5 Manfaat Vivix Untuk Ibu Berpantang Agar Sihat Dalam Masa Seminggu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Seronoknya bila dapat tahu tidak lama lagi staf Cik Mien bakal bersalin anak sulung mereka. Kami doakan beliau dapat tempuhi pengalaman bersalin dengan sabar dan tawakal.

Sebaik sahaja bersalin, si ibu akan beralih fasa ke tempoh penyembuhan luka atau lebih dikenali sebagai tempoh berpantang. Sebenarnya berpantang ni normal. Kalau anak-anak lelaki kita bersunat, mereka juga akan melalui tempoh berpantang untuk memastikan luka di kemaluan mereka sembuh dengan baik.

Cuma tempoh berpantang bagi ibu yang baru bersalin adalah lebih panjang dan dalam masa yang sama perlu menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru.

Pada masa ini kesihatan ibu sangat penting dan perlu penjagaan serta perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling. Ibu sendiri juga perlu sedar betapa kesihatan beliau sangat penting kerana dalam masa yang sama perlu menjaga bayi yang baru lahir ke dunia.

Kalau nak tahu tempoh berpantang ni benar-benar menguji kesabaran si ibu. Kesihatan ibu akan terjejas sedikit dan antara simptom/situasi yang ibu bakal hadapi ialah…

  • sembelit disebabkan kekurangan minum air/makan berserat dan sukar untuk meneran
  • buasir
  • sakit di bahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besar
  • sakit di bahagian faraj akibat jangkitan kuman
  • faraj berbau
  • pendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas, pening kepala.
  • sakit kepala akibat kesan sampingan epidural atau pra-eklampsia bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya
  • imsonia akibat jadual tidur yang berubah mengikut peel bayi
  • demam panas
  • kemurungan
  • berfikir hendak bunuh diri
  • sakit rengat
  • bengkak susu
  • rambut keguguran
  • kulit muka pucat
  • wajah kurang berseri

Penyakit semasa ibu hamil sekiranya tidak dikesan/dirawat dari awal juga boleh memberikan risiko kepada ibu dan bayi semasa berpantang. Salah satu penyakit yang dikhuatiri ialah tibi yang berpunca daripada batuk berpanjangan. Usah memandang ringan kerana ibu perlu segera mendapatkan rawatan sebelum kelahiran bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada bayi.

huhu…kesian kan pada ibu. Sudah lah bersabung nyawa melahirkan bayi sekarang perlu menghadapi macam-macam jenis simptom semasa berpantang.

Jadi apakah langkah-langkah pencegahan atau cara untuk ibu menjaga kesihatan beliau agar kekal bertenaga semasa berpantang?

Jawapannya ialah dengan mengamalkan supplemen. Sekiranya ibu sedang survey samada mengambil supplemen atau jamu lebih berbaloi? Kat sini ada jawapannya.

Pengalaman Cik Mien sendiri berpantang dengan supplemen Vivix memang best. Sebab Cik Mien akui akan kesan yang diterima selepas mengamalkan Vivix:

✔️Menyembuhkan organ peranakan.
✔️Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
✔️Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
✔️Mengembalikan kecantikan tubuh.
✔️Mengelakkan stress atau gila meroyan.

Vivix adalah minuman botanik yang dirumuskan dengan 4 kandungan utama iaitu anggur muscadine, lobak ungu, european elderberries dan polygonum cuspidatum. Khasiat resveratrol dan 15 polifenol yang terkandung di dalam Vivix membantu ibu yang sedang berpantang untuk sembuh segera dalam masa 1-2 minggu.

 

?Vivix Bersifat Antioksidan Paling Unggul

Semasa berpantang, adalah penting kita menjaga kesihatan diri kita di samping kita menjaga bayi. Bunyi macam remeh. Ye la masa berpantang kita duk terkurung je dalam rumah mana mungkin kita akan jatuh sakit.

Tapi kita perlu ingat diri kita juga terdedah kepada risiko atas faktor cuaca dan juga kesihatan mereka yang tinggal bersama dengan kita. Malah tak cukup nutrisi juga boleh mendedahkan kita kepada penyakit sebab menu berpantang yang agak strict.

Jadi dengan mengamalkan supplemen yang mempunyai antioksida tinggi sekurang-kurangnya dapat memelihara tubuh badan kita daripada demam, selsema, penyakit berjangkit dan jangkitan kuman.

?Resveratrol Membantu Memperbaiki sel

Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit. Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah.

Ada yang memberikan feedback bila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu. Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati akan menyebabkan adhesions.

Hasil feedback daripada rakan-rakan yang mengamalkan ikan haruan semasa anak pertama, kesannya akan kelihatan untuk kelahiran anak seterusnya.  Semasa doc belah perut, doc mengambil masa yang lama iaitu 2-3 jam untuk mengasingkan kulit yang berserabut. Ada rakan Cik Mien kata adhesions tu terjadi bila lapisan kulit antara usus dan rahim sambung menyambung.

Bila adhesions berlaku ia menjadi tugas sukar bagi doc kerana untuk memisahkannya bukan satu kerja mudah. Ibu boleh stress kerana terpaksa melalui proses pembedahan selama berjam-jam.

? Polyphenols memulihkan dan memberikan tenaga selepas proses kelahiran

Vivix mengandungi polyphenols yang membantu untuk meningkatkan mitochondria dalam sel. Bila bilangan mitochondria dalam sel meningkat, badan kita akan merasa lebih bertenaga.
Ibu berpantang perlu sentiasa bertenaga supaya dapat menguruskan diri dan bayi dengan baik.

?Resveratrol membantu meningkatkan metabolisme

Dalam tempoh berpantang, kebanyakan daripada kita perlu kurang gerakan. Jadi selama 44 hari kita tak dibenarkan untuk exercise.
Sedangkan exercise ni penting untuk tingkatkan metabolisme kita. Bila amalkan vivix, di dalamnya terkandung resveratrol yang telah dikaji oleh saintis membantu untuk meningkatkan metabolisme. Kalau boleh dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu kekalkan tahap metabolisme badan kita. bila metabolisme kita turun, maka kegemukan boleh terjadi akibat makanan susah untuk dicerna.

Apa kata ibu yang pernah mencuba Vivix semasa berpantang…

Sebetulnya banyak testimoni yang boleh didapati khusus untuk manfaat vivix sepanjang ibu berpantang.

 

Vivix membantu ibu cepat pulih luka pembedahan

 

Syukur Alhamdulillah begitu banyak dah orang yakin dan mengambil Vivix. Disokong kajian klinikal dan landmark study oleh saintis Shaklee ini menambah lagi keyakinan kami untuk berkongsi kebaikan Vivix kepada semua.

Untuk sebarang pembelian cepat dan terus ke rumah, boleh klik icon ini. Sebaik sahaja order sampai, sila berhubung dengan Cik Mien untuk dapatkan konsultansi cara makan.

Atau untuk mendapatkan lebih lagi info boleh hubungi Cik Mien ye.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

Disclaimer: Vivix adalah vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal.

Leave a Reply

CommentLuv badge