Birthday Treat to Myself

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Hari ini,13.09 terasa best sangat.

Dapat luangkan masa dengan anak2 cuma sedih hubby tak dapat join kami sebab dia dah tak de cuti.huhu…

Tapi Cik Mien nak cakap, memang untung le sape yang lahir bulan September.hikhik…

Meh Cik Mien kongsi,

Memandangkan anak sulung Cik Mien cuti sebab exam UPSR sekarang ni, jadi apa lagi terus dapat idea untuk berjimba di sini (sampai sendiri sanggup tu amek cuti hehe…)

Awal pagi anak2 dah bangun sebab teruja yang amat nak pergi main air. Biasa lah budak2 kann. Kami bersarapan nasi lemak sedap di rumah. Kena makan berat pagi2 supaya ada tenaga nak beraksi nanti.

Kami bergerak dari rumah jam 11.00 pagi dan sampai setengah jam kemudian.

Masuk je ke Bangi Wonderland terus park di LG. Tak pasti la berapa jumlah parking yang disediakan, kalau datang wiken mau pening juga bab parking ni. Nampak macam terhad.

Naik ke level Ground je anak2 dah terus tak terkawal, erm bayangkan myself with 3 kiddos! fuh, sabar je lah. hihi…

Part 1: Beli Tiket Bangi Wonderland

Kaunter pun tak perlu beratur sebab orang tak ramai. Kebanyakan yang join kami hari tu pun sama motif-anak cuti UPSR dan lahir bulan September.kihkihkih…

Di kaunter tunjuk Mykid untuk dapatkan diskaun harijadi. Kalau tak de Mykid, harga pun lain. Boleh check website Bangi Wonderland. Total RM48.00 untuk 50% ke atas 2 kanak2. Si kecik free sebab bawah 90cm. Jimat lagi.haha…

Part 2: Gate Masuk ke Taman Tema Air

Ok ni adalah momen yang sangat tak best sebab Cik Mien tak bajet staf tu beria selongkar beg kami.

Hasilnya semua roti yang Cik Mien bawa telah dirampas. Sabar je lah.

Untuk pengurusan Bangi Wonderland, Cik Mien nak buat teguran sikit. Tak perlu rasanya sampai kena selongkar beg memadailah selak2 sikit yang diatas. Siap Cik Mien merayu minta lepaskan beberapa jenis makanan sebab kesian pada anak2.

Sebagai catatan semasa kami memasuki USS dulu pun, Cik Mien siap bawa McD lagi dan tiada adegan merampas. Jadi cadangan Cik Mien, pengurusan Bangi Wonderland wajar melihat secara serius perkara ini.

Part 3: Kid’s Adventure

Masuk je kawasan taman tema air tu, anak2 dah teruja melihat permainan slide di sana sini.

Untuk panaskan badan, kami layan area sini dulu. Kalau nak bandingkan dengan taman tema Gambang dan Legoland, rekabentuk slide sini meyakinkan untuk anak-anak kecil bermain. Sebab ending slide tu ada takungan air dan seluruh kawasan sini adalah cetek. Cuma air dalam slide tu tak berapa laju sangat. Asyik tersekat bontot je.huhu…

Bagusnya staf mereka sedia menjaga di setiap point. Nak ambil gambar pun ada tiup wisel bagai. fuh!

Syamil Ziyad di hadapan Age of Pirates City Abandon Ships

Si kecil Syamim Ziyad takut air yang memancut dan bertubi-tubi

Pengunjung tak berapa ramai jadi bebas bergambar, Dania Ziyad riang ria bermain air

Part 4: Spiralax-Slide Kaler Merah dan Body Slide Kaler Hijau

Erk…bila tengok struktur slide ni dibina, Cik Mien rasa nak pengsan. Betul2 korang perlu ada tenaga yang banyak untuk bermain sepuas-puasnya di sini.

Mujur le kami dah bersarapan nasi lemak dan juga ambil supplemen untuk bekalkan tenaga sepanjang 4-5 jam bermain air.

Kalau korang nak ambil supplemen, Cik Mien cadangkan minum ESP, Performance Drink dan Vivix ye serta Vitalea untuk multivitamin, Bcomplex untuk beri feel mood tenang bila nak naik slide menjunam, . Untuk anak-anak boleh beri mereka Vitalea Multivitamin for Child, Mealshake, Chewable Vitamin C dan air Performance Drink.

Muka frust sebab tak leh naik slide hihi

 

Kat seksyen ni ada 2 jenis slide, sesuai untuk mereka yang tinggi melebihi 110cm, kaler hijau tak perlu guna pelampung dan kaler merah perlu main dengan pelampung.

Jadi korang perlu sewa pelampung kuning tu. Kadar sewa RM25 (RM15 + RM10-deposit). Nanti mereka akan scan bar code pada tag tangan kita. Jadi hanya orang tu je yang boleh pulangkan masa nak serah balik.

Sebetulnya dalam taman teman air ni pun, hanya 2-3 permainan je yang perlukan pelampung. Jadi agak rugi kalau kita tak guna sepenuhnya i.e repeat banyak kali game yang sama.

