4 Tips Menangani Morning Sickness Supaya Tak Perlu Ponteng Kerja

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Baru-baru ini ramai sungguh kengkawan Mien yang menyambut kelahiran bayi. Penuh wall FB dengan gambar bayi baru lahir dan berderet-deret ucapan tahniah.

Dan tak terkecuali juga mereka yang baru menerima berita gembira disahkan mengandung terutama sekali bagi yang dah lama berkahwin.

Bagi mereka yang pertama kali mengalami morning sickness, ia adalah situasi lumrah bagi ibu hamil. Morning sickness terjadi disebabkan oleh perubahan horman dalam badan kita. Pengalaman trimester pertama bagi setiap ibu adalah berbeza dan pada waktu ini kemungkinan berat ibu menurun sedikit.

Di sini Mien nak kongsi cara atasi morning sickness agar dapat membantu ibu di luar sana meneruskan aktiviti mereka walaupun sedang berbadan dua. Malah dengan tips ini tak de la ibu hamil perlu cuti sakit setiap kali morning sickness.

#1 Makan Sedikit Tetapi Kerap Bukannya Makan Sekali Banyak

Semasa trimester pertama, ibu akan merasa pahit mulut dan mual serta sering muntah. Reaksi begini timbul akibat bau persekitaran atau bau makanan.

small portion

Sebagai permulaan ibu perlu makan sedikit tetapi secara kerap agar perut tidak menjadi terlalu penuh. Di waktu mual ini elakkan makan dengan kuantiti banyak lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai gastrik.

#2 Makan Buah Tembikai

Kenapa buah tembikai? haa tips ni Mien dapat daripada salah seorang rakan yang pernah mengalami morning sickness yang sangat teruk sehinggakan beliau dimasukkan ke hospital akibat dehidrasi.

Muntah sepanjang masa boleh menyebabkan badan kita kehilangan air yang banyak. Jadi sebaik sahaja kawan Mien dapat keluar dari hospital, dia amalkan memakan buah tembikai sehinggalah ke penghujung kehamilan.

buah tembikai

Kebaikan buah tembikai untuk ibu mengandung adalah ia mengandungi banyak kandungan air. Amalan memakan buah tembikai boleh membantu ibu hamil daripada dehidrasi. Selain itu, antara khasiat buah tembikai kepada ibu hamil adalah membantu menyembuhkan sakit kepala dan masalah kulit, membantu baik pulih sistem badan yang lemah, menghapuskan toksik dan melancarkan perjalanan darah.

#3 Elak makanan berlemak dan pedas

eatchilli

Semasa peringkat trimester pertama adalah satu tempoh yang agak tidak menyelesakan bagi sesetengah ibu. Pada masa ini ibu hamil tidak digalakkan untuk mengambil makanan berlemak dan pedas kerana dikhuatiri akan menyebabkan morning sickness anda makin teruk. Walaupun sebelum hamil anda boleh makan yang pedas tetapi harus diingat badan kita semasa hamil sangat sensitif jadi perlu lah berhati-hati ketika makan.

#4 Ambil Supplemen Sebagai Ganti Sekiranya Morning Sickness Makin Teruk

Bagi memastikan badan anda menerima khasiat dan nutrien, ibu hamil perlu patuh pada jadual pemakanan. Tidak digalakkan untuk skip waktu makan terutama sekali sarapan. Sesibuk macam mana pun ibu hamil wajib bersarapan sebagai permulaan hari mereka.

Di samping itu ibu hamil dinasihatkan untuk makan mengikut piramid makanan agar paras gula dalam badan terkawal dan mengurangkan risiko darah tinggi semasa mengandung. Namun, ada juga di kalangan ibu hamil mengalami morning sickness yang agak teruk sehinggakan berlakunya dehidrasi.

Seeloknya ibu yang mengalami morning sickness yang teruk dicadangkan untuk mengamalkan supplemen. Mengambil supplemen seperti multivitamin, vitamin C, B-complex dan Garlic boleh membantu membekalkan tenaga dan mengatasi kekurangan zat semasa hamil.

Malah boleh membantu ibu mengurangkan risiko anemia semasa hamil.

Wanita ini hamil dengan anemia dan berjaya atasi dengan mengamalkan Set Hamil Shaklee.Tonton kisahnya.

Amalkan Set Hamil Shaklee Buat Wanita Ini Kuat Sepanjang Travel

Pandangan Pengamal Perubatan Tentang Kebaikan Supplemen Semasa Hamil

Pendapat Dr Hamid Arsat

Pendapat Dr Hamid Arsat

 

Mien harap dengan perkongsian tips ini dapat membantu ibu hamil mengatasi morning sickness dan dalam masa yang sama ibu hamil mampu menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Mien di 0123813525.morningsickness

Leave a Reply

CommentLuv badge