5 Perbezaan Supplemen dengan Jamu Supaya Bila Beli Dapat Habiskan Satu Set

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Seronoknya bila mendapat berita seorang rakan Cik Mien bakal melahirkan anak ketiga beliau tidak lama lagi. Dalam keterujaan menyambut orang baru sudah tentu banyak persiapan yang perlu dilakukan.

Walaupun bakal melahirkan anak ketiga, tidak dinafikan persiapan untuk bayi mungkin kurang meriah berbanding masa menyambut kelahiran pertama. Namun, Cik Mien nak pesan persiapan untuk si ibu wajib dititikberatkan walaupun untuk keberapa kali pun kelahiran.

Pengalaman Cik Mien dulu bersalin kali ketiga Cik Mien ambil Set Berpantang Shaklee sepenuhnya. Hanya untuk mandian dan minyak urut je Cik Mien beli dari kedai jamu. Sebab pengalaman anak sebelum ini, Cik Mien beli satu set berpantang jenama xxx yang berasaskan jamu. Beria nak mengamalkan tetapi bila bayi dikesan demam kuning, akhirnya simpan dalam gobok je.huhu…

Jadi Cik Mien nak berkongsi apakah yang terbaik untuk ibu yang bakal berpantang supaya nilai duit yang telah dikeluarkan berbaloi dan set berpantang yang dibeli juga tidak membazir. Selepas membaca entri ini, ibu akan faham manfaat yang ibu peroleh dalam memilih supplemen atau jamu semasa tempoh berpantang nanti.

Alternative medicine tablets on a wooden spoon, green leaf.

#1 Bahan kandungan

Vitamin: Setiap bahan yang digunakan bagi memformulasi supplemen Shaklee adalah dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Supplemen Shaklee tidak diuji ke atas mana-mana haiwan. Dan terbaru, Shaklee adalah satu-satunya jenama yang menjalani landmark study. Ia satu-satunya kajian yang menunjukkan perbezaan kumpulan yang mengamalkan jenama selain Shaklee, kumpulan yang mengamalkan Shaklee dan kumpulan yang tidak mengamalkan Shaklee. Keputusannya boleh rujuk entry landmark study ini. Malah, setiap supplement Shaklee yang dijual di Malaysia turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jamu: Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dapat dikenalpasti. Umum mengetahui kebanyakan pengusaha membuat jamu dengan membancuh dan menggentel di rumah. Dari segi kualiti pula, jamu yang dihasilkan terdedah kepada suhu dan persekitaran yang mengandungi radikal bebas memungkinkan menjejaskan keberkesanannya.

#2 Khasiat dan penyerapan oleh badan

Vitamin: Ia merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau
Jamu: Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang kompleks memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat tersebut.
Bila ibu makan jamu, elemen jamu dipindahkan ke bayi melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk tapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu, ini membebankan hatinya. Nak tapis jamu lagi, nak buang bilirubin lagi. Sekaligus melambatkan proses penyingkiran bilirubin. Itulah punca prolong Jaundice.

#3 Memenuhi keperluan badan ibu dan juga bayi

Vitamin: Vitamin memenuhi keperluan zat dan mineral yang diperlukan oleh ibu dan bayi untuk lebih sihat,menguatkan sistem imun,perkembangan fizikal dan membentuk perkembangan otak melalui penyusuan.Ia juga membantu pengeluaran susu ibu. Maklumlah menu berpantang bagi sesetengah orang Melayu sangat ketat di mana hanya nasi berlaukkan ikan kering dan tiada sayur atau buah-buahan. Dengan menu sebegini ibu berpantang akan mengalami kekurangan nutrisi.
Jamu: Tidak memberi manfaat kepada bayi,malah ia boleh mengundang jaundice lebih tinggi kepada bayi.Tidak membantu menghasilkan susu ibu. Lebih-lebih lagi jamu yang berasakan kunyit.

#4 Kesan kepada bayi

Vitamin: Ia mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan susu bayi. Ibu masih boleh meneruskan pengambil supplemen walaupun anak mengalami penyakit demam kuning atau JAUNDICE.
Jamu: Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau sebaliknya. Malahan kebanyakan doktor tidak membenarkan si ibu untuk meneruskan pengambilan jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya dalam meningkatkan risiko demam kuning.

#5 Waktu pengambilan selepas bersalin

Vitamin: Pengambilan supplemen boleh dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin secara normal atau caesarian (pembedahan)
Jamu: Rata-rata pengambilan jamu selepas bersalin hanya boleh dimulakan selepas memasuki minggu kedua bagi memastikan bayi sudah tiada jaundice. Bagi bayi yang mengalami masalah breastfeeding/prolonged jaundice, si ibu lazimnya dinasihatkan untuk tidak mengambil jamu sama sekali.
Harapnya ibu-ibu di luar sana jelas dengan manfaat yang Cik Mien kongsikan ini. Apapun ibu buatlah pilihan bijak kerana pisau dan mentimun di tangan anda.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

 

Leave a Reply

CommentLuv badge