8 Tips Mencari Tukang Urut Supaya Ibu Berpantang Kembali Sihat dan Cergas

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Cik Mien terpanggil nak berkongsi tips ni sebab zaman sekarang bukan senang tau nak cari bidan atau tukang urut yang tradisional.

Bukan apa Cik Mien ni agak cerewet juga orangnya. Kalau boleh biarlah tukang urut tu pandai serba serbi. sebab pernah juga Cik Mien jumpa yang moden sikit. jenis yang tak berapa nak buat bertungku.huhu…

Dan lagi satu Cik Mien nak berkongsi tips ni supaya tiada yang tertipu dengan iklan2 mereka. Cik Mien pesan sebab adik ipar dah terkena. Keluar TV kemain lagi gebang yang best2 je sekali yang datang budak lagi.huhu sebab bila hantar umur muda ni mereka sendiri tak pernah melalui fasa berpantang jadi bila bab menjaga ni agak kurang la.

Jadi kali ni Cik Mien berkongsi tips mudah untuk anda ikut;

#1 Ambil bidan atau tukang urut yang kawan2 rekomen

Ini step paling mudah untuk mengelak kita dari ditipu. Paling bagus kita sendiri cuba juga khidmat mereka sebelum berpantang i.e berurut sebelum bersalin. Usah risau tukang urut yang profesional mereka hanya mengurut sekitar pinggang ke bawah dan belakang badan untuk ibu hamil.

Kalau rasa dah serasi, boleh lah teruskan sesi perbincangan.

#2 Pilih bidan yang mengamalkan kebersihan diri

Sambil mengurut kita boleh buat pemerhatian awal. Yang pertama sudah tentu kuku tidak panjang. Kedua, tangan dibersihkan sebelum proses mengurut. Ketiga, tiada aksesori berat dipakai terutama di bahagian tangan sebab ia boleh mengganggu semasa proses urutan dijalankan.

#3 Upah bidan yang berpengalaman

Bidan ke tukang urut ke dua2 mesti ada pengalaman menguruskan ibu berpantang dan juga bayi yang baru lahir.

Sambil berurut dengan mereka, ajak berborak untuk tahu latar belakang pengalaman menguruskan ibu berpantang. Kebanyakan mereka ada yang mewarisi bakat mengurut daripada ibu/nenek. Bonus kalau mereka mempunyai sijil atau pendidikan dalam bidang urutan.

Bagi sesetengah negara seperti Singapore, menjadi bidan/tukang urut menguruskan ibu berpantang adalah satu kerjaya. Di sana terdapat sebuah hospital dengan kerjasama persatuan wanita menganjurkan kursus yang dipanggil ‘Confinement Nanny Training Programme’ khusus untuk mereka yang berminat.

#4 Hendak jimat kos? Upah mereka yang berdekatan dengan anda

Tak dinafikan keperluan confinement lady atau singkatan CL sekarang ni mempunyai permintaan yang meningkat. Ada yang nak CL tidur sebulan dan ada yang mahukan perkhidmatan mereka untuk 4-8 jam sehari selama satu ke dua minggu. Semua ni terpulang pada bajet anda. Kalau nak CL berulang, seeloknya upah mereka yang berdekatan dengan anda. Sebab kos ulang alik tu masuk bil ye.hihi…

#5 Pilihan selain CL,anda boleh juga memilih pakej salon

Bagi mereka yang inginkan kelainan boleh memilih pakej berpantang daripada salon. Cik Mien nak cerita lebih2 pun tak de idea sangat cuma nak pesan bila kita ambil pakej salon ni minta mereka sediakan bil yang terperinci. Sebab kita tak nak nanti ada kos yang tersembunyi dan kita pula yang pening kepala nak bayar.huhu

Dan pilihlah salon yang dikenali bukannya yang baru je buka kedai atau yang jenis suka hati nak buka kedai bila.hihi…tak ke naya nanti.

#6 Pilih bidan mengikut agama kita

Bagi mereka yang beragama Islam amat ditekankan untuk memilih tukang urut atau bidan yang sama agama demi penjagaan aurat kita. Itu saje. Nak tanya lebih2 sila rujuk pada mereka yang lebih arif.

#7 Mula bayar bila confirm servis di hari pertama

Kita faham ada sesetengah bidan/tukang urut mahukan deposit sebagai pengesahan booking dengan mereka. Sekiranya deposit diperlukan, berilah seminimum mungkin agar untuk mengelak daripada kita ditipu atau rasa ketidakpuasan hati atas servis yang diberikan. In sha Allah mereka akan bertoleransi dengan kita seandainya kedua-dua pihak bersetuju dari awal.

#8 Perkara yang hendak dibincangkan dengan bidan/tukang urut/CL

Masa Cik Mien berurusan dengan seorang bidan ni, Cik Mien tanya banyak hal tau. Ye la sekali nak upah beribu kan, mesti lah kita nak tahu sejauh mana bagusnya perkhidmatan mereka. Jadi antara soalan yang Cik Mien tanya pada mereka,

-Berapa caj pengangkutan ke rumah Cik Mien

-Kalau pilih pakej seminggu tanpa bermalam, ada disediakan perkhidmatan memasak untuk ibu berpantang, minta dia cerita apa menu yang dia nak masak, lepas tu tanya siapa sediakan bahan2

-Minta dia cerita dari proses ke satu proses, macam Cik Mien suka bertungku jadi Cik Mien request nak bertungku lama

-Selain bahan masakan, tanya mereka perlukan minyak urut, atau apa2 bahan untuk disapu/diletak pada badan ibu berpantang

-Mode of payment dan bila perlu bayar, nak bayar setiap hari ke atau 3hari sekali ke, tanya siang2 ye. hihi…

ok ni ada la beberapa senarai blog/instagram yang banyak orang review, keyword boleh taip postnatal care.

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓 PAKEJ PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN/CONFINEMENT CARE 💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓 . Anda mengalami situasi seperti berikut?? . 💕 Berpantang sendiri tanpa bantuan keluarga.. 💕 Tidak sanggup menyusahkan ibu dan ibu mertua di kampung.. 💕 Tidak mampu melakukan kerja2 rumah bersendirian kerana masih lemah, terutamanya mereka yang melahirkan anak secara pembedahan.. 💕 Pertama kali menjadi ibu dan tiada pengalaman berkaitan perihal berpantang.. . ••••••••••••••••••• KAMI SEDIA MEMBANTU!! ••••••••••••••••••• Menyedari masalah yang dialami oleh para ibu baru, kami komited untuk memberikan PERKHIDMATAN PENJAGAAN DALAM PANTANG dengan rawatan traditional melayu seperti urut, tungku, bengkung, berparam pilis, lulur dan bertangas. Bukan itu sahaja kami turut menyediakan makanan dalam pantang yang menyihatkan, penjagaan asas bayi dan mencuci pakaian. . KEPENTINGAN BERPANTANG: 🌸Mengurangkan tekanan perasaan 🌸Membetulkan peredaran darah 🌸Mengurangkan angin dalam badan 🌸Mengurangkan sakit kepala 🌸Melancarkan pengaliran susu ibu 🌸Mengelakan angin meroyan/postnatal depression 🌸Membantu menstabilkan emosi ibu 🌸Tempoh rehat untuk memulihkan kesihatan 🌸Membaik pulih tubuh badan dan memastikan luka jahitan episotomi dan luka jahitan pembedahan sembuh sepenuhnya ———————————————————————————— SLOT TEMPAHAN UNTUK 2017 MASIH DIBUKA, KHIDMAT PENJAGA PANTANG SANGAT TERHAD DAN PERLUKAN TEMPAHAN AWAL! (3 BULAN SEBELUM EDD) RANCANG PENGALAMAN BERPANTANG ANDA DARI AWAL AGAR TAK KELAM KABUT DI SAAT AKHIR. . WHATSAPP KE 017-2895415 (FAZRINA POSTNATAL CARE) WHATSAPP KE 017-2895415 (FAZRINA POSTNATAL CARE) WHATSAPP KE 017-2895415 (FAZRINA POSTNATAL CARE) . untuk quotation pakej berpantang 2017.

A post shared by RAWATAN SELEPAS BERSALIN (@fazrina_postnatalcare) on

https://www.instagram.com/fazrina_postnatalcare/

https://www.instagram.com/daisyspa_postnatalcare/

https://www.instagram.com/postnatal_care/

Atau boleh juga cuba contact mereka…(ini yang Cik Mien dapat daripada Whatsapp group) 

Kuala Lumpur
1. Makcik Salmi (Setapak Indah, KL). Tel : 03-40247107
(rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan lenguh-lenguh badan. Mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya) (sumbangan June)

2. Kak Sha ( Taman Cahaya, Ampang). Tel : 019-3698902
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin – urutan cara Indonesia )

3. Kak Eli (Setapak, KL). Tel : 014-3234315
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin – urutan cara Medan , Indonesia ). Boleh dihubungi di waktu malam sahaja kerana suaminya menggunakan hp diwaktu siang.

4. Ibu (AU4, Keramat). Tel : 016-2889362
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cara urutan tradisional Jawa)

5. Mak Yam (Selayang, KL). Tel : 03-61201801.
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)

6. Kak ANI (Pasaraya Bintang, Taman Baiduri, Cheras ) Tel : 013-2368717
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cuba sekali nak urut lagi..) – sumbangan Hafizah

7. Ibu Zaleha ( Lot 2-39, 2nd Floor Kompleks Desa Kepong). Tel : 019-2110636
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Sangat berkesan menggunakan kaedah tradisional dan moden) – sumbangan mzsuria

8. Hajah Zaharah (Taman Kosas, Ampang). Tel : 012-3139316
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Juga untuk mendapatkan cahaya mata) – sumbangan Azelina

9. Opah (Taman Melawati, Kuala Lumpur) Tel : 013-3524668
(Rawatan mengurut untuk ibu selepas bersalin. Siap ada pakej untuk sengkak, mandi, tangas dan urut. Harga pun berpatutan. Opah ni ada kenderaan sendiri tp dia akan include sekali duit minyak untuk pergi dan balik selama berurut. Selalu berurut 3 hari dan sila tempah dengan opah ni terlebih dahulu) – sumbangan sumijelly

10. Makcik urut (Sentul, Perumahan Dato’ Senu) Tel : 013-3845216
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)

11. Kak Kaseh / Nina (Wangsa maju dan sekitarnya) Tel : 016-6686975
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)

Selangor

1. Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) . Tel : 03-31687149 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.

2. Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang). Tel : 03-87349281 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah) – sumbangan Izan Ismi

3. Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006.(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut) – sumbangan Izan Ismi

4. Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 . Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

5. Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449. Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya) – rujukan The Star

6. Puan Ani ( Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani)

7. Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel : 03-83195090. (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Dia takde transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu) – sumbangan Ezad Hasshim

8. Puan Ramlah (Parit baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel : 03-32137496 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah)

9. Mak Cik Nab ( Taman Melati, Gombak). Tel : 03-41075585 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). Sumbangan Abang Rie & Kak Imah

10. Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel : 012-3166074. Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)

11. Makcik Ramlah, Kuang, Sg Buloh, Selangor. Tel : 017-3763381 / 03-60371204 – sumbangan ailin

12. Kak Timah, Bandar Baru Sg Buloh. Tel : 03-61565421 – sumbangan ailin

13. Kalsom bte Saat, Lot 2138, Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru, 42200 Meru Klang. Tel : 019-3636657. (rawatan mgurut selepas bersalin n pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara jawa. Untuk khidmat lain yg bkaitan,sila tanya mak som – sumbangan eisya

14. Huzaimah Mohamad (No.43, Lorong Tepi Sungai 3, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor) Tel : 014-3286478 – sumbangan Kyra

15. Kak Esah Tel : 016-3908180 – dia boleh ngurut org bersalin, nak zuriat, dan ngurut seluruh badan atau bahagian2 tertentu. Bertungku dan bertagas juga boleh, serta mandi. Kak Esah ni dekat Batu Caves, jalan nak ke Ulu Yam. Urutan dia sedap..best sangat…tak terlalu kuat terutama bagi yang tak biasa mengurut.

