Bengkel ‘Your Beauty Revolution’

Alhamdulillah, rasa teruja plak kali ini nak bercerita pengalaman Cik Mien hadir ke Bengkel ‘Your Beauty Revolution’ pada hari Sabtu, 22hb September 2018. Bengkel ini dianjurkan oleh sideline group di bawah Master Salwa. Kawan Cik Mien, Kak Mel yang beria ajak daftarkan diri ke bengkel ini untuk menggali kebolehan kami. Tak salah pun kan untuk tambah ilmu kami pasal kecantikan.

Makanya hadirlah kami ke bengkel ini semalam. 

Cara Mulakan Mobile Spa

Cik Mien perkenalkan Bunda Yuyu sebagai moderator yang berkongsi pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan mobile spa. Banyak tips yang beliau share dan sungguh cekap dalam menunjukkan kami cara untuk membuat facial spa pada pelanggan.

Antara topik yang beliau kongsi ialah,

  • Beza Mobile Spa dan Home Spa
  • Kenali Pelanggan
  • Jenis Rawatan Yang Ditawarkan
  • Peralatan Mobile Spa
  • Penentuan Harga Mengikut Jenis Rawatan
  • Pemasaran
  • Demo Mobile Spa

Inilah yang berlaku semalam sepanjang setengah hari bersama Bunda Yuyu.

Tips Hadir Kelas Awal Pagi

Bersama YouthStar, Kak Mel

Cara Menjalankan Bisnes Mobile Spa

Sesi Demo bermula

Steamer Mobile Spa

Peralatan Steamer

Steamer Semasa Facial Spa

Kedudukan klien semasa steamer

Tips Buang Blackhead

Leka gak tengok orang buat spa. Rasa hanyut je duk tengok muka kena belai. hehe…

Di bawah ni Cik Mien sempat snap tools yang digunakan. Harga tools pun boleh tahan. Kena kumpul sikit demi sikit.

Peralatan Mobile Spa

Tools yang digunakan

Bengkel Mobile Spa

Selfie bila dah boring menunggu siap

Graduasi Bengkel Mobile Spa

Akhir sesi bengkel, setiap seorang daripada kami mendapat crown bunga, bunga tangan, selempang dan sijil kehadiran. Alhamdulillah selesai sudah sesi bengkel mobile spa ni. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada Master Salwa kerana usaha beliau yang gigih membuat bengkel ini. Dan suka sangat dengan penerangan Yuyu ni, banyak tips yang dikongsi. Kami doakan mereka semua murah rezeki.

Bakal Peniaga Mobile Spa

Yeah! Dah grad.

Last but not least, doakan kami semoga dapat praktikkan ilmu yang telah diajar oleh Yuyu. Apa yang Yuyu kongsi akan Cik Mien share dalam entry lain ok. Entry ni penuh gambar je. hahaha…

Nantikan mobile spa daripada kami bertiga.

Bengkel Mobile Spa Ireach

Nak spa di KL contact Kak Mel, spa di Kulim contact Kak Cik dan spa di Bandar Teknologi Kajang boleh contact Cik Mien

Di sebelah petang kami sambung pula sesi dengan Dr Haresh Kumar dengan topic  “Kanser Payudara, Cyst Payudara”.

Kelas Kanser Payudara

Bersama Dr Haresh Kumar

Prof Dr Haresh Kumar seorang pakar yang sentiasa menjadi rujukan untuk kami memahami penyakit terutama sekali yang berkaitan dengan sel. Apa yang beliau kongsi akan Cik Mien buat dalam satu entry ye. Overall satu hari yang penuh dengan ilmu. Nak jadi SID Pro beginilah. Perlu invest atau sediakan tabung education untuk kita upgrade diri. In sha Allah. Jumpa lagi.

xoxo

Cik Mien

2 Comments

  1. mrhanafi September 26, 2018
    • Mien October 1, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge