Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,
Semangat nak bercerita trip kami semasa cuti sekolah yang lepas. Penat tapi seronok dan ceria. Lebih-lebih lagi tak sangka last minute plan pun menjadi.
Ok untuk hari pertama Cik Mien dah cerita penuh perasaan di entry ini.
Kita sambung pula ye. Sebab kami dah buang masa yang agak lama di restoran celup tepung, jadi kami tak sempat nak singgah ke destinasi lain.
Perjalanan dari Kuala Terenggau ke Cherating saje dah ambil masa 2 jam setengah. Anak2 dah bising sebab terjanji nak mandi kolam. huhu…macam2 drama sepanjang perjalanan.hihihi…Kami berdua dah kepenatan jadi memandu secara bergilir. Sebelum tu Cik Mien dah call pihak Casa Titik untuk maklumkan yang kami dijangka check in lewat.
Tiba di Cherating dalam pukul 8 malam dan terus check in. Tapi kami tak turunkan barang sebab terus decide nak keluar makan malam. Port makan? erm… kami tanya pekerja Casa Titik mereka rekomen restoran D’Cherating berdekatan dengan Legend Resort.
Sampai saje terus ternganga. Restoran penuh maklum lah cuti sekolah, nak order menu kerang bakar pun dah habis.huhu jadi order bihun celup dan minuman. anak2 pula masing2 dah tak lalu nak makan sebab dah kepenatan. Overall harga dan makanan ok sesuai dengan selera kami.
Siap makan balik villa dan anak2 terus teruja nak mandi sebab ter nampak kolam di depan bilik kami.hihi…
Bagi Cik Mien sekeluarga ada 5 sebab anda perlu memilih Casa Titik sebagai destinasi penginapan keluarga…
#1 Harga bilik berbaloi untuk keluarga
Untuk tempahan bilik deluxe ni, Cik Mien guna Agoda dengan harga RM205++. Nilai ini lebih murah berbanding kita menempah secara telefon dengan Villa ni. Bagi Cik Mien, keluasan bilik sangat sesuai untuk keluarga kecil kami.
Walaupun ada sebuah katil queen, ruang masih mencukupi sekiranya anda mahu tambah extra bed.
Ni Cik Mien tepek kadar harga sehingga Mac 2017 untuk korang buat perbandingan.
Copy of Rate for Casa Titik 2016/2017
Room Rate 2016/2017 | Weekdays | Weekends | School Holiday/ High Seasons | Public Holiday |
---|---|---|---|---|
10 Room | (Sun-Thurs) | (Fri-Sat) | ||
2 unit Standard Room | RM 159.00 | RM174.90 | RM 198.75 | RM 222.60 |
2 unit Deluxe Room | RM 190.80 | RM 212.00 | RM 238.50 | RM 267.10 |
2 unit Premier Room | RM 233.20 | RM 256.50 | RM 291.50 | RM 326.50 |
2 unit Family Room | RM 265.00 | RM 291.50 | RM 331.25 | RM 371.00 |
1 Unit Queen Suite | RM 318.00 | RM 349.80 | RM 397.50 | RM 445.20 |
1 unit King Suite | RM 371.00 | RM 408.10 | RM 463.75 | RM 519.40 |
Whole Villa | RM 2,438.00 | RM 2,731.50 | RM 3,140.25 | RM 3,551.00 |
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi mereka ye…
Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman,
Sg. Baging, Mukim Sg. Karang,
26080 Kuantan, Pahang
GPS: N4.08415, E103.385862
Waze: Casa Titik
Tempahan: +6095819284, +60199389620
#2 Sarapan Sedap dan Enak
Sebaik sahaja kita check in di kaunter, petugas akan menghulurkan menu sarapan untuk kita buat pilihan. Ada pilihan western, nasi lemak dan nasi goreng. Jadi Cik Mien pilih nasi lemak dan nasi goreng sebab fikirkan kami mesti memerlukan tenaga yang banyak sebab nak beraktiviti. hihi…
Sarapan yang disediakan alhamdulillah besar portionnya dan boleh dikongsi untuk 2 orang. Air panas boleh bancuh sendiri ikut suka kita. Semua tea bag, milo, nescafe ada disediakan untuk kita bancuh.
#3 Aktiviti Berenang Sampai Puas Dan Bila2 masa saje
Kolam di sini ngam2 sesuai je untuk penghuni Villa. Ada 1 kolam dewasa, 1 kolam anak2 dan 1 untuk jacuzi.
Satu perkara yang Cik Mien nak puji ialah usaha pemilik dengan menyediakan tandas di belakang kolam sebab jarang kemudahan sebegini disediakan.huhu…
Kalau anda dah bosan mandi di kolam renang, anda boleh sambung pula mandi di pantai. Ada laluan daripada Casa Titik ke pantai. Usah risau. Persekitaran di sini sangat bersih dan terjaga.
Pengalaman Cik Mien bersama anak-anak ketika mandi manda di sini ialah-sangat ohsem! Kami sangat enjoy dengan deburan ombak yang menghempas pantai. Cik Mien sangat rekomen lah tempat ini untuk kita melepaskan tekanan. Serius syiok.
Sebaik sahaja selesai mandi manda di pantai, kami menuju pula ke kolam semula. Kali ini sengaja bagi anak2 puas berenang.
Perasan ke si kecil Syamim Ziyad tiada dalam gambar? hihi…dia ni jenis bangun tidur lambat. agaknya penat seharian semalam jadi pukul 11.00 pagi baru bangun. masa tu kakak dan abang pun dah kepenatan. sempat la bagi peluang dia mandi sekejap di kolam. tapi masa ni matahari pun dah terik nak ooii.huhu…
#4 Aktiviti BBQ yang nyaman di tepian pantai
Di sini juga disediakan kemudahan BBQ dan kita dikehendaki menempah dari awal yakni semasa bersekali dengan bilik.
Sebab ini memudahkan petugas untuk menyediakannya nanti. Hanya tempat bakar sahaja disediakan manakala menu BBQ kita perlu bawa sendiri. Untuk simpan makanan sementara menunggu dibakar tu Cik Mien tak berapa pasti sebab bilik deluxe yang kami sewa pun tiada kemudahan fridge. Jadi lebih baik tanya staf tersebut memandangkan kami belum berpeluang lagi untuk berBBQ di sini. Mungkin di masa akan datang la ye (ceh alasan nak merepeat hihi)
#5 Aktiviti Berkuda Waktu Petang Sambil Layan Matahari Terbenam di Casa Titik
Semasa berjalan nak ke arah pantai, di tengah perjalanan tu kita akan berjumpa dengan sebuah pusat equestarian kuda. Haa…anak-anak memang teruja bila tahu ada peliharaan kuda di sini. Jadi mereka pun request dengan kami untuk merasa naik kuda.
Hal pengurusan equestarian ni bukan di bawah Casa Titik jadi kami kena masuk ke kandang kuda tersebut untuk berurusan dengan mereka. Agak menyedihkan melihat struktur kandang kuda kerana dari luar pun dah seperti nak roboh je. Bangunan struktur besi nampak dah nak goyah sebab telah dihakis dengan corrosion akibat berhampiran dengan pantai.
Cik Mien redah je la masuk kawasan kandang untuk berurusan dengan pekerja mereka sambil hidung menahan bau hamis najis kuda. uweekkk…huhuhu…(mujur le Cik Mien bukan sedang mengandung kalu tak taubat tak moh masuk )
Kesian kalau terjadi apa2 pada kuda tu kan. Di belakang abang tu lah bangunan yang Cik Mien maksudkan.
inilah pengalaman pertama anak-anak kami menaiki kuda. nampak gaya mereka amat suka dan teruja. lebih-lebih lagi si abang ni. siap minta second round.memang Cik Mien say No. sebab matahari dah terik atas kepala risau buatnya mereka semua tak tahan cuaca panas.
cool je muka anak2 naik kuda, Cik Mien plak terlebih cuak tengok mereka.mujur le pekerja tu sporting sebab ikutkan pukul 1.00 petang adalah waktu mereka berehat. hihi…
Kadar bayaran satu pusingan adalah RM10. Jadi setiap seorang Cik Mien beri peluang mereka membuat satu pusingan.
hehe…sesi bergambar keluarga kecil kami. Cik Mien dan Bokitta memang tak dapat dipisahkan. Dan juga Dania Ziyad.hahaha… anak beranak Bokitta sebab dua2 malas nak pakai pin.muahahaha….
Ni koleksi pertama Bokitta Songket. Saje nak cuba kain jenis shining georgette. siyes tak yah gosok langsung pun tak pe.hehe…jimat masa. ingat masa tu nyawa tau.hahahaha…
Last but not least, belanja gambar dua beradik ni dan Cik Mien anak beranak di pintu depan Casa Titik.
Wahh….best nyer..kena pergi ni
mmg best kak wan. wajib pergi merasa semua ni.hehe…