16. Nenek Melah – Tel : 0192054640. Bidan ni orang panggil Nenek je..dia boleh ngurut untuk dapatkan zuriat, berkesan sangat…tapi dia tak ngurut untuk lepas bersalin. Dia jugak arif bab-bab lain.

17. Bidan Jah (Ustazah Jah) – Tel : 016-3414577. Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) – sumbangan Hamidah Shamsuddin

18. Mak Yang – Tel : 012-3600047. Km 13,Jalan Bernam, lot 113, Lorong Haji Janor
45500 Tg.Karang Selangor – sumbangan Kamarulramdan

19. Makcik Han – Tel : 017- 3951484. Damansara Puncak Ara, Petaling Jaya
Urutan sgt berkesan pada harga berpatutan. Dalam 10 hari urut, saya dah turun 12 kg – sumbangan Aisha Ahmad

20. Nenek merah – Tel :03 31491007. Tempat Olak Rempit,Banting. Malam Jumaat tidak mengurut. Sumbangan Lin

21. Nenek Hamidah – Tel : 012-4819795. Presint 16 Putrajaya . Sumbangan Lin

22. Cik Ayu. Tel : 03-77810377. Taman Medan PJ. Sumbangan Lin

23. Yati – 012-8546760. Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor

24. Petaling Jaya – http://www.momretreathome.com (momretreathhome ni menyediakan khidmat mengurut dan penjagaan bersalin kat tempat dia ~ ala² macam hotel orang bersalin la sebab semuanya diuruskan oleh petugas kat sana…pernah tengok dalam rancangan nona…memang selesa tempat dia dan sangat sesuai bagi mereka yang ada $$ lebey…boleh refer kat sini)

25. Kak Yasmin (Area Bukit Jelutong, Kampung Melayu Subang) Tel : 012-2812344

26. Makcik Basariah Tel: 012-5392368

27. Sekitar Selangor – Suzilawati Rusli

28. Puan Qamar (Klang ) 011-12372712 /03-31621466 – www.facebook.com/QamarAnggunBeautySpa

29. Khidmat urutan di sekitar Petaling Jaya, Puchong, Damansara, saya menyediakan servis urutan tradisional wanita, urutan selepas bersalin, reflexology dan aromaterapi. Urut terseliuh juga boleh utk WANITA sahaja. Sila layari www.wafa-warhamni.blogspot.com untuk maklumat lanjut atau hubungi 012-3716020 (wan fatimah)

30 . www.dauraspa.com or 03-88616838

Perak
1. Ipoh.Urut memberi perkhidmatan selepas bersalin di rumah anda.
Hubungi Sarah 0176376146
Fb: rawatan selepas bersalin ipoh

Johor
Batu Pahat, Johor – Pn Zawiah 013-7197004
Larkin, Johor Bharu – Kak Zah 0177576017
Johor – Norliza Harun 0167075124

Kawasan Lain
Semua Negeri – Pusat Perubatan Al Munawwarah – 0139660663 / 0179816465
Selangor & Penang – iceblessedbeauty – Aishah 012-7225184
Senawang, Seremban – Cik Mai 0173390551

Pesanan : Kepada yang nak letak info atau menawarkan khidmat urut boleh sertakan nama, number phone dengan area yang anda cover untuk memudahkan saya nak listkan semula kat info atas ni ye.

Semoga entry Cik Mien ni dapat membantu ibu2 mencari bidan or tukang urut yang serasi dengan anda.

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

Leave a Reply

CommentLuv badge