9 Cara Atasi Jeragat Agar Wajah Anda Bebas Jeragat dalam masa 30 hari

Kulit kita ni memang mudah jeragat bertempek di muka sebab cuaca negara kita sangat panas. Jadi sebelum jeragat tu menutup muka kita dan buat kita rasa kurang yakin baiklah ikut cara atasi jeragat yang Cik Mien kongsi ini. Tak dapat buat semua buatlah sikit-sikit lama-lama dapat le semuanya. 

#1 Cara Atasi Jeragat dengan menggunakan krim pelindung uv

– guna krim pelindung uv setiap kali keluar dari rumah bagi melindungi kulit dari sinaran uv dari cahaya matahari yg melampau.

– pilih krim yg betul dan semak kandungan krim tersebut sebelum menggunakannya bagi mengelakkan tersalah produk yg boleh mengakibatkan kerosakan kulit.

#2 Cara Atasi Jeragat dengan Pengambilan kolagen tambahan

– pembentukan jeragat juga berlaku disebabkan pengurangan kolagen dalam tubuh. Oleh itu, pengambilan kolagen tambahan amat digalakkan.

#3 Cara Atasi Jeragat dengan Pengambilan Supplemen

– pengambilan supplement seperti vitamin c bantu merangsang pengeluaran kolagen dalam tubuh.

#4 Cara Atasi Jeragat dengan Masker semulajadi

– masker semulajadi seperti jus lemon, baik untuk kesihatan kulit.

– jus lemon dipercayai kaya dengan asid alpha hydroxy yg membantu mengelupaskan kulit & juga memudahkan pertumbuhan semula sel.

– Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astrigen.

#5 Cara Atasi Jeragat Mencuci muka dengan kerap

– Ini bagi memastikan lebihan minyak, sel sel kulit yg mati ditanggalkan dari kulit muka bagi mencegah terbentuknya jeragat.

– Namun jangan cuci terlalu kerap sampai muka menjadi terlalu kering. Ini menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan yg boleh membawa kpd pbentukan lebih banyak jeragat.

#6 Cara Atasi Jeragat dengan Menjaga kebersihan rambut & persekitaran

– rambut yg berminyak boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit muka yg akan meninggikan peluang liang kulit muka kita tersumbat.

– pastikan kita membasuh rambut setiap 2-3 hari sekali bagi menghalang pbentukan minyak berlebihan.

– pastikan kebersihatan persekitaran seperti bilik, ruang tamu dan tempat2 yang sering kita berada.

#7 Cara Atasi Jeragat dengan memilih Kosmetik bebas minyak

– gunakan alat solek atau losyen yg bebas daripada minyak.

– produk yg berasaskan minyak boleh menyebabkan liang tersumbat.

– pastikan juga berus dan span sentiasa bersih bagi mengelakkan pembiakan bakteria.

#8 Cara Atasi Jeragat dengan Jaga pemakanan

– pengambilan makanan yg berminyak hendaklah dihadkan.

– amalkan pengambilan buahan dan sayuran serta minum air kosong dengan banyak.

#9 Cara Atasi Jeragat dengan berjumpa pakar kulit

– minta nasihat dan pandangan pakar kulit mengenai produk yang digunakan, cara penjagaan wajah dan bagaimana mengatasinya.

xoxo
Cik Mien
Pakar Kecantikan dan Kesihatan Yang Semulajadi, Selamat dan Berkesan

Leave a Reply

CommentLuv badge