa kek keju mangga dan air cooler serai.

Fuh dalam cuaca panas dapat pula minum air Sejuk tu, sungguh best.

Kalau nak tengok secara live perkongsian Cik Mien ini, boleh klik YouTube Cik Mien ye.

Sila klik like dan subscribe untuk dapatkan info terkini.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.