6 Cara Untuk Korang Menabung Bagi Persediaan Belanja Sekolah Anak

Sekejap nya masa berlalu. Ingat lagi masa awal pantang memang rasa lambat je masa tu. Tapi bila dah cukup 30 hari terus rasa nak masa tu jalan pelan2 je.lol

Siyes. saat ini memang rasa dah berkira2 nak simpan duit pastu apply cuti tanpa gaji 2bulan.ooppss…

Niat nak cuti panjang tu baik tau. Bukan saja2 nak lepak kat rumah tengok Tuan Anas Mikael jek. eh?

hahaha…rasa nak sambung cuti sebab masa ni lah permohonan lulus tanpa banyak soal. lagi satu sian kat baby. dah le comel, masam plak tu. geram jek kalau nak tinggal kat orang.

Tapi niat tu terus terbatal bila aku dah buat kira2 belanja bulan 12.

Ok korang dah buat ke kira2 apa yang nak dibelanjakan dengan gaji bulan 11 tu?

Saje nak bagi hint atau senang cite amaran awal2 gaji bulan 11 tu tak boleh la nak berjoli sangat dengan Black Friday sale (aku le tuh). rasa nak nangis bila tengok list berjela.

Antara yang item patut korang pertimbangkan… (sila gunapakai list ni untuk bujang berstatus ada adik yang bersekolah perlu disara atau suami/isteri yang ada anak bersekolah atau ibu/bapa tunggal yang ada anak bersekolah)

  1. Yuran Pendaftaran Tadika
  2. Yuran Sekolah
  3. Uniform Sekolah(2-3 pasang)
  4. Buku Sekolah
  5. Kasut Sekolah(1-2 pasang)
  6. Alatan Sekolah

ohmyenglish

Korang rasa la kan untuk per anak berapa agaknya perlu berhabis dari item 1 hingga 6? (list tu nampak pendek tapi sila darab dengan jumlah anak korang)

Percaya tak kalau aku kata pukul rata RM 600-800 per anak!

Kalau tahun ni korang memang terpaksa hantuk kepala pada butang panik tu. Nak tak tahun depan korang senyuuummm je tak yah rasa nak hantuk kepala atau meroyan bila orang shopping sakan masa Black Friday?

Sebelum cite panjang, motif entry ni cuma nak bantu beri cadangan bagaimana kita nak survive dalam cabaran hidup sekarang. Tak bermaksud belanja anak2 adalah membebankan. Kita perlu ingat anak2 syurga adalah rezeki. Dan kita sebagai ibu bapa menumpang rezeki anak2. Konsep ni kita cite lenkali ye.

Apa? Gaji gomen nanti masuk lagi tengah bulan 12? Haa… itu bukan berita gumbira ye kakak2 semua. harus berhati2 berbelanja sebab kita tak nak nanti kekeringan kontang bulan 1.uish minta dijauhkan.

Jom tengok cadangan yang aku rasa agak bernas la atau sebagai pilihan yang ada untuk korang mulakan bulan 1 tahun depan ni….

duit emas

  1. Main kutu. Paling senang dan mudah cuma yang penting perlu cari ketua yang boleh dipercayai.Tak perlu ramai2 paling kurang 12 orang.
  2. Menyimpan di ASB untuk mereka yang biasa terima bonu$ empat angka.
  3. Menyimpan di Tabung Haji untuk mereka yang juga biasa terima bonu$ empat angka.
  4. Join affiliate program. Yang ni memerlukan korang tau dan berkawan dengan geng2 affliate. senang cite suruh je suami korang buat. hihi… sebab jujurnya dunia affliate ni banyak derang je yang tapau.
  5. Jual produk orang lain dengan syarat modal yang rendah dan tidak membebankan serta tidak perlu simpan stok. Untuk permulaan cari produk yang ikut trend atau nak mudah jual tudung/jubah.
  6. Part time biz dengan join MLM yang mula dengan modal rendah dan sistem yang mudah serta tidak menindas orang bawah. contoh yang aku dah pernah cuba setakat ni Shaklee.

Aku percaya kalau kita boleh pilih mana2 pilihan yang kita rasa sesuai in sha Allah tahun depan bulan 12 kita akan senyum aje.

Yang penting semua belanja2 ni jangan le u ols fikir sorang2. Sentiasa berbincang dengan pasangan masing2 agar tabungan korang nanti mana tau terlebih2 plak untuk anak korang. Haa kan dah namanya tu rezeki. Tetiba boleh plak ter ‘melancong’ cuti sekolah tahun depan. hehe….

Semoga dengan perkongsian ini boleh membantu korang untuk lebih bersedia di tahun2 akan datang.

Jumpa lagi.

xoxo

Mien

One Response

  1. tabungan umroh November 11, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge