Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,
Cik Mien nak tanya sikit, korang biasa guna pelembap muka? Atau nama lainnya, moisturiser. Sejak suka mekap nipis ni baru Cik Mien sedar pelembap muka ni sangat penting. Rasa best plak muka kita ni dilindungi dengan pelembap. Dan Cik Mien nak kongsi dengan cara memilih pelembap muka yang berkesan tanpa kompromi.
Manfaat Pelembap Wajah
Sebelum itu, korang perlu faham kenapa kulit muka kita ni wajib disapu pelembap muka setiap hari. Antara manfaat pelembap wajah ialah;
- melembapkan wajah kita dalam apa jua keadaan dan cuaca,
- mencegah kulit muka daripada kering,
- melindungi wajah daripada sinaran UV,