5 Hot Station di Kidzania Kuala Lumpur

31.12.2015 tarikh keramat untuk anak2. Akhirnya impian anak-anak syurga termakbul jua. Alkisahnya plan nak gi Kidzania Malaysia ni dah laaammaa. Bukan apa menunggu anak2 membesar sebab kalau pergi masa anak2 kecik rugi wooo. hehe…

Apa Ada Di Kidzania Malaysia?

Kalau nak tahu Kidzania ni ala-ala indoor theme park. Satu kompleks bangunan yang bercirikan sebuah bandar, dalam tu ada kilang, bank, kedai, restoran dan lain-lain. Jadi anak kita akan diajar bekerja ala-ala seperti kehidupan sebenar. Bekerja, terima gaji, simpan dan withdraw duit dan enjoy shopping.hehehe…

Kita ibu bapa hanya duk luar je tengok derang bekerja atau shopping. Sebab tu Mien kata sesuai untuk anak2 4 tahun ke atas.

Harga Tiket Kidzania Malaysia

Selain faktor umur, antara sebab kenapa kitorang nekad pergi masa cuti sekolah tahun 2015 ialah…

Diskaun 30% untuk setiap tix bagi pemegang kad CIMB Debit/Kredit (walk in)

Haa… best ke best?

Kalau korang beli online dapat 10% diskaun je, beli di Groupon dapat diskaun 15%.

Jadi dengan promosi guna kad CIMB ni memang jimat banyak lebih2 lagi untuk mereka yang anak ramai.

5 Hot Station Wajib Anak Korang Bekerja

Bagi mereka yang pertama kali memang agak teraba-raba nak mula di mana. Dan kena ingat ye, bila dah hot station maksudnya memang ramai yang beratur panjang menunggu giliran.

Mula2 Mien cadangkan ke Station Marrybrown. Di sini anak2 akan diajar untuk bekerja dengan membuat burger sendiri. Siap je burger tu, anak kita akan terima gaji + burger. Best kan?

IMG_7129

Kemudian bawak anak2 ke Fire Station.  Kat sini anak kita bekerja sebagai Bomba Penyelamat. Memang agak boyish dan sudah tentu Syamil Ziyad antara yang paling excited!

Station ni best sebab boleh naik kenderaan Bomba untuk pergi menyelamatkan orang. Comey2 je ahli bomba ni.hihihi…

IMG_7128

IMG_7127

 

IMG_7126

Station yang hot seterusnya ialah Honda Driving Street. Di sini hanya anak2 yang melepasi tahap ketinggian yang dibenarkan sahaja boleh mengambil ujian lesen kereta. Setelah lulus ujian barulah anak anda dibenarkan untuk memandu kereta sendiri. hehe…menarik bukan? Maaf tiada gambar sebab anak2 Mien pun tak lepas untuk bermain di station ni.huhu…

Vitagen Marigold Milk Factory juga antara hot station yang wajib anak2 kunjungi. Di sini anak2 akan bekerja kilang (jadi minah kilang jap) kendian dapat le gaji + Vitagen.

Tips di sini anda cari station yang memberikan anak anda gaji dan upah seperti makanan/minuman. Jadi tak de la anda perlu membeli makanan dari food court yang Mien rasa agak mahal gak la.

Station ni pun anak2 Mien tak dapat nak masuk sebab terlalu ramai dan beratur sangat le panjang. 🙁

Seterusnya KPJ Emergency Room, ala2 dah macam cite E/R TV Series tu gak le. Anak2 akan dibawa naik ambulans untuk menyelamatkan orang. Naik ambulans tu yang syiok. Dalam ambulans ni ada peranan masing2. Ada yang jadi nurse, co-pilot, doktor dan lain2. Yang ni pun anak Mien terpaksa beralah lagi sebab ramai sungguh yang beratur. Tak sanggup nak tunggu jadi derang join station lain.

Antara station yang sempat hasben Mien snap gambar -KPJ Surgery Room. Di sini anak2 akan berdemonstrasi untuk membelah dada pesakit. Seraammm kan. hihi…Syamil awal2 surrender tak nak play the role. Pesakit tu sebenarnya patung je pun. hihi…

Seronok tengok anak2 ni bermain sebab bila derang dipakaikan uniform tu yang nampak comel dan mak bapak pun sama naik excited nya.hahaha…

Dan untuk pengetahuan korang, tak dibenarkan sangat ambil gambar. Sebab tu ada station derang awal2 lagi sekat parents daripada masuk. Jangan risau. Kalau korang nak gambar kenangan anak2 bermain di Kidzania, gelang yang dipakai oleh anak2 kita tu ada simpan segala momen derang sepanjang bekerja. Jadi kalau korang nak gambar2 tu derang akan scan dan bayar. Hasben mien bagitau sekeping saje dah RM200 (erk…).

Yang pasti kitorang tak beli pun. Rasanya RM200 tu baik le buat bayar untuk next visit. Lagi berbaloi.hehe…

Gaji yang diterima anak2 akan disimpan dalam kad bank. Tak silap Mien duit gaji ni boleh guna juga di Legoland. Simpan baik2 kad bank tu ye. Boleh guna lagi untuk next visit.

Untuk korang yang nak ke Kidzania, elok sangat ke sana sementara tempoh promosi kad CIMB yang akan tamat pada 15hb Januari 2016 ini.

Selamat bekerja untuk anak2 dan jangan lupa beri sikit gaji untuk ibu ayah ye.

IMG_7134

IMG_7133

IMG_7132

 

 

 

One Response

  1. qaseh vee April 29, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge