3 Cara Detoks Mudah, Ikut Cara Ini Buat Pinggang Kurang Inch

Masa awal ambil supplemen, Cik Mien tak berapa kisah sangat dengan pemakanan dan gaya hidup sihat ni. Sebab masa tu kita fikir ambil supplemen untuk tujuan mengandung, bersalin dan menyusu. Lagipun tengok berat badan Cik Mien maintain je dari masa berpantang hinggalah dah naik kerja jadi tak de lah sibuk2 sangat nak jaga makan.

Siap orang cakap menyusu ni pun macam kita mengandung, kena makan banyak sebab lapar bila lepas menyusu. Hookay itu memang terjadi pun. Rasa manjang nak makan je lepas mengepam.
Tapi lepas Shaklee buat kempen detoks. Semuanya berubah 360 darjah.
Cik Mien mula belajar pasal detoks ni lepas tengok upline Cik Mien dapat result yang mengagumkan. Bayangkan dia tak pernah pun sekecik itu tapi lepas dia buat detoks, fuh badan dia bertukar macam zaman kami bersekolah. Korang rasa? Wow sangat kann.
Bermulalah episod jaga makan. Cuma Cik Mien tak buat secara drastik. Ye la badan kita ni mana boleh dipaksa. Kalau dah 30 tahun hidup tak pernah detoks tetiba nak buat kenalah perlahan-lahan.
Banyak cara membuat detoks yang kita boleh cuba. Antara yang paling femes ialah dengan meminum air lemon. Cik Mien tak pernah cuba cara begitu tapi Cik Mien ada pengalaman detoks cara shaklee yang berkesan untuk diri Cik Mien.

3 Cara Detoks Mudah dan Berkesan

#1 Setup Group Detoks

Untuk program detoks dengan Shaklee, kami mulakan dengan setup group. Sekarang ni mudah je nak kumpulkan ahli. Boleh guna aplikasi seperti Whatsapp/Telegram.

#2 Setkan Cara Detoks

Untuk group kami mula dengan detoks parasit. Konsepnya kita buang parasit yang menghuni badan kita. Sebab punca kita makan makanan yang manis ialah cacing dan parasit. Mereka inilah yang suka makan makanan manis.
Resipi Detoks Untuk Mudah Berat Badan Turun
Menu sepanjang detoks parasit mestilah rolled oat, salad, sayur, buah-buahan, nasi suku je, air masak dan etc. Kalau korang blur tak tahu nak sediakan menu apa, buka je pinterest. Situ ada banyak idea yang korang boleh guna.
Alhamdulillah sebulan detoks parasit kesannya Cik Mien kurang dah perasaan teringin nak makan yang manis. Cik Mien amalkan set detoks shaklee yang membantu mempercepatkan proses nyahtoksin dan juga pembuangan parasit dalam badan.

#3 Kurangkan minum minuman manis dan berais

Lepas tu next step kami berpuasa sebulan minum minuman manis dan berais. Setiap hari perlu update dalam group samada berjaya atau tidak.   Sebab Cik Mien memang sejenis yang kurang minum air manis dan juga ais jadi cabaran ni tak rasa susah mana. Kecuali masa out station je Cik Mien minum (boleh cheat day tapi tak leh kerap sangat).Kalau hari biasa tu boleh bertahan lagi. Dah buat cabaran ni terasa seluar longgar sikit dan berat ada turun sekilo.

What’s next?

Itu cerita tahun lepas. Tahun ini Cik Mien nak kuatkan otot. Haa tu yang terus join Ride&Run. Bulan ni dah mula buat senaman untuk bina otot. Kemudian dah plan nak berlari jogging dengan anak2. Kena lah buat persiapan supaya mental dan fizikal kita ready.
Cuma bila kita berdetoks dengan supplemen ditambah pula dengan senaman, badan kita lebih cergas daripada biasa. Tidur 4 jam sudah cukup bagi Cik Mien dan Alhamdulillah nak bangun solat malam pun lebih mudah daripada biasa. Benarlah apa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W, kalau kita makan sekadar apa yang ada in sha Allah mencukupi untuk keperluan badan kita dan bantu untuk badan kita menjadi ringan bila bersolat. In sha Allah.
xoxo
Cik Mien
Wanita yang berdetoks sambil menyusu sehingga ke hari ini 

8 Comments

  1. Ikhwan January 29, 2018
    • Mien January 29, 2018
  2. Wan Syahida January 29, 2018
    • Mien January 29, 2018
  3. Elih Japahar January 30, 2018
    • Mien February 1, 2018
  4. mrhanafi March 12, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge