Aktiviti Menarik di Sendayan-Marine Christmas, d’Tempat Country Club

Dah berhari-hari anak kami berzikir minta bawa mereka ke sini.

Kebetulan wiken yang lepas kami balik bermalam di rumah mertua. Esoknya hari Ahad tu terus datang ke sini.

Kalau ikut info di bunting, pertunjukan beri makan ikan jerung bermula pukul 4.00 petang.

Kami sampai ngam2. hihi…

Layan je la tengok ikan jerung dalam akuarium. Katanya pertunjukan ini khas dibawa oleh pihak Aquaria KLCC.

Lepas sesi ni, kami naik ke tingkat atas untuk mendaftarkan diri.

Nak join main games atau workshop perlu daftar dan akan diberi kad.

Rasa nak tengok suasana sebenar di sana, jemput tonton video dari Youtube Channel Cik Mien.

Bawa anak-anak ke sini sangat berbaloi. Dah le PERCUMA, kalau rasa nak mandi kolam pun boleh. Cuma perlu membuat sedikit bayaran kepada pihak Country Club sekiranya anda bukan ahli kelab.

Boleh dikatakan suasana agak meriah dengan kehadiran maskot.

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah sedang elok ada aktiviti sebegini. Sendayan yang sunyi bertukar meriah bila ramai yang mengunjungi Marine Christmas.

Bagi mereka yang berdekatan, boleh datang ke sini pada Sabtu dan Ahad, bermula pukul 3.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Disember ini.

xoxo

Cik Mien

2 Comments

  1. SitiYangMenaip January 29, 2020
    • Mien February 1, 2020

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.