Aktiviti Piknik di Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Yeah, wiken yang sibuk untuk Cik Mien dan keluarga kecik kami.

Seperti yang dijanjikan, kami geng piknik atau sri kelana clan berkumpul bersama famili untuk Birthday Party Oppa Leman dan Akif.

>>Oppa Leman turns One and Akif turns Six.<<

Sebelum ini biasa kami berkumpul di Wetland Putrajaya, kali ini saje pilih Taman Saujana Hijau sebab semua tak pernah sampai. Ala2 teruja gitew.

Review Taman Saujana Hijau

Untuk info taman ini ada 2 entrance, Cik Mien masuk entrance yang dari parking perlu berjalan naik tangga. Tak pe terbakar la sket kalori kita.

Entrance ini orang kata tak perlu berjalan naik tangga.

Jalan Masuk ke Taman Saujana Hijau

Sebab semua first timer jadi agak teruja melihat suasana dan pemandangan yang best di sini.

Map Taman Saujana Hijau

Di sini disediakan pondok wakaf untuk kita bersantai selain daripada aktiviti joging dan berbasikal. Ada juga disediakan tandas awam tapi aritu Cik Mien tak jumpa pun kat ne tandasnya.

#Aktiviti Makan di Taman Saujana Hijau

Konsep: Potluck

Senarai Penyumbang:

Yuyin: Bihun, Daging Kicap, Kelengkapan Makan

Mien: Sandwich Sedap Telur dan Tuna

Farah: Pastry, Jajan

Wahyu: Brownies aka birthday cake

Rab: Minuman Kotak

Ayu: Boncabe

resepi sandwich sedap

Tak sempat nak snap semua pic makanan.

resepi brownies sedap dan lembut

#Aktiviti Berborak dan Bergambar Saje

Mak2 kalau jumpa tak sah kalu tak bergambar banyak2 kann.

tips mak beranak tiga urus bisnes

Tips Anak Cemerlang

petua rumahtangga bahagia

Serius mencabar masa nak ambil pic sebegini. Finally we made our smile.

Petua Ibu Beranak Tiga Menguruskan Anak

#Aktiviti Kids Game di Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Walaupun piknik ni dalam tempoh 3 jam je, korang rasa berapa games anak2 kami ni create dan main?

Rasa macam nak dekat 10 game derang main, macam2 idea anak2 syurga ni. Derang sendiri2 je main dan Alhamdulillah semua cepat mesra.

Cuma sebab keadaan berbukit, jadi mak ayah agak risau je nak lepaskan mereka.

Aktiviti Kanak-kanak di Taman saujana Hijau

taman saujana hijau

Taman Saujana Hijau

 

 

Taman Saujana Hijau

#Sambut Harijadi di Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Acara kemuncak tiup lilin untuk 2 orang birthday boy, Oppa Leman dan Akif. Cik Mien beli birthday poppers nak bagi meriah, memang meriah ditambah dengan aksi drum oleh Akif.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Cuaca pun cun kurang panas, angin pun rasa nyaman je. Semua food selamat ditapau jadi dinner malam tak perlu masak, hehe…

Cuma Cik Mien nak pesan awal2 tips aktiviti piknik ni, kalau boleh bawa krim sapu yang untuk halau nyamuk. Cik Mien plak lupa nak bawa Herbal Blend jadinya habis Syamim mangsa gigitan nyamuk. huhu….

Yang Syamil plak, kesian tetiba plak demam, jadi Akif pun agak kecewa sebab duk ingat nak main sama2. Balik daripada piknik terus Cik Mien bagi minum Performance Drink campur dengan Nutriferon untuk bantu kurangkan panas dalam.

Apapun terima kasih pada semua yang datang. Jumpa lagi untuk next piknik pula ye.

Leave a Reply

CommentLuv badge