7 Kandungan Utama ResV Shaklee untuk peroleh 8 Manfaat Kesihatan Yang Penting

Sebelum ini, anda dah tahu yang supplemen ResV Shaklee telah dilancarkan semasa Business Leader National Conference pada February yang lalu.

Boleh baca sini untuk entry pelancaran ResV oleh Shaklee.

Kali ini Cik Mien nak berkongsi kandungan utama dalam ResV Shaklee yang bakal memberi impak positif kepada kesihatan tubuh badan kita.

Sebelum tu, anda harus tahu yang ResV langsung berbeza dengan Vivix dari segi fungsi utama dan kandungannya. Jom kita hadam.

ResV Shaklee mengandungi Muscadine Grape

Muscadine Grape dipilih berbanding jenis anggur yang lain kerana didapati anggur Muscadine ini kaya dengan polifenol Ellagic Acid dan Ellagitannis.

Saintis Shaklee menemui kedua-dua polifenol ini sangat bagus untuk menguatkan sel badan kita. Hanya Muscadine Grape sahaja mengandungi dua polifenol ini dan ia tidak didapati pada anggur lain.

Selain itu, Muscadine Grape juga kaya dengan polifenol lain seperti Gallic Acids, Anthocyanins, Proanthocyanidins, Chlorogenic Acid, Quercetin, Myricetin, Caffeic Acid, Kaempherol, Resveratrol dan Catechins.

Manfaat Utama yang diperoleh daripada Muscadine Grape ialah membantu melambatkan proses penuaan sel dan membantu kesihatan jantung.

ResV Shaklee mengandungi Japanese Knotweed.

Orang Jepun sangat menggemari Japanese Knotweed. Mereka mengamalkannya dengan mengambil di bahagian akar.

Saintis Shaklee juga mengambil bahagian akar untuk diekstrakkan ke dalam ramuan ResV.

Japanese Knotweed kaya dengan Resveratrol. Manfaat utama ialah anti pertumbuhan sel yang abnormal di samping anti keradangan, meningkatkan peredaran darah, menyokong paras gula darah dan tahap kolestrol yang sihat serta melambatkan kehilangan kolagen dan elastin.

ResV Shaklee mengandungi Purple Carrot

Purple Carrot atau pun nama lain Lobak Ungu. Ia adalah kategori lobak asal selain lobak putih dan kuning.

Lobak ungu sangat kaya dengan polifenol anthocyanins dan lutein.

Manfaat utama purple carrot ialah menggalakkan kesihatan penglihatan, memperbaiki keanjalan salur darah dan anti keradangan.

ResV Shaklee mengandungi Chebulic Myrobalan

Ia adalah herba dalam perubatan Ayuverda yang terkenal di India dan Bangladesh. Kaya dengan polifenol Gallic Acid dan Ellagic Acid.

Ini rupa bahannya dalam keadaan kering.

Chebulic Myrobalan ini digunakan secara tradisional untuk menyokong kesihatan penghadaman dan proses pembersihan semula jadi badan, membantu masalah buasir dan batuk, menyokong paras gula darah yang sihat serta menyokong fungsi hati dan peparu yang sihat.

ResV Shaklee mengandungi Black Currant

Ini bukannya black currant Ribena ye. hehehe…

Black Currant dipilih kerana ia mampu bertindak sebagai pemusat kuasa nutrisi yang kaya dengan Anthocyanins dan Cyanidin.

Manfaat utama Anggur Hitam ini ialah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita di samping melegakan simptom flu dan membantu melegakan sakit tekak. Ia bertindak sebagai antiviral, antimicrobial, antitoxic dan antiseptic.

ResV Shaklee mengandungi Pomegranate

Pomegranate antara buah yang disukai rakyat Malaysia.

Buah delima diakui kaya dengan polifenol Ellagitannins, Ellagic Acid dan Flavonoids.

Istimewanya buah delima ini ialah saintis Shaklee telah mengekstrakkan kulit buah delima untuk dijadikan bahan ResV Shaklee.

Manfaat utama buah delima ialah mengurangkan kolestrol jahat dan mengawal tekanan darah, membantu menguatkan sistem imunisasi badan serta menggalakkan kesihatan sendi dan jantung.

ResV Shaklee mengandungi Grape Pomace dan Red Grape

Serat buah anggur dan anggur merah dijadikan bahan dalam ResV kerana kaya dengan polifenol Proanthocyanidins.

Manfaat utama ialah membantu menggalakkan keremajaan kulit dan wajah anda tampil berseri. Polifenol dalam anggur boleh membantu mengurangkan keradangan akibat oksidatif, membaiki aliran darah dan melindungi jantung anda.

Usah bertangguh lagi.

Pastikan ResV supplemen wajib anda amalkan setiap hari.

Sekiranya ada pertanyaan, boleh hubungi Cik Mien ye.

PERTANYAAN | TEMPAHAN

Anda boleh hubungi 0123813525 (Cik Mien)

atau

taip ‘RESV’ ke http://www.wasap.my/60123813525

Dapatkan ResV dengan segera sebelum KEHABISAN STOK.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.