Part 5: Typhoon River

Sungai buatan ni tak de la havoc sangat dan cetek. Ada 1 port tu derang buat air pusar, tu pun biasa2 je. Dan sepanjang sungai ni pun agak bosan sebab kosong tak de pape kiri kanan.

Cuma kalau rasa nak rehatkan diri selepas penat naik slide boleh la nak layan sungai ni.hihi…

Anak2 gembira dapat bermain di ‘sungai’

 

 

Part 6: Pirates Bay dan Slide Boomerang

Dah habis waktu rileks di sungai jadian kami berendam pula di Pirates Bay. Erm… kawasannya tak de la besar sangat seperti Legoland. Gamaknya kalau wiken ni confirm tak syiok untuk mandi.

Kebetulan masa kami berendam tetiba hujan turun. Mula-mula perlahan lama2 boleh tahan gak lebatnya. Tapi apa ada hal kan.haha…

Gigih menunggu pukul 2pm untuk merasa ombak jadian. Paling kelakar bila ada yang jatuh daripada pelampung. Syiok juga sekali sekala mandi air hujan dalam kolam besar. hehe…

 

Habis sesi berombak, Cik Mien dan anak-anak pergi serbu ke slide kaler purple putih ni. Dari tadi geram je nengok. Semua slide derang buka berperingkat. Tak pasti la sebab apa.

Slide ni memerlukan kita berpelampung. Sekali lagi Syamil Ziyad tak lepas untuk bermain bersama. Kesian. Untuk slide ni mesti lebih 110cm. Tak pe nanti Ummi bagi Syamil minum mealshakes banyak2 ye.hihi…

Nasib Cik Mien sungguh baik sebab penjaga slide ni sangat berbudi bahasa. Siap offer tolong jaga dua beradik tu sementara Cik Mien dan Dania layan slide. hehe…

Fuh, boleh tahan gerun slide ni bila part menjunam dan berpusing kat hujung tu.

Rileks sekejap sambil menunggu hujan berhenti

Hujan masih terus menerus menyimbah Bangi Wonderland sehingga terpaksa pihak pengurusan memberhentikan operasi. Katanya ada kilat yang agak kuat dan kerap jadi stop sekejap.

Syamim pun nampak dah letih jadi kita beri dia tenaga dulu. hihi senang kalau anak menyusu badan, selak je terus melekat.

Tapi tak lama pun Cik Mien beri dia tidur sebab nak ajak kakak dan abang dia balik ke port beg kami.

Memasing dah kelaparan menyambut hujan. Sempat anak2 minta belikan nugget yang satu stick ada 3 ketul berharga RM4!

Part 7: Water Cannon

Lepas je isi perut, terus Cik Mien memberanikan diri main permainan ni. Nampak macam syiok je kena tembak masuk dalam air. Ada masa Cik Mien masukkan videonya.

Mainan ni kena pakai life jacket dan berat mesti lebih 45kg.

Walaupun berlife jacket masih sempat menyedut air masuk ke rongga badan. huhu…

Part 8: Pirates Spa

Dah penat kena tembak masuk air, kami sempat merasa masuk spa. Siyes syiok sebab terasa badan diurut. Ada banyak port dan pilih ikut kesukaan korang.


Part 9: Slide yang tak boleh/sempat merasa

Anaconda Trail, Green Pearl, Insane Racer, Magic Funnel, The Fall and Wonder Loop sebab tak de sape nak jaga anak2 huhu…

Yang surf rider plak under maintenance.

Untuk catatan manis dan kenangan, kami sekeluarga dibantu oleh sekumpulan anak2 muda. Derang yang bujang le yang teman anak2 Cik Mien g main slide ke sana sini. Masa main ombak pun derang tolong jaga.

Alhamdulillah berkesan doa Cik Mien. Bukan apa selagi niat kita baik untuk gembirakan anak in sha Allah dipermudahkan.

Part 10: Back to our life

Pukul 4 petang Cik Mien minta anak2 berhenti main sebab nak kejar waktu solat Zuhr yang dah berbaki berapa minit je lagi.

Mujur le orang tak ramai jadi cepat je kami bersiap. Surau pun lapang cuma agak tak puas hati punya besar ruang solat tu hanya ada satu kipas siling je. Susah bebenor bila jadi electric eng.hihi…semua nak komen.

Jumlah perbelanjaan:

Tiket masuk: RM48

Belanja makan: RM12

Sewa pelampung: RM15

Parking : RM6/entry

Late lunch kat luar di Rumah Cibiuk, Kajang: RM71.35

Tips kalau nak simpan handphone korang yang canggih beserta duit boleh beli water proof lanyard di pintu masuk, RM26. Cik Mien tak beli pun sebab dah masuk baru perasan orang duk pakai. Lagipun orang tak ramai jadi selamat je harta benda kami. Syukur. Kalau nak yang mahal sket ada borak dengan sorang akak ni beli kat Legoland, RM100. Design nampak lebih yakin but still erm… plastic je pun. grrrr… (no wonder people are easily rich, sell plastic can become a millionaire, daku jual supplemen pun tengah gigih lagi.hahahha… )

 

Jumpa lagi…

Muka memasing dah golap. hai la anak…

Happy faces even not really satisfied huhu

We made a promise to come back here, because we haven’t conquer the magic funnel.hahahaha…

 

Leave a Reply

CommentLuv badge