Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway

Dah lama gak tak join GA, jadi kali ini sebelum terlambat dan mana tau ada rezeki nak beraya dengan hasil kemenangan join GA, jom klik banner.

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway

Mudah je syarat-syaratnya dan salah satu ialah ceritakan pengalaman bersalin.

Cik Mien pernah cerita pengalaman bersalin anak ketiga di entri ini.

Dan untuk anak kedua, Cik Mien bercerita di blog lama, entri anak kedua di sini.

Baru perasan belum buat lagi untuk anak pertama ke Cik Mien tak perasan entrinya?

Ok tak pe. Boleh je nak cerita pengalaman bersalin anak pertama.

Sebab itu adalah kali pertama jadi Cik Mien duk ingat sakit duk nak terberak adalah sakit biasa. Rupa-rupanya itu adalah sakit contraction! hadoi, sakit tu mula daripada pukul 2 pagi hinggalah ke subuh. Dan Cik Mien duk berulang ke toilet, layan je sakit pelik yang Cik Mien pun tak reti nak cakap sakit tu kat mana.

Dah selesai solat subuh, Cik Mien tertidur dan bangun tengok hasben tak pergi kerja lagi. Cik Mien kejut dia dan bagitau yang duk sakit dari semalam. Dia cakap dah nak bersalin la tuh. Cik Mien blur, dan menafikan.hihi…

Sambil tunggu hasben bersiap, Cik Mien basuh baju dan kemas rumah. Kami decide pergi hospital selepas orang semua keluar rumah pergi kerja. Sebab malas nak layan jam.

Masa tu kami menyewa apartment di Seksyen 7, Shah Alam. Bayangkan dari tingkat 3 ke 4 yang pasti rumah kami paling atas nak turun tangga tu punye la azab. Melayan contraction dan ada ketika terpaksa menunduk dan menonggeng sebab sakit.

Masuk je ke dalam kereta, sakit tu makin kerap dan sepanjang perjalanan Cik Mien genggam tangan hasben. Dari Shah Alam ke Kelana Jaya Medical Centre masa tu macam nak balik Kelantan. Terasa masa tu lambat je.

Sampai je di hospital, terus cakap duk tahan sakit ni dan doc minta baring atas katil di wad. Doc seluk je dan suara dia terkejut yang amat, dah 7cm! Awak dah ready untuk bersalin. oh My!

Jadi bermulalah sesi meneran. Pengalaman pertama dan Cik Mien memang tak pernah study sebelum real action. Akibatnya kena marah dengan doc sebab tak pandai hembus dalam. Sampai la dia ugut Cik Mien, kalau Cik mien tak teran betul2 dia nak tolak Cik Mien ke Operation Theatre untuk c-sect. What? Terus Cik Mien pulun meneran dan akhirnya yeah! berjaya bersalin dengan jahitan 12.

fuh memang sakit merengat lepas kena jahit. doc terpaksa gunting kiri dan kanan. sebab nak bantu bagi laluan pada baby.plus dengan Cik Mien yang tak pandai meneran.scary.

2 minggu sakit jahit ni baru hilang, plus dengan sembelitnya sebab mak tak bagi minum air banyak. masa tu ikut je la cakap mak. first time kan, mana tau apa2.huhu…

ok sekian cerita pengalaman bersalin anak pertama. done.

nampak leka bebenor korang baca pengalaman Cik Mien? haaa… meh kongsi pengalaman korang pula dengan join GA ni gak.

xoxo

Cik Mien

I am mom of three

5 Comments

  1. Cikla Shahril May 30, 2018
    • Mien May 31, 2018
  2. Cikla Shahril May 30, 2018
  3. Yun Sing June 5, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge