Cara Hilangkan Parut Jerawat dalam masa 30 Hari

Anda dah cuba bermacam jenis produk kecantikan untuk hilangkan parut jerawat tapi masih belum berhasil?

Aduh kesiannya. Sebelum Cik Mien cerita cara hilangkan parut jerawat yang berkesan, selamat dan semulajadi, beri peluang pada Cik Mien untuk senaraikan 3 kesilapan yang biasa dilakukan semasa memilih produk untuk hilangkan parut jerawat.

Memilih Produk Hilang Parut Jerawat tanpa menyemak kelulusan KKM

Telah terjadi dalam tahun ini beberapa kali KKM keluarkan senarai hitam bagi produk tertentu yang didapati mengandungi bahan yang terlarang. Natijahnya, kulit pengguna yang menjadi mangsa.

Dek kerana nak kesan cepat hilang parut jerawat dalam masa 3 hari, ramai yang telah menjadi mangsa sehinggakan membawa kepada kanser kulit. Kasihan.

Senarai produk yang telah dibatalkan pendaftaran oleh KKM boleh baca di sini, sini, sini, dan sini.

Memilih Produk Hilang Parut Jerawat Tanpa Mengetahui Keadaan Sebenar

Nak tackle hilang parut jerawat ini sama lah dengan cara kita nak sembuh daripada demam. Kena tahu punca yang menyebabkan ia sukar untuk hilang dan apakah yang boleh membantu parut jerawat ini hilang tanpa kesan menyakitkan dan merosakkan kulit muka kita.

Oleh itu, bukan sebarangan produk yang kita boleh amalkan dan semasa memilih isi kandungan produk perlu disemak untuk mengelak sebarang alergi.

Sentiasa Bertukar Produk dengan Kerap kerana tersalah beli produk

Ini juga salah satu sebab kenapa parut jerawat sukar hilang.

Bila kita kurang tahu keadaan kulit muka kita, kita mula membeli sebarangan produk. Dari satu jenama ke satu jenama kita cuba.

Lama kelamaan parut lama tak hilang, timbul pula kesan lain pada wajah kita. aduh sayangnya.

Sebelum parut jerawat tadi bertukar menjadi jeragat, Cik Mien cadangkan anda ikut cara hilangkan parut jerawat dalam masa 30 hari.

Cara Hilangkan Parut Jerawat dalam masa 30 hari

Dengan formula jerawat yang terbaru ini, Cik Mien beri jaminan anda tak perlu rosakkan muka dengan produk kimia, kecewa/ditipu dengan rawatan muka yang kosnya tinggi dan putus asa kerana asyik bertukar produk.

Ingat pesan Cik Mien ini dan pegang pesanan ini kerana Cik Mien sendiri telah menggunakan formula hilangkan parut jerawat ini sejak tahun 2011 lagi.

Sekarang Cik Mien terangkan caranya ye.

1.Energising Soy Protein, ESP untuk galakkan pertumbuhan kulit baru

cara hilangkan parut jerawat dengan esp shaklee

ESP bagus untuk memulihkan tona kulit. Kesan parut jerawat pada kulit meninggalkan warna kulit yang tidak sekata dan berbalam-balam.

Dengan khasiat 9 asid amino yang penting, ESP membantu merangsang pembentukan sel baru pada kulit. Sel baru ini akan menggantikan parut lama dengan kulit baru yang cantik dan licin.

Selaln itu, ESP juga mengurangkan kedutan pada kulit serta mencerahkan kulit secara semulajadi.

2. Sustained Release Vitamin C untuk hasilkan collagen

cara hilangkan parut jerawat dengan vitamin C shaklee

Kulit yang berparut wajib amalkan Vitamin C. Tanpa Vitamin C, kulit tak boleh hasilkan kolagen. Tapi, nak pilih Vitamin C yang macam mana ye?

3 kriteria Vitamin C untuk hilangkan parut jerawat

  1. Semulajadi– Ini wajib. Banyak di pasaran adalah daripada tenis campuran sintetik. Dan kos pembuatannya murah jadi kerana itulah harganya berbeza. Oleh itu, pilihlah yang 100% semulajadi. Yang lebih mudah diserap oleh tubuh.
  2. Sustained Released-Teknologi yang eksklusif dicipta oleh Shaklee Corporation. Ia melepaskan 100g setiap jam secara perlahan-lahan selama 5 jam. Kelebihannya ialah dengan teknologi ini ia dapat memastikan badan kita sentiasa dibekalkan Vitamin C seharian kerana lebihan tersebut akan dibuang melalui air kencing.
  3. Ada bioflavonoid-sumber bioflavonoid Vitamin C Shaklee adalah daripada kulit buah oren. Ia membantu meningkatkan penyerapan dan kesan vitamin C kepada kulit kita.

2 supplemen ini mencukupi bagi mereka yang mempunyai parut bersifat kering dan warna kehitaman.

Sekiranya anda mempunyai parut yang bernanah, agak basah dan kelihatan seperti berkawah. Ada baiknya anda add on supplemen ini,

3. Zinc Plus mempercepatkan penyembuhan luka akibat jerawat

cara hilangkan jerawat dengan zinc plus

Formula terbaru yang mana tidak mengandungi alfalfa. Membantu mengurangkan radang jerawat serta mempercepatkan penyembuhan luka dalam dan luar.

Zinc Plus didatangkan dengan formula zink gluconate untuk kadar penyerapan yang tinggi.

Apa Jaminan Cara Hilangkan Parut Jerawat ini berkesan?

Saya adalah pakar hilang parut jerawat

kerana saya sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.

Kajian dan kos R&D Produk melebihi 1billion

Produk sentiasa ditambah baik dan setiap kajian menghasilkan journal serta mempunyai Landmark Study

Jaminan Perubahan dalam masa 30 hari

Sel kulit muka kita berubah setiap hari bermula hari ke-10. Perasan tak bila kita sun burn lama2 kulit makin cerah? ye begitulah proses kulit kita.  Bayangkan dengan mengamalkan ketiga-tiga2 supplemen ini sudah pasti kulit anda kembali licin seperti kulit bayi.

Konsultansi berterusan

Menang membeli biarlah menang memakai juga. Anda membeli dengan Cik Mien, konsultansi berterusan diberikan sehinggalah parut jerawat anda hilang.

Set Hapus Parut Jerawat

Pertanyaan| Tempahan

Boleh WhatsApp Cik Mien taip ‘PARUT JERAWAT’ ke Cik Mien, 0123813525

Atau

http://www.wasap.my/60123813525

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge