Cara Berniaga Online dan Offline

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Berniaga itu mudah sebenarnya. Fuh, betul ke mudah? Haa, ye ada benarnya. Bagi Cik Mien mudah bila kita berniaga secara jujur dan ikut peraturan. Antaranya jual mengikut harga yang ditetapkan dan kurang hasad dengki dengan rezeki orang lain.

Alhamdulillah selama menjalankan bisnes Shaklee Cik Mien rasa benar2 mudah. Sebab utama Cik Mien cakap mudah ialah kami bebas nak pilih medium mana yang kami boleh guna untuk berniaga. Atau dalam erti kata lain, boleh pilih nak buka kedai kat mana.

Kali ini Cik Mien kongsi medium apa yang kita boleh guna untuk mempromosikan bisnes masing-masing.

Ada dua pilihan besar yang kita boleh pilih ataupun nak buat kedua-duanya pun boleh;

-Medium Online, atau

-Medium Offline

Online maksudnya kita buka kedai di alam maya i.e internet.

Offline maksudnya berjual beli secara bersemuka.

Meh Cik Mien tolong perjelaskan lagi.

#1 Tips Bisnes Online

Bisnes online sangat digemari oleh peniaga di Malaysia kerana dikatakan banyak memberikan kelebihan kepada mereka. Antaranya ialah;

-boleh terima customer seluruh Malaysia dan antarabangsa

-kedai online buka 24jam, i.e boleh menerima order tak kira masa

-kos rendah, kerana tidak perlukan sewa kedai

-zero marketing, boleh up post bila2 masa sahaja dan percuma kecuali FB/Insta Ads yang berbayar

Medium online yang korang boleh pilih dan mengikut kesesuaian masing-masing ialah;

#Berniaga online di Facebook

kena bercerita di FB, bagi orang ingat siapa kita
– siapa yg pandai bercerita, dia yang akan lebih diingati
– be ourself, ada kelainan dari yang lain

Fb personal kita kena banyakkan soft sell, FB Page boleh banyak hard sell

#Berniaga Online di Instagram

INSTAGRAM ➡ SPOONFED TYPE
– kena sediakan semua details pada posting, harga, maklumat penjual dll
– is all about visual
– kena ada presentation layout yang menarik
– gambar yang cantik
– tarik followers yang ramai
– kekerapan posting yang tinggi (>10x sehari)
– hashtag kena betul

Bagi long term sales pulak, blog adalah medium yang sesuai. Ramai orang akan refer mr google bila nak cari something, jadi blog memainkan peranan yang sangat penting. Cuma untuk menjadikan blog kita sebagai penjana sales, bukan dalam masa sehari dua. Kena konsisten update blog untuk google kenal blog kita.

#Berniaga Online di Blog

BLOG ➡ SOLUTION
– untuk mereka yang cari solution pada masalah yang mereka hadapi
– kena 100% authentic, bukan copy paste blog orang lain dan gambar pun kena original, baru senang dapat ranking dari Google
– sangat teknikal
– tapi blog ibarat tanam pokok, perlu selalu siram dan baja pada permulaan, kemudian bila dah berbuah akan terus berbuah
– 100hari konsisten update blog untuk mula dapat hasil

Pada yang baru nak mula biz, boleh mula membina blog.

 

#Berniaga Online dengan Vlog

Vlog ialah Video Blog.
VIDEO BLOG menggunakan channel youtube

Ini lebih pada visual, orang nak tengok muka, tengok presentation yang menarik.

Senang cerita dengan Vlog ni lebih dari hati ke hati. Sama mcm blog, kena selalu update.

Baru senang naik dekat search youtube tu.

#Berniaga Online dengan WhatsApp dan Telegram

Cik Mien yakin korang mesti ada banyak group WhatsApp dan Telegram kan?

Kita boleh promote pada group yang sesuai, cotton group taman perumahan kita.

Cuba jangan sampai spam terlalu banyak iklan, mungkin ada yang kurang selesa.

#2 Tips Bisnes Offline

Ada pernah satu mentor ni kongsi dengan Cik Mien, berniaga offline ni boleh mengajar kita bagaimana nak faham kehendak customer. Bila offline, kita akan lebih mengenal dilema customer kita. Maksudnya kita lagi kenal kehendak dia. Jadi ada baiknya kita buat juga offline supaya kita boleh tahu dan kenal masalah customer.

Edar flyers

Activiti mengedar flyers boleh membantu kita mendapat jualan. Ini sangat sesuai dipraktikkan untuk kawasan yang berdekatan dengan kita. Selain tujuan untuk jualan, kita juga mahu bakal prospek tahu yang kita adalah ejen atau penjual yang berhampiran dengan mereka.

Berkongsi Kad Bisnes

Kad bisnes adalah salah satu tools penting ketika kita berbual dengan prospek. Ini penting supaya kita meninggalkan jejak kepada mereka untuk dihubungi. Sebelum akhiri perbualan, hulurkan kad bisnes dan saling bertukar kad ataupun apa-apa info yang kita boleh hubungi mereka i.e terus jadi friends di FB, atau add siap2 mereka di Instagram.

Table Talk atau Coffee Talk

Ini sangat sesuai dipraktikkan bila kita nak demo sesuatu produk. Contoh nak buat demo produk penjagaan wajah. Kita setkan masa dengan prospek dan beri demo untuk sekurang-kurangnya 2-3 orang.

Melalui demo, bakal prospek akan mendapat high touch dan lebih mudah merely memahami produk yang ingin dicuba/dibeli.

Ok, dah nampak kan apa medium atau cara untuk kita berniaga? Meh Cik Mien kongsi pula apa medium yang Cik Mien guna, boleh klik link untuk lihat apa yang Cik Mien dah apply.

Medium Online

Facebook: Sharminie Zainul Abidin

Facebook Page: Healthy Inside.co

Instagram: sharminie_za

Youtube: Sharminie Zainul Abidin

 

Leave a Reply

CommentLuv badge