Cara Atasi Kulit Muka Kering dengan Melvita Rose Floral Water

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Gorjes semua,

Adik kakak abang semua pasti ada yang menghadapi masalah kulit kering kan?

Adududu sama lah dengan kita.

Walaupun dah bermoisturiser serum night cream dan berbotol2 air, kulit tetap ambil masa untuk lembap.

Dan Cik Mien jumpa satu cara untuk berikan kulit kita kelembapan.

Nah Cik Mien baru je beli Jumaat lepas. Tergerak hati untuk beli lepas tengok review daripada kawan FB.

Tadaaaa…

melvita

Agaknya apa yang ada di dalamnya?

Nah, inilah hasil tangkapan Cik Mien- Melvita Rose Damask Floral Water. Bau rose sangat lembut dan selepas sembur terasa segar di muka.

Cara Atasi Kulit Muka Kering

Cara Atasi Kulit Muka Kering dengan Melvita Rose Floral Water

Cara menggunakannya sangat mudah, sembur pada wajah kita sebelum apply pelembap. Contoh cara Cik Mien yang menggunakan Youth Set, cleanser>toner>rose floral water>eye cream>moisturiser.

Selain daripada bauan rose, Melvita juga menawarkan orange blossom, witch hazel dan cornflower yang memberikan manfaat berbeza kepada kulit kita. Jadi sangat penting untuk kita memilih floral water yang memenuhi keperluan wajah.

Apa yang best sangat dengan Melvita Rose Floral Water?

Sudah tentu kerana ia ORGANIC. ada certification.

dan ia BEBAS BAHAN KIMIA. bebas daripada parabensulfates, silicones, phthalates and synthetic fragrances.

Bagaimana nak dapatkan produk Melvita?

Boleh walk in ke counter Melvita di One Utama, MidValley Megamall atau IoI Putrajaya.

Cik Mien rekomen korang beli di outlet mereka berbanding korang beli di e-c0mmerce.

Dan kalau nak beli online pun boleh. Yang bestnya belian RM200 ke atas automatik menjadi Ahli.

kebaikan jadi ahli ialah dapat baucer bila point cukup. lebih untung beli dengan cara begini.

xoxo

Cik Mien

Wanita yang memilih produce organic, vegan, bebas bahan kimia dan semulajadi

2 Comments

  1. Zumal October 29, 2018
    • Mien November 4, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge