5 Tips Memilih Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan

Cik Mien faham dilema anda bila mana dah berhabis banyak duit beli produk sana sini last2 tak menjadi. Ada juga yang komplen kata muka makin teruk, naik jerawat sana sini, parut plak makin bertambah.

Ok agak2 la di mana silapnya? Produk? Atau kita yang kurang arif mengenai kondisi kulit muka sendiri? Atau mungkin salah step semasa menggunakannya? Kali ini Cik Mien kongsi tips memilih produk kecantikan yang selamat dan berkesan hasil pengalaman sendiri. 

Tips Memilih Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan

Sebelum tu Cik Mien nak flash back sikit pengalaman sendiri.

Pengalaman Memilih Produk Kecantikan

Cik Mien cerita mula dari sekolah menengah ye. Masa muda mudi ni pakai cleanser je dah memadai untuk mencuci muka. Cik Mien pilih Olay sebab suka dan minat dengan Amy Mastura. Kalau tak silap Amy Mastura jadi duta untuk Olay. nampak betapa naifnya waktu tu. hihihi…

Mula guna night cream bila dah masuk matrikulasi. Ingat lagi muka rasa berminyak je lepas guna tapi mana le nak tau sesuai ke tidak. Pastu tak habis pun.huhu…

Cuma satu benda yang Cik Mien rasa bersyukur sangat sebab mempunyai kulit yang kurang bermasalah. Jerawat pun jarang2 muncul. Biasanya masa period je(waktu hormon kurang stabil)

Ok bila dah masuk universiti, tetiba suka plak dengan produk MLM- Elken. Ada senior berbangsa Cina yang promote dan terus beli complete set. Boleh tahan gak harganya tu. hihi…

Habis satu set tu Cik Mien stop dan tak pakai apa2 pun. Sehinggalah bekerja dan mempunyai duit sendiri. Masa ni lah muka dah nampak bermasalah. Kering! Jeragat dah mula muncul. Kerja kat tapak pembinaan duk bawah panas terik tapi tak pakai sunblock. Padan muka.

Kononnya nak mencari solution, beli la satu set Bodyshop. Last2 tak pakai pun sebab buat kulit Cik Mien bertambah kering. huhuhu… Sehinggalah jumpa satu jenama tempatan. Yang menarik owner menggunakan bahan asli, tanpa alkohol yang dikenali sebagai Zai’s Beauty Formula. Baunya sangat semulajadi dan setiap produk adalah terhad kerana dihasilkan sendiri oleh Tunku Zaidar.

Cik Mien stick dengan produk ni sehingga bersalinkan Syamil Ziyad. Bila nak repeat semula Cik Mien dapat tahu yang ownernya, Tunku Zaidar dah stop menghasilkan produk. aduh sedihnya. Baca entry ini.

Dan Cik Mien langsung tak menggunakan apa2 walaupun sedar diri dah rimas dengan muka yang nampak jeragat, kusam dan kering.

Kebetulan Cik Mien jadi pengedar Shaklee, cuba lah Nutriwhite. Cik Mien tak beli satu set pun, hanya beli make up remover, spot whitening treatment dan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15. Disebabkan Cik Mien tak beli satu set, jadi kesannya tidaklah seperti orang lain yang menggunakan satu set.

Dan sekarang Cik Mien hepi dengan Youth Intensive Treatment and Repair Set. Alhamdulillah, kulit yang dahulunya kering dan kusam kembali lembap, dan jeragat juga makin kurang kelihatan. Best!

Wow, ter over plak bercerita kisah pengalaman sendiri. Apapun pengalaman tu penting untuk bantu kita menjadi lebih pandai dan bijak memilih, setuju?

Tips Memilih Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan

1. Pilih Produk Kecantikan mengikut jenis kulit muka anda

Sebelum anda shopping produk kecantikan, buatlah sedikit revision mengenai masalah kulit muka sendiri. Jangan terikut orang plak ye.

Caranya sangat mudah, ambil cermin solek, kalau boleh jenis yang two way magnifying mirror, untuk analisa wajah sendiri.

Cuba tick pada form ni. Cik Mien guna contoh soal selidik borang Youth sebagai panduan.

Panduan Memilih Produk Kecantikan

Atau boleh jumpa doktor pakar untuk dapatkan nasihat yang professional.

2. Pilih produk kecantikan muka yang telah lulus KKM

Dah tahu condition kulit, maka tibalah masanya untuk pilih produk.

Sambil memilih tu, sila buat check and balance di laman web KKM untuk memastikan kesemua produk yang dah disenarai pendek telah diluluskan.

3. Kenalpasti bahan di dalam produk kecantikan muka

Selain daripada kelulusan KKM, salah satu kriteria yang wajib kita ambil berat ialah bahan yang digunakan.

Rajinkan diri membaca label produk dan sentiasa bertanya pada pengedar/penjual akan bahan yang terkandung di dalamnya.

Sebagai panduan, ini adalah senarai bahan berbahaya beserta kesannya.

Panduan Bahan Berbahaya dalam Produk Kecantikan

 

*INCI : International Nomenclature of Cosmetic Ingredients

4. Pilih produk kecantikan muka yang bebas daripada kandungan haiwan

Atau dalam bahasa ringkas- Vegan.

Terdapat kajian yang menunjukkan produk yang mengandungi bahan daripada haiwan boleh memberikan tindak balas kepada manusia dan sekiranya anda hamil, ia boleh memberikan risiko kepada kandungan.

Oleh itu, pilihlah produk yang 100% dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan.

5. Pilih produk yang dibangunkan daripada R&D

Bukannya daripada kilang yang kita tak tau asalnya. Kebanyakan produk penjagaan muka yang berada di pasaran adalah hampir serupa kerana asalnya daripada kilang yang sama. Hanya founder dan jenama je yang berbeza.

Berhati-hati ketika memilihnya.

Sebagai pengguna bijak, pilihlah jenama yang telah bertapak lama dan mempunyai rekod R&D yang meyakinkan. Lebih bagus pilih produk yang telah dipatenkan.

Cik Mien rasa cukup 5 tips memilih produk kecantikan yang selamat dan berkesan. Ada kelapangan Cik Mien akan sambung pula dengan tips kenalpasti kesesuaian produk terhadap kulit kita.

Sekiranya tips ini bermanfaat kepada anda dan mereka yang rapat dengan anda, kongsikan lah ye. Boleh?

 

xoxo

Cik Mien

Wanita yang sukakan kecantikan dari luar dan dalam

4 Comments

  1. Fadzi Razak November 21, 2018
    • Mien November 30, 2018
  2. Azwan December 4, 2018
    • Mien December 7, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge