5 Petua Ibu Hamil Untuk Kekal Bertenaga Semasa Berpuasa

Alhamdulillah kita telah hampir menjengah ke separuh daripada bulan Ramadhan. Masih ada banyak masa lagi untuk kita perbaiki Ramadhan kali ini agar lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Seringkali golongan ibu hamil antara yang menghadapi dilema samada mampu atau tidak untuk berpuasa penuh di bulan yang mulia ini. Lebih-lebih lagi bila mana ibu tadi mengalami bacaan HB rendah setiap kali waktu pemeriksaan bulanan.

Sebenarnya Mien juga antara ibu yang pernah mengalami bacaan HB rendah ketika hamil anak kedua dulu. Dan sekarang mengandung pula anak ketiga. Owh memang ada rasa sedikit persepsi kurang yakin untuk mampu berpuasa disebabkan sejarah kehamilan yang dahulu.

Apa yang Mien nak kongsi ini adalah dari pengalaman dan usaha sendiri untuk mengurangkan stigma sesetengah pihak yang mengatakan kalau dah kehamilan dahulu HB rendah, sudah tentu kehamilan seterusnya juga akan rendah.

Ok mohon maaf dipinta dulu dan dijauhkan dari sifat riak. Mien kongsi ni pun sebab kesian melihatkan ada rakan pejabat yang tidak berpeluang untuk berpuasa seperti ibu hamil yang lain.

pregnant-baby-860x450_c

#1:Hari Pertama Ramadhan: Doa dan Serah kepada Allah s.w.t

praying-child1

Sebaik sahaja pengumuman esok nak berpuasa, Mien nekad untuk mengerjakan terawih. Setiap kali sujud terakhir, mohon kepada Allah s.w.t agar dilapangkan keadaan dan diizinkan kesihatan yang baik untuk berpuasa. Dalam doa tu juga, Mien serahkan keadaan anak di dalam kandungan kepada Allah s.w.t. Part ni sangat penting sebab sepanjang masa kita nak bergantung pada Yang Maha Pencipta.

#2: Jangan Skip Bersahur

Sebelum Ramadhan menjengah, Mien sempat tanya kawan-kawan yang pernah ada pengalaman berpuasa ketika hamil. Mereka pesan jangan skip sahur dan mesti bersahur dengan nasi atau oat. Selain itu, amalan minum Energizing Soy Protein dan Performance Drink Shaklee juga amat membantu untuk mengenyangkan perut kita hingga waktu berbuka.

#3: Minum air secukupnya

Haa… dengan cuaca sekarang yang agak panas, minum air masak secukupnya amat penting bagi ibu hamil. Ada rakan kongsi tips bagaimana untuk dapat minum air sebanyak 8 gelas.

clear water

Minum segelas selepas bangun tidur
Minum segelas sebelum bersahur
Minum segelas selepas sahur
Minum segelas sebelum berbuka
Minum segelas selepas berbuka
Minum segelas sebelum terawih
Minum segelas selepas terawih
Minum segelas sebelum tidur

Haa..kan dah cukup 8 gelas.

 #4: Kurangkan pengambilan kafein

Yang ini memang tidak digalakkan sama sekali sebab kafein boleh menyebabkan badan kita kehilangan banyak air. Oleh itu, kalau ibu-ibu terdesak sangat perlu stay up untuk siapkan tugasan ke boleh cuba Cinch Energy Tea Shaklee. Ia adalah campuran teh hijau serta robois merah dan putih. Jadi selamat untuk diamalkan oleh ibu hamil.

#5:Set Target dan Positif

Betul. Emosi dan tindakan perlu seiring. Mien akui setiap hari adalah cerita yang berlainan. Ada satu ketika elok lepas mandi, Mien muntah semula apa yang dimakan waktu bersahur. Alahai sedih yang amat waktu itu dan terus terdetik mampu ke berpuasa? Haa… jangan dilayan emosi negatif itu. Terus panjatkan doa kepada Yang Maha Mengetahui dan letak tekad untuk cuba berpuasa. Alhamdulillah Mien mampu bertahan sehingga ke petang dan sudah tentu kekurangan tenaga yang amat apabila pulang daripada kerja. Di sini pentingnya peranan suami dan syukur suami amat memahami. Beliau sentiasa bersedia untuk membantu menyediakan juadah berbuka apabila keadaan Mien tidak mengizinkan.

Rasanya cukup 5 petua yang Mien kongsi hasil daripada pengalaman sendiri. Walaupun nampak biasa je di mata orang lain tapi dengan 5 petua ini lah Mien mampu berpuasa. Semoga dengan perkongsian ini boleh membantu ibu-ibu di luar sana yang menghadapi dilema seperti saya.

xoxo

Mien

don’t get sick naturally

One Response

  1. qaseh July 4, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge