5 Tips Memilih Hotel Untuk Mesyuarat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

hoho…rasa segar yang amat bila baru balik daripada mesyuarat yang Mien anjurkan di luar lokasi Putrajaya.

ok sebenarnya Mien dan kengkawan dah mula rancang untuk mesyuarat ni dari awal tahun lagi. Jadi bila semuanya berjalan lancar dan mereka yang datang pun seronok bertambah teruja Mien nak kongsi ngan korang tips memilih hotel untuk mesyuarat.

Tips 1: Pilih Tarikh Mesyuarat Bila Gaji dah Masuk

Betul. Ini yang Mien selalu buat. Sebab masa ni mereka yang hadir rasa lapang untuk membayar caj penginapan oleh pihak Hotel/Resort. Tips ini sangat berguna bila Mien berurusan dengan hotel/resort yang hanya menerima bayaran tunai. Contoh Lembah Temir Resort yang Mien pergi baru-baru ini hanya menerima bayaran tunai sahaja.

Tips 2: Adakan Mesyuarat Semasa Musim Buah

IMG_6837

Makan durian fresh dari ladang

Motif? hehe… Lembah Temir Resort, lokasi mesyuarat kami baru-baru ini adalah sebuah resort persendirian yang diuruskan oleh pemilik bersama keluarganya. Tanah yang dimiliki oleh beliau sangat luas dan mempunyai beratus-ratus pokok durian, berpuluh-puluh pokok rambutan dan pulasan.

Jadi sekiranya korang memilih lokasi resort seperti ini pastikan tarikh mesyuarat adalah semasa musim buah. Memandangkan kitorang datang di penghujung musim jadi dapat lah juga merasa sedikit buah durian musang king dan D24.

Pemilik resort sangat bermurah hati dengan menyediakan sebakul buah durian untuk kitorang kerjakan. Paling ohsem sekali adalah momen memakan durian musang king yang sangat berlemak. Semoga murah rezeki beliau sekeluarga.

Fresh petik sendiri

Fresh petik sendiri

IMG_6840

Tips 3: Lokasi Jauh daripada Hiruk Pikuk Bandar

Kumpulan mesyuarat kitorang lebih menyukai lokasi di luar Lembah Klang. Memandangkan mesyuarat yang diadakan sebanyak 1-2 kali dalam setahun jadi kitorang memilih lokasi yang jauh daripada bandar yang menyediakan suasana tenang dan nyaman.

Hasilnya mesyuarat di Lembah Temir Resort baru-baru ini kitorang dapat menyiapkan tugasan dalam keadaan santai dan relaks. Tiada tekanan semasa bermesyuarat kerana lokasi sangat hijau dan semulajadi membuatkan semua yang hadir dapat memberikan komitmen sepenuhnya.

DSC02747

Tips 4: Pilih Lokasi Yang Sediakan Aktiviti

DSC02727

Masa untuk trekking tapi dalam trak aje la ye

Kalau kita lihat kemudahan di hotel kebanyakannya menyediakan gym dan kolam renang sahaja. Namun di Lembah Temir Resort ia menyediakan satu pengalaman semulajadi yang tidak terdapat di resort lain iaitu air terjun!

Selain daripada itu, ada disediakan gelanggang futsal, kolam memancing yang sedang dalam pembinaan dan sekiranya korang nak merasa mengutip buah durian pun boleh dengan mengikut pekerja resort selepas subuh. Bagi mereka yang suka berbasikal, di dalam kawasan resort dan kebun pemilik ada menyediakan trek yang agak mencabar.

Untuk mereka yang suka uji bakat, set karaoke yang lengkap juga ada disediakan.

IMG_6851

Bila jumpa air terjun macam ni memang boleh lupa diri

DSC02763

Tips 5: Kemudahan Bilik Mesyuarat Yang Best

Tiada had masa ditetapkan untuk kitorang bermesyuarat. Kadang-kadang lajak hingga ke pukul 1 pagi. Malah pemilik menyediakan projektor bersekali dengan pakej mesyuarat. Jadi tidak perlu kita nak bawa peralatan sendiri kerana semuanya telah disediakan.

Berlainan dengan pakej di hotel kerana peralatan perlu disewa dan bilik mesyuarat telah dihadkan masa untuk digunakan.

Untuk mereka yang inginkan pakej mesyuarat yang jauh daripada bandar Mien memang rekomen Lembah Temir Resort. Perjalanan daripada Putrajaya kurang daripada 2 jam adalah sangat berbaloi dan memuaskan.

IMG_6862

Mien dan member semasa trekking

3 Comments

  1. nila anggraini August 31, 2015
  2. nurul March 28, 2016
    • Mien March 30, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.