5 Sebab Anda Wajib Hadir ke Seminar Bisnes Online yang digabung oleh 17 Master Coordinator

26hb Januari 2019 yang lalu bertempat di Plaza Vads telah berlangsung seminar bisnes online di bawah gabungan 17 orang Master Coordinator Shaklee.

Bahang untuk hadir ke seminar yang dikenali sebagai My Champion Circle (MCC) 2.0 ini terasa dari awal lagi.

Antara persiapan awal ialah menyediakan baju mengikut dress code yang ditetapkan. Kali ini urusetia memilih tema navy blue/grey/white.

#ootd

Dah alang-alang memakai dress code, ada pertandingan like terbanyak untuk ootd. Jom like gambar Cik Mien. Klik link ini ye.

Sebelum mulakan program, Master Zura Betty dah pesan dari awal untuk kami betulkan niat datang seminar.

Bayaran untuk seminar ini hanyalah RM50(group booking). Sangat murah berbanding ilmu yang diberikan.

Sambil korang layan gambar, Cik Mien nak bagitau ada 5 sebab anda wajib hadir ke MCC 3.0 akan datang.

Seminar Bisnes Online Yang Mempunyai Pengisian Padat

Tiada langsung menyentuh mengenai carta atau statistik jualan tetapi seminar ini Cik Mien boleh cakap lepas habis je terus rasa ringan kepala.

Cik Mien tak kan kongsi detail topik apa yang kami dengar dari pagi sampai ke petang. Yang penting nak bagitau seminar ini mempunyai pengisian yang membantu merungkai masalah bisnes anda.

Seminar Bisnes Online Paling Mantap dengan Gabungan 17 Master Coordinator

Uniknya seminar ini ialah hasil gabungan Master Coordinator dari yang sama atau berlainan susur galur.

Ilmu dan teknik setiap Master Coordinator dikongsi dengan baik sekali dan Cik Mien rasa sangat bagus. Sekurang-kurangnya kita mempunyai 100 teknik yang berbeza untuk kita ikuti.

Seminar Bisnes Online Yang Membantu Leader dan Pengedar

Dalam seminar ini, adalah wajib leader membawa downline di bawah mereka untuk sama-sama mendengar perkongsian.

Ini sangat bagus untuk allign kan group masing-masing. Bila ilmu yang diterima sama mudah untuk leader bercakap dengan downline apa yang perlu dibuat.

Doakan next MCC 3.0 Cik Mien bawa lagi 3 downline untuk group Rich and Verve ye.

Seminar Bisnes Online Yang Membantu Anda Mengukuhkan Perniagaan

Kali ini Master Hadhatina berkongsi bagaimana beliau melayan downline di bawah organisasinya.

Cik Mien memang tabik dengan Master Hadhatina ni. Group dia sangat lah besar dan Cik Mien berangan untuk jadi seperti dia.

Kata beliau, anggaplah downline seperti anak-anak kita-walaupun keluar dari rahim yang sama tetapi perangai nya berbeza.

Dan beliau berkongsi bagaimana kita boleh belajar dari anak-anak mengenai konsisten dan praktice makes perferct.

Seminar Bisnes Online Yang Memberikan Impak Kepada Perkembangan Group

Semasa seminar ini berlangsung, ada 2 sesi perkongsian perjalanan bisnes Shaklee seorang Coordinator dan juga Master Coordinator.

Cik Mien simpulkan mereka ini berjaya kerana KONSISTEN dengan apa yang mereka buat.

Cik Siti Nurmie, pelajar degree daripada universiti tempatan berkongsi bagaimana 3 bulan dia berkongsi mengenai Shaklee tetapi tidak mendapat sebarang respon.

Dia konsisten sahaja dengan mengamalkan serta berkongsi ramai orang mengenai Shaklee. Hasilnya hari ini dia dah jadi Coordinator.

Dapat sesuatu daripada entry ini? Cik Mien hanya nak anda tahu yang peluang bisnes Shaklee dan potensinya sangat besar.

Memilih bisnes yang betul adalah satu tindakan luar biasa yang anda boleh lakukan dari awal.

PERTANYAAN | TEMPAHAN

Anda boleh hubungi 0123813525 (Cik Mien)

atau

taip ‘SAYA NAK BISNES’ ke http://www.wasap.my/60123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.