WordPress or Blogspot?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Sebenarnya dah lama dah nak kongsi pengalaman berblogging tapi asek tertangguh je. Kalau nak tahu Mien mula jadi blogger sejak 2008 lagi. Rakan blogger Mien kebanyakannya member sekolah dan universiti.

Dulu memang diakui sungguh kental dan gigih meng’update’ blog. Hari-hari ada je cerita. Nak plak masa tu baru dapat anak pertama kan. Lagi la banyak yang nak diceritakan. Niat ber’blog’ dulu pun hanya untuk mengisi masa lapang dan networking dengan rakan2 lama. Masa tu kan tak de FB lagi, yang ada pun friendster.

Apa pilihan blogger pada masa tu?

Of course le blogspot sebab sangat mudah nak faham. WordPress masa tu memang tak dinafikan agak ke hadapan bila tengok layout nya yang best2 belaka. Ada la dalam 3 orang kawan2 Mien yang guna WordPress.

Selain yang dua tu, ada juga yang memilih Fotopages untuk dijadikan personal blog. Malah ada je yang berniaga guna medium ni. Apa yang bestnya di Fotopages ni sebab bagus untuk mereka yang malas nak menulis tapi rajin upload photo.hehe…

Ini lah dia fes blog Mien….tadaaa…MinieLicious.

Dah personal blog jadi nama blog pun ala2 obses ngan nama sendiri.hihi…

Ok, ada blogspot kenapa beralih ke WordPress?

wordpress

Kelebihan WordPress ni sebab datang dengan plugin yang banyak features di mana tak de di blogspot. Tak dinafikan blogspot skang dah canggih daripada yang dulu.

Tapi sebab kali ni Mien nak serius ber’blog’ jadi saje la nak beralih angin.

Pengalaman Mien berblog dengan WordPress pun masih baru-2013. Memang cabaran ber’blog’ dengan WordPress ni sangat lain tambah plak Mien bukan pakar IT. Serba serbi nak kena explore. Jadi Mien ringkaskan apa yang korang perlu buat bila dah decide nak beralih ke WordPress.

Pilih domain dan hosting.

Nak cite bahasa canggih tak berapa reti sangat tapi nak mudah paham konsepnya begini.

Domain ni kita boleh anggap rumah dan Hosting adalah tanah. Jadi dua ni kena ada baru lah terhasil laman web kita.

Buat sendiri atau upah web developer?

Jawapannya terpulang.

Kalau rasa malas nak explore atau nak kejar masa, boleh je upah orang. Cuma leceh pada kita sebab bila  nak ubah sikit kena tunggu dan mungkin setiap kali ubah dikenakan bayaran.

Kalau tanya Mien, untuk mereka yang nak berbiz guna medium blog, baiklah belajar untuk explore sendiri.Jangan risau tutorial kan ada di internet.

Mana nak belajar?

Ikut pengalaman Mien, ada beberapa sifu di luar sana yang bagus dan sangat komited dalam coaching WordPress. Antaranya Firdaus Azizi. Mien pun belajar daripada dia. Bagusnya dengan Firdaus ni sebab after sales service yang tip top. Kalau Mien stuck mana2 or tak faham, PM je dia melalui FB in sha Allah dia akan jawab punye. hehe…

Pilih themes

Untuk WordPress, pengalaman Mien la yang paling susah ialah nak pilih themes. Banyak betul theme yang best2. Untuk jangka masa panjang elok kita beli themes sebab kalu amek yang free di WordPress jangka hayat nya tak lama.

Mien pernah la masa mula2 dulu duk amek yang free je kat WordPress. Pada satu masa Mien nak upload gambar dah tak boleh. Bila tanya Firdaus Azizi, ia adalah berpunca daripada themes. Jadi ada pro n cons bila kita guna themes yang berbayar berbanding percuma.

Ok untuk themes berbayar kita hanya bayar sekali tu saje yakni masa membeli. Harap jangan ada yang salah faham ingat kita perlu bayar setiap bulan plak. ­čśë

Kat mana boleh beli themes dan tips memilih

Kalau kita Google memang banyak pilihan dan kalau nak beli ada yang melibatkan mata wang dollar amerika. Boleh baca laman web ini kat mana kita boleh beli themes. Kat sini ada list trusted seller or website.

Sebelum nak beli elok tentukan bajet dan ciri ciri themes yang kita perlukan. beza tau antara perlu dan tidak sebab harganya sudah tentu berbeza.

Ciri-ciri themes yang Mien rasa paling basic kena ada ialah responsive and mobile friendly, ada social media icons untuk mudah pembaca klik butang ‘share’, fast loading, SEO, dan lain-lain.

Memang mencabar bila nak shopping themes ni. Pendek kata kalah nak beli baju dinner. Berhari-hari Mien lebur masa nak menghadam yang mana terbaik. Macam Mien cakap tadi nak cari trusted seller yang tip top after sales service.

Browse and search last2 Mien bump di Etsy.com.

Type wordpress themes dan search engine di Etsy akan senaraikan penjual wordpress themes.

Nak mudahkan pencarian, kita kena set ciri2 themes yang diperlukan dan apa preference kita. Macam Mien tak suka web yang banyak elemen, 2 column pun dah cukup, dan memang nak yang simple je.

Browse credibility setiap penjual dan cari mereka juga di Facebook. Sebab apa? Kita perlu cari yang mudah diakses agar bila berlaku apa2 pada themes semasa proses installation kita dapat contact themes designer. Kita analisis keaktifan mereka di Facebook.

Dalam banyak2 senarai tu, Mien pilih Luca Logos. Hasil kerja dia menepati ciri2 yang Mien perlukan dan yang bagusnya dengan dia ni, after sales service sangat superb. Dia memang aktif di FB dan kami berkomunikasi melalui Messenger masa Mien gagal nak install Instagram preview di blog.

Ok rasanya dah cukup lengkap penerangan Mien. semoga dapat membantu korang semua dalam dunia blog. Cabaran berblogging memang terbaik dan sewajarnya dijadikan hobi kerana ia juga boleh membawa pendapatan sampingan.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.