Belajar Bahasa Arab Dari Zero kepada Hero|RUHI Training

Alhamdulillah, alhamdulillah.

Dari Ramadhan hingga ke Syawal Cik Mien diberi rezeki yang luas untuk hadir ke kelas online RUHI Training.

Sebenarnya tak pernah terfikir pun Cik Mien akan join kelas ini. Cik Mien bermula dengan kelas 7 Hari Faham Bahasa Al-Quran melalui program 7 Hari Intensif dan Ihya Ramadan.

Kemudian, Cik Mien join pula kelas 7 Hari Faham Bahasa Al-Quran melalui program Ruhi Intensif Edisi Solat.

Sebelum kelas kita didedahkan dulu dengan niat & mind setting. Penting untuk kita memahami yang setiap amalan kita lakukan adalah untuk siapa, kepada siapa, daripada siapa dan dengan siapa.

Impak besar kelas ini kepada Cik Mien ialah bila diterangkan berkenaan amalan dan sifat keakuan diri.

Masya Allah. Selama ini Cik Mien difahamkan kebergantungan dengan amalan yang kita lakukan. Dalam maksud lain kita merasa melakukan ibadah itu untuk dapatkan sesuatu i.e rezeki,masuk syurga dan etc.

Sebaliknya, yang benar-benar dimaksudkan ialah,

Bukan amalan kita yang beri kesan kepada darjat kita. Kerana amalan itu adalah taufiq dan Hidayah daripada Allah S.W.T

Memang menarik untuk dikupas, maafkan Cik Mien sekiranya tak cukup lengkap penerangan. Cik Mien sendiri baru nak belajar.

Walaupun ilmu itu boleh kita terima daripada buku dan kitab, namun bila kita berguru kita akan lebih memahami ke atas apa yang kita baca. In sha Allah.

Yang penting kita terus mencari ilmu, usah berhenti. Lagi kita belajar lagi banyak kita tak tahu sebenarnya.

Untuk mereka yang tiada asas bahasa arab, ye. Kelas ini sangat sesuai dengan anda.

Pasti anda akan rasa lebih menjiwai al Quran bila dah mengenal maksudnya melalui bahasa Arab.

Dan baru sedar ada banyak perkara yang kita boleh belajar daripada ibadah solat yang kita kerjakan 5 kali sehari.

Ini iklannya, Cik Mien sediakan link untuk anda buat pendaftaran, cari partner atau geng siap2. Daftar 2 orang hanya bayar rm35 seorang. Kalau daftar seorang bayar RM49.

https://osini.co/RUHISOLAT6

Di kesempatan ini juga Cik Mien ucapkan tahniah kepada Cikgu Adda dan tahniah juga kepada semua rakan-rakan sekelas. Alhamdulillah masing-masing telah menerima manfaat yang dicari.

Tak lupa juga ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan Cik Mien, Amelza Kamel yang memperkenalkan kelas ini.

Jumpa lagi.

xoxo

Cik Mien

Your skin engineer

Disclaimer: Cik Mien bukan ejen atau dilantik untuk mempromosikan training ini. Tiada menerima apa-apa bayaran atau komisen kerana perkongsian di blog ini adalah bersifat feedback sendiri sebagai peserta. Sekiranya ada pertanyaan sila berhubung terus dengan penganjur.

2 Comments

  1. SitiYangMenaip June 22, 2020
    • Mien June 27, 2020

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.