Hujung minggu korang ke mana?
Kalau rasa teringin nak berpiknik, Cik Mien cadangkan korang ke sini.
Tempat Berkelah Sejam dari Kuala Lumpur
Taadaaa… Bernam Nature Hut.
Kiranya kami ni last minute plan, kawan hasben ajak join memancing di sini. Kebetulan hari Sabtu kami ada kelapangan jadi terus pack baju dan zasss.

Kawan hasben Cik Mien, Fariz Muhazir ni dah berpuluh kali dah memancing, berkelah dan berBBQ di sini. Daripada tempat ni langsung tak de apa2 sehinggalah terbinanya semua kemudahan yang ada sekarang.

Untuk mereka yang nak lari dari kesibukan kota, tempat ini sangat sesuai. Kemudahannya sangat lengkap i.e dewan, surau, tandas, chalet, kantin, gazebo. Dan kawasannya juga luas untuk kita berkhemah.
Katanya tempat ini memang femes di kalangan cikgu sekolah yang menjalankan aktiviti motivasi kerana kosnya yang murah dan juga family day.
Aktiviti di Bernam Nature Hut
Sepanjang seharian kami di sini, Cik Mien boleh senaraikan beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan,
- memancing
- berkhemah
- BBQ
- berenang di sungai
- main bola
- indoor games
- ceramah/family talk
- tidur
- memasak
- unggun api





Banyak kan aktiviti yang kita boleh lakukan walapun dalam tempoh 2 hari 1 malam.
Bagi Cik Mien, pemandangan dan suasana di sini sangat nyaman. Jauh dari gangguan dan bunyi bising. Rasa tenang je lepak tepi sungai.
Dan yang seronoknya ini adalah kali pertama anak2 kami mandi di sungai. Sangat teruja. Apa yang derang komen, sungai ni banyak batu dan arusnya deras.
Lupa Cik Mien nak rakam video bagaimana mereka layan arus yang deras sambil guna board. Anak2 pula demand minta Cik Mien belikan sandal yang sama dengan anak2 Fariz di Dekathlon. Aiyooo. Tempat tu bagi Cik Mien berhantu sebab sekali masuk boleh berhabis beratus2. hihihi… mana tak nya sampai ke kita pun teruja dengan barang2 yang dijual.
Pengalaman kali ini juga sangat berharga bila pertama kali melihat orang berkhemah dan memasak menu simple. Nampak gaya bajet beli khemah perlu ada dalam bucket list kami. hehe…
xoxo
Cik Mien
Eat | Travel | Shopping
best nyer sesekali hadap nature mcm ni
memang best anies,cubalah. sekali sekala layan camping plak.