Masih ingat lagi entry Cik Mien sebelum ini? Yeah yang Cik Mien review chalet di Teluk Senangin.
Dalam post yang lepas Cik Mien banyak review tentang chalet Hj Kamal, yang mana pemilik chalet tersebut adalah mak kepada rakan kami, Ezurin Sofinaz. Nah ini Facebook auntie aka Opah.

Setelah berbulan-bulan kami PKP, alhamdulillah baru kali ini kami berkesempatan untuk ke sana menikmati suasana kampung di tepi pantai.
Dan dalam masa yang sama kami dijemput untuk menyambut harijadi anak kedua Ezurin, Sofia Adreana.
Sungguh syiok, kalau korang tengok, anak-anak semuanya sangat gembira dapat bermain tanpa mengira waktu.
By the way, kali ini Cik Mien nak kongsi aktiviti 3 hari 2 malam di Teluk Senangin.
5 Aktiviti Menarik di Teluk Senangin Yang Patut Anda Lakukan
Untuk ke sini hanya memerlukan 2 jam setengah daripada rumah kami di Bandar Teknologi Kajang. Kalau anda merancang percutían bajet, sinilah tempat yang sangat sesuai.
Aktiviti BBQ di Teluk Senangin
Bila sebut pantai, wajib buat slot BBQ. Apa yang best di sini disediakan tempat BBQ dengan kos sewaan yang berpatutan kerana pemilik sangat bermurah hati menyediakan pelbagai kelengkapan seperti kerusi dan meja.
Sambil menikmati BBQ, kami dihidangkan dengan deruan angin dari pantai yang tak sampai pun 1m dari tempat BBQ.
Aktiviti memancing di tepi pantai
Selepas selesai BBQ, kami 4 keluarga berjalan-jalan di tepi pantai untuk melihat aktiviti pemancing.
Boleh dikatakan kehidupan di sini pada malam hujung minggu sangat meriah dengan kehadiran pemancing.
Walaupun ikan yang ditangkap comel2, ia sudah cukup buat anak-anak kami teruja.
Aktiviti Menunggu Hasil Tangkapan Nelayan
Yeah ini pengalaman pertama Cik Mien membeli ketam segar daripada laut. Serius teruja sangat wei.
Masa ni Cik Mien dapat pengalaman tolong keluarga nelayan membersihkan pukat daripada ketam-ketam kecil yang tertangkap.
Bayangkan ketam2 tu masih hidup lagi siap nak sepit tangan kita lagi. hihihi…
Yang best sekali berpeluang bermain dengan belangkas.
Punya la jakun sebab last jumpa belangkas semasa bercuti di Desaru tahun 2005.
Aktiviti Shopping Bebas Cukai di Pulau Pangkor
Yes, ini yang paling mengujakan sebab dah lama teringin nak ke Pulau Pangkor. Rupanya pulau ini memang kecik, lebih kurang dengan Pulau Langkawi je.
Kami nekad buat ad hoc plan. Hari Ahad seawal 7 pagi semua kena paksa bangun, dan pukul 9 lebih kami bergerak ke Jeti Marina.
Kami memilih untuk menaiki feri dari Jeti Marina kerana jarak perjalanan hanya memakan masa selama 30 minit sahaja.
Mujur le jadual feri pun sentiasa bergerak setiap setengah jam.
Ini adalah pengalaman pertama anak2 Cik Mien menaiki feri. Mereka sangat teruja dan alhamdulillah cuaca sangat baik. Syukur.
Sesampai sahaja kami di sana, terus sewa sebuah MPV yang ngam2 muat untuk 5 dewasa dan 6 kanak-kanak. Kos sewa seharian dalam RM120.
Ok sangat bagi Cik Mien sebab memang kami guna sepenuhnya MPV ini untuk tour satu pulau dalam sehari!
Seperti biasa kami borong coklat, macam2 jenis coklat pun ada.
Aktiviti JJCM di Pulau Pangkor
Agak mengecewakan. Hari yang kami ke sana restoran yang nak di jjcm tutup.
Katanya situ masakan bakar Sedap. Aduh kecewa.
Last2 kami makan je masakan panas di salah sebuah restoran yang berdekatan tepi pantai.
Fuh cuaca memang panas dan niat untuk mandi di pantai Pulau Pangkor terpaksa dibatalkan.

Takut kerentungan dan tak sempat balik plak nanti. Ini pun nasib baik Cik Mien dan anak-anak dah siap sapu Youth Moisturiser.
Haaa kalau nak menjiwai aktiviti menarik di Teluk Senangin ini, saksikan vlog Cik Mien sepanjang berada di sana.
Klik butang ‘LIKE’ dan ‘SUBSCRIBE’ untuk stay tune video yang akan datang ye.
Jumpa lagi!
xoxo
Cik Mien
plan nak ke tempat bebas cukai tu la.. tapi dah gerak lambat huurm..
lepak kat Teluk Senangin jela..
hehe… tu maknanya kena g lagi sekali.
Teringat pengalaman makanan piknik dilarikan monyet masa berkelah di pantai Teluk Senangin tu. Sekarang banyak moyet lagi ke?
Saiful recently posted…1 Dirham Perak Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 63 oleh Nubex.
masih ada lagi, hihi… untuk anak2 derang serónok dapat tengok monyet, nak buat macam mana habitat mereka dah diganggu, pilihan untuk survive ambil makanan kita la jawabnya hehehe