5 Tips Naikkan Selera Anak Untuk Elak Kurang Nutrisi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Mien pasti korang mesti ada banyak Whatsapp Group dalam handphone kan? Baik pasal family, biz, kerja atau pun rakan-rakan sekolah rendah dan menengah. Nak lagi? haaa…group jiran tetangga pun ada, group taska anak2 pun jangan left ye.hihi…

Haa…banyak kan? Seronok sebenarnya join group ni semua sebab macam2 diskusi yang kita boleh belajar. Dan lagi macam2 pesanan yang best2 mereka forward.

Kali ni Mien nak kongsi sedikit tentang group discussion mak2 yang mempunyai anak cerewet makan.

Cerewet atau Memilih Makan?

Menjadi ibu adalah sangat mencabar bila part menyediakan hidangan untuk anak-anak. Bayangkan seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak perlu memenuhi selera mereka yang sudah tentu berbeza, sebagai contoh menu protein seperti ayam, anak pertama sukakan sup ayam, anak kedua sukakan ayam masak kicap tetapi anak ketiga pula ayam goreng pun dah cukup berselera baginya.

Mien nak kongsi juga dilema seorang ibu yang anaknya memilih makanan luar dari kebiasaan…

“Anak saya berumur 10 tahun akan tetapi selera makannya berbeza sama sekali dengan kanak-kanak yang seusia dengannya. Bayangkan dari usia kecil hingga 10 tahun, anak saya hanya mahukan susu, prunes, buah mangga dan biskut oat coklat.Dan sekarang baru belajar makan nasi.”

Diakui naluri seorang ibu menjadi gelisah memikirkan bila selera anaknya berbeza daripada kanak-kanak yang lain. Sebabnya pada tempoh tersebut, tumbesaran anak amat memerlukan nutrien dan khasiat daripada pemakanan mereka.

Sekiranya kita di tempat ibu tadi, apa yang boleh kita lakukan?

Tips #1 Layan Saje Selera Anak

Ye. Selagi ia tidak memudaratkan perkembangan anak, kita layan je kehendak selera mereka. Sekiranya rasa ragu boleh rujuk pakar pemakanan untuk mengetahui kandungan nutrien berdasarkan selera anak kita. Check apa yang kurang dan yang terlebih.

Tips #2 Introduce Perlahan-lahan

Kalau dari awal lagi anak tak suka makan nasi, jangan dipaksa dia. Beri masa untuk dia dan introduce secara perlahan-lahan. Walaupun ambil masa dari tahun ke tahun, in sha Allah lama kelamaan anak akan menunjukkan minat untuk mencuba.

Sediakan Bento yang comel boleh jadi satu cara untuk menarik perhatian anak kepada buah dan sayuran-pic credit kpd kelab bento malaysia

Sediakan Bento yang comel boleh jadi satu cara untuk menarik perhatian anak kepada buah dan sayuran-pic credit kpd kelab bento malaysia

Tips #3 Galakkan makan beramai-ramai

Ajak anak anda makan bersama adik beradik yang lain. atau pun bila balik kampung ke makan bersama dengan sepupu boleh membantu menarik minat dia dengan melihat kesungguhan yang lain sewaktu makan. Tetapi elakkan membanding-bandingkan anak kita dengan yang lain ye.

huhu…saya dah cuba dah ketiga-tiga tips di atas tapi ye la risau plak dengan nutrisi anak terutama sekali kekurangan sayur dan buah. ok… cuba yang ini plak.

Tips #4 Tekankan konsep keperluan sayur dan buah

Kreatifkan perbualan di antara anak kita dengan menerangkan konsep kenapa perlu ambil sayur dan buah. Sebagai contoh kalau adik makan carrot, mata adik jadi cantik dan terang. nak tengok cerita upin ipin dalam gelap pun tak de masalah. ūüėČ

veggie kid

Tips #5 Tambah supplemen sebagai pelengkap

 Kalau dah kesemua tips dah buat tapi masih rasa risau sebab cara pemakanan anak macam tak berapa nak berkhasiat, mungkin ibu-ibu boleh pertimbangkan pemberian supplemen untuk anak.

Antara supplemen yang Mien rekomenkan adalah Mealshake Shaklee/Vitalea for Kids, Chewable Vitamin C dan Omegaguard. Mealshake dan Vitalea for kids kedua-duanya membekalkan multivitamin kepada anak-anak jadi boleh pilih salah satu atau kedua-duanya. Apa yang membezakan adalah Mealshake adalah minuman dan Vitalea for kids dalam bentuk tablet.

Pengambilan keempat-empat ini sudah cukup untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh anak kita. Shaklee menyediakan supplemen yang amat mudah untuk anak kita hadam contohnya vitamin C yang boleh dikunyah, Mealshake yang berperisa Vanila boleh dibuat sebagai minumam mudah untuk anak yang tidak sukakan menelan tablet.

Apapun jangan biarkan anak kita tanpa nutrisi yang lengkap kerana ia boleh mengganggu tumbesaran mereka. Malah boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kerana imunisasi yang rendah.

Untuk dapatkan khidmat konsultansi percuma bagi anak anda boleh hubungi…

Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

atau kalu nak set kesihatan anak ni laju2 sampai ke rumah korang, boleh order di sini juga ye.

esell

7 Comments

  1. zool March 27, 2016
  2. mrhanafi March 27, 2016
    • Mien March 30, 2016
  3. Noriza Rahman March 29, 2016
  4. Elih Japahar March 14, 2017
    • Mien March 17, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge