5 Aktiviti di Putrajaya Wetlands Park untuk famili dan kengkawan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Hari minggu yang lepas kalau ikut plan asal Sabtu pagi kami panjat Bukit Broga,

tapi sebab incik Hasben ada kerja urgent yang dia perlu siapkan jadi terpaksa la cancel.huhu…

ye la mak tak mampu nak panjat ngan 3 anak2 kecil ni.

Bila member sekolah rendah ajak berpiknik belah petang apalagi terus setuju.hehe…

Sekurang-kurangnya anak2 ni ada la aktiviti wiken derang.

Bagus juga zaman sekarang ni semua nya boleh diatur dengan applikasi Whatsapp. Create je group dapat 4-5 orang yang boleh join pun dah ok. Kali ni organizer yang tak pernah mengalah semestinya Yuyin. hihi…

Siap ada 2nd round picnic lagi. Gigih betul dia nak mengumpulkan kitorang. So suweet of her.

Lokasi picnic kitorang dekat2 je…

Putrajaya Wetlands Park

5 Aktiviti Ketika BerPicnic di Putrajaya Wetlands Park

1.Naik tram

Tram ni akan bawa kita ke seluruh kawasan taman.

Sangat sesuai bagi mereka yang pertama kali dan ia aktiviti yang seronok untuk kanak-kanak.

Sambil naik tram kita bernyanyian le.hihi..

2. Berbasikal

Bagusnya di sini ada disediakan kemudahan untuk menyewa basikal.

Bayangkan angin tasik yang sepoi bahasa tu dapat kita nikmati ketika berbasikal di tepian tasik.

Yang best siap ada basikal untuk dua orang means sorang ride sorang lagi bonceng.

3. Berkayak/Berkanu/Ber paddle boat

Bagi mereka yang sukakan aktiviti air, haa cuba lah berkayak di sini.

Ada disediakan perkhidmatan sewa untuk berkayak atau berkanu atau pun berpaddle boat.

4. Memancing

Memang ramai kaki pancing yang melepaskan gian memancing di sini.

Sebab kawasannya luas dan nyaman jadi sangat tenang untuk mereka yang gemarkan hobi memancing.

Boleh kata port tepi tasik tu penuh dengan kaki pancing.

5. Ber BBQ dan Ber khemah

Untuk mereka yang nak tidur dalam khemah, di sini ada disediakan tapak untuk perkhemahan yang lengkap dengan kemudahan untuk berkhemah.

Boleh call no ni 03-8887 7620.

Ok best kan bila sekali sekala dapat semua aktiviti tu.

Kalau nak stay sehari pun ok, ambil port khemah dan stay sampai malam untuk BBQ,

Tapi Mien nak cite yang kitorang sendiri tak sempat nak merasa.

Sebabnya…

H U J A N dan R I BU T  P E T I R 🙁

piknik yuyin

But it’s ok we still happy to meet each other and definitely enjoy the foods.

piknik yuyin 3

Front Left Suhardy (Suami Yuyin)-Rab Back Left Aida-Yuyin-Mien-Wahyu

Syukur we still keep in touch. Perangai masing-masing tetap sama dan yeah mereka lah kawan2 Mien waktu hingusan dulu.hihihi…

Piknik kali ni versi potluck, mereka yang sponsor….

Yuyin-Bihun and playroom

Rab-Air kotak

Wahyu-Popia pisang aka Banana Pie

Aida-Sandwich

Mien-ayam goreng

end up kami makan2 sambil menjemah je la.

ini lah cerita hari minggu kami.

2 Comments

  1. miszuryn May 11, 2016
    • Mien May 15, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.