5 Cara Memilih Krim Malam Yang Buat Wajah Kita Kembali Muda dan Bersinar

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Kalau kita reiki dengan mereka yang mempunyai kulit muka cantik ni, pasti jawapan mereka ialah mereka menjaga kulit muka mereka siang dan malam.

Ye, biasanya orang hanya rajin nak menepek masa siang tapi bila tiba waktu malam, kita kurang menekankan. Semasa kita tidur, hormon melatonin akan meningkat dan bertindak sebagai antioksidan yang membantu kulit kita melawan bintik2 atau garis2 halus yang kelihatan pada wajah.

Tetapi, haaa, ada tapi nya. Bila umur kita meningkat, hormon melatonin kita juga menurun. Oleh itu pentingnya kita amalkan supplemen yang bersifat antioksida dan juga krim malam untuk membantu wajah kita bebas daripada garis penuaan serta bintik2 yang tercela.

ok meh Cik Mien bantu korang dengan berkongsi cara memilih krim malam yang mampu memberikan kelembapan kepada wajah kita sehingga garis penuaan semakin kurang kelihatan.

Cara Memilih Krim Malam

#1 Pilih Krim Malam Yang Tekstur Ringan dan Kurang Melekit

Dulu Cik Mien agak sceptical dengan penggunaan krim malam. Sebab rasa kurang selesa bila kita tepek pada muka. Lepas sapu, rasa seperti ada lapisan tebal di muka dan bila kita sentuh, tangan kita melekit.

Sudah tentu hasben pun komplen sebab dia pun turut terkena tempiasnya. Nak pegang muka isteri tetiba melekit, alahai.

Jadi sangat penting kita pilih krim malam yang mempunyai tekstur ringan dan kurang melekit supaya kita rasa selesa ketika menggunakannya.

 

#2 Pilih Krim Malam Yang Kaya dengan Bahan Pelembap

Antara bahan yang dikenali membantu untuk melembapkan kulit kita ialah shea butter, avocado, timun, aloe vera, minyak kelapa, minyak kastor, minyak olive, buttermilk dan madu.

Pentingnya memilih krim malam yang membantu melembapkan kulit muka supaya wajah kita sentiasa lembap siang dan malam.

Selain itu, wajah yang lembap akan memudahkan proses mekap serta mengurangkan potensi garis halus timbul di sekitar mata, hidung dan mulut ketika anda senyum.

#3 Pilih Krim Malam Yang Bersifat Anti Penuaan

Selain daripada melembapkan wajah, krim malam juga membantu untuk memperbaharui sel kulit. Semasa kita tidur, badan kita akan bekerja dengan memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit. Secara semulajadi badan kita menukar sebanyak 50 juta sel kulit setiap hari.

Namun, bila usia kita makin meningkat, badan kita juga semakin kurang menghasilkan kolagen. Oleh itu, perlunya kita menyapu krim malam yang bersifat anti penuaan agar wajah kita kembali anjal, tegang dan memudarkan garis kedutan.

Di samping itu mengamalkan supplemen yang bersifat anti penuaan dan membekalkan kolagen serta COQ10 kepada kulit akan membantu mempercepatkan lagi wajah kita kembali bersinar.

#4 Pilih Krim Malam Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

Kenal jenis kulit anda supaya tidak tersilap memilih krim malam. Apapun seeloknya menggunakan krim malam yang sesuai untuk semua jenis kulit adalah lebih baik memandangkan kulit kita sentiasa berubah keadaannya. i.e kalau anda jenis yang perlu travel ke negara yang cuacanya berbeza dengan negara sekarang.

#5 Pilih Krim Malam Yang Kaya dengan Bahan Semulajadi

Memilih krim malam yang kaya dengan bahan semulajadi adalah yang terbaik buat masa ini. Elakkan krim malam yang mengandungi alkohol. Ini kerana alkohol akan menyebabkan kulit kita menjadi kering.

Cik Mien harap dengan perkongsian ini membantu anda memilih krim malam yang bagus untuk wajah kita agar kembali muda dan bersinar.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge