4 Tips Besarkan Network Supaya Biz Anda Makin Maju dan Dikenali

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Ok kalau nak tahu dalam mana-mana biz yang kita jalankan kita perlu bernetwork. Jadi usah diingat MLM saje yang perlu bernetwork, hatta mereka yang menjual goreng pisang pun bernetwork.
Dalam kita bernetwork atau membina rangkaian, harus diingat kita hendaklah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Usah jatuhkan biz atau hentam produk orang lain. Bila ada suasana positif begini barulah rangkaian kita semuanya saling sokong menyokong.
Ok bagaimana nak bina rangkaian?
Baca sehingga habis entri ini sebab ia sangat penting lebih-lebih lagi mereka yang memilih online sebagai platform.
Pendapat Cik Mien,

#1 Bina reputasi diri kita

Aktif di media sosial samada FB/Instagram/Blog dan sentiasa menyokong rakan-rakan yang biz i.e like dan komen post mereka. Kalau mereka tak balas like dan komen anda, usah sentap. Nak bina reputasi ni kena sabar. umpama nak membina great wall of china gitu.hahahha…(ada kaitan ke?)

#2 Hadir ke kelas dengan mendapat kenalan baru

Dah pergi kelas cubalah cari rakan baru. Sambil menuntut ilmu boleh bertukar biz kad. Sekarang ni banyak juga yang offer Whatsapp/Telegram group sebaik saje selesai kelas jadi dalam group tu cubalah aktif dan tonjolkan diri.

#3 Join aktiviti sihat di pejabat/perumahan/masjid

Bila ada aktiviti seperti kempen derma darah, gotong royong, perbincangan gerak kumpulan ke kita sama-sama turun padang. Selain menyihatkan badan, kita juga dapat berjumpa dengan mereka yang mempunyai minat yang sama.

#4 Ada hobi? Kongsilah dengan semua.

Kalau ditanya banyak orang jawab hobi Cik Mien ialah melancong. Syiok kan dapat melancong. Macam Cik Mien dengar kawan-kawan p melancong pun dah tumpang seronok sebab dapat tengok gambar mereka. Kalau sendiri dapat pergi melancong lagilah syiok (baca orang berjalan ke Penang pun aku dah jeles ahahaha). Ada orang suka melancong sebab nak tengok budaya, atau suka nak cuba makanan tempatan dan macam-macam lagi lah. Haaa…kongsikan hobi anda dengan semua orang dan join group yang mempunyai hobi sama dengan anda.
Bila kita dah join mereka yang mempunyai minat yang sama adalah lebih mudah kita nak membina persahabatan dan juga network.

haa 4 tips dah Cik Mien kongsi. Harap dapat membantu anda yang ingin berjaya dalam biz masing-masing. Kongsikan post ini sekiranya memberi manfaat kepada anda.

#tsunamishaklee
#shakleewarrior

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

Leave a Reply

CommentLuv badge