5 Tips Memilih Sumber Protein Betul Agar Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Ada seorang rakan Cik Mien ni pernah bertanya, adakah kita perlu bergantung kepada supplemen sehingga akhir hayat?
Susah juga nak jawab soalan ini sebab ia adalah subjektif. Lain orang lain situasi dan juga pemikiran. Cuma apa yang boleh Cik Mien jawab selagi hayat dikandung badan, selagi itulah badan kita perlukan nutrisi lengkap untuk kita hidup sebaiknya di alam sekarang. in sha Allah.

Kali ini Cik Mien sudi berkongsi mengenai salah satu nutrisi penting iaitu protein yang mana badan kita sangat memerlukannya. Salah satu barisan supplemen Shaklee yang membekalkan protein kepada tubuh badan kita ialah ESP.

Sebelum tu, Cik Mien nak bercerita sedikit khasiat ESP kepada kita semua dari peringkat usia. ESP sangat membantu dengan…

  • mengekalkan tenaga sepanjang hari
  • menggalakkan tahap kolestrol yang sihat
  • mengurangkan gejala menopause
  • meningkatkan kepadatan tulang

Dalam kita mahu memilih sumber protein, Cik Mien nak berkongsi dengan anda 5 tips untuk bantu memilih sumber protein yang betul.

#1 Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan

Kedua-dua sumber ini mengandungi kandungan protein yang sama. Akan tetapi protein soya adalah lebih mudah untuk dihadam dan ini memudahkan lagi untuk badan kita membina sel. Kelebihan protein soya ini memberikan manfaat di kalangan warga tua kerana sifatnya yang mudah dihadam.

Berbanding dengan sumber protein yang berasaskan haiwan, kebanyakan sumber ini mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit.

#2 Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah

Kalau nak tahu protein yang berasaskan tumbuhan mengandungi sifar kolestrol.  Protein yang berasaskan haiwan pula mengandungi kolestrol dan lemak tepu. Kedua-dua inilah yang kita cuba elakkan memasuki dalam badan. Oleh itu, kita wajib tahu memilih jenis protein mana yang terbaik untuk tubuh badan kita.

#3 Kandungan Lemak Tinggi vs Rendah

Selain itu, protein berasaskan tumbuhan bebas daripada lemak tepu dan trans lemak. Antara yang pakar nutrisi suka cadangkan ialah makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh untuk sumber protein yang sihat tanpa lemak yang berlebihan.

Sekiranya anda memilih sumber protein yang berasaskan haiwan, ia mengandungi lemak tepu dan lemak trans.

Sifat lemak tepu dan lemak trans banyak membawa kolestrol LDL dalam darah yang mengakibatkan plat melekat pada saluran pembuluh darah yang akhirnya akan mengganggu sistem peredaran darah dan juga boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam tubuh badan kita.

Jadi tak hairanlah kedua-dua lemak ini digelar sebagai lemak jahat.

#4 GMO vs Bukan-GMO

GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Iaitu suatu organisma yang diubahsuai secara genetik. Maksudnya baik tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma yang genetiknya telah diubahsuai.

Mereka menghasilkan produk GMO dengan menggunakan teknik pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Ada kajian menyatakan teknologi pengubahsuaian ini boleh mendatangkan risiko kesihatan tubuh badan kita.

Banyak dah tumbuh-tumbuhan yang telah mengalami proses GMO ni di mana kebanyakkannya pada buah-buahan seperti seedless grapes.

Jadi untuk sumber protein yang terbaik pilihlah dari jenis yang bukan GMO seperti ESP Shaklee.

#5 Sumber semulajadi vs Sumber diproses

Sebaiknya dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien.

Anda boleh memilih serbuk protein yang berkualiti tinggi yang memberikan asid amino perlu dan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.

ESP Shaklee diproses pada suhu yang rendah agar nutrisi dalam soya tersebut terpelihara dengan baik.

6 Sebab Anda Perlu Memilih ESP untuk Sumber Protein Sepanjang Zaman

ESP memberikan tenaga berterusan, berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi. Satu canister ESP dengan berat 850g dihasilkan daripada 30kg soya. Soya yang digunakan pula perlu mematuhi piawaian ketat oleh pihak Shaklee.

Dalam mendapatkan bahan soya ini, Shaklee telah melantik pihak ketiga iaitu IPP yang akan memeriksa dan memastikan soya yang ditanam oleh peladang mematuhi proses non GMO sehingga peringkat penuaian. Untuk menghasilkan ESP, soya dicuci dengan air dan bukannya alkohol kerana untuk memelihara manfaat isoflavone di dalamnya. Pemprosesan dengan suhu rendah dapat memelihara manfaat protein di dalam soya yang kita mahukan.

Fuh, dahsyat kan pemprosesan ESP ini. Jadi dengan kualiti bahan dan juga penghasilan, Cik Mien yakin ESP adalah pilihan tepat lagi bijaksana untuk anda. Meh Cik Mien senaraikan lagi sebab-sebab untuk mewajibkan anda mendapatkan ESP hari ini juga.

  1. Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan.
  2. Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi protein kehadaman dan protein yang paling berkualiti
  3. Mengandungi 9 asid amino.
  4. Tinggi dengan kalsium.
  5. Tanpa kolestrol.
  6. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol. Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari. Minimum penyediaan ESP adalah 3 scoop sudu besar yang bersamaan dengan 14g sehari serta minum air kosong secukupnya.

Ilmu tentang protein ini sangat luas. Apa yang Cik Mien kongsi ini baru sebesar kuman sahaja. Dan ilmu juga lebih manis bila disertai dengan pengalaman kita. Sekiranya anda berhasrat mahukan pengalaman baru dengan produk Shaklee, Cik Mien sangat mengalu-alukan pertanyaan anda. Boleh hubungi Cik Mien pada bila-bila masa.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

Leave a Reply

CommentLuv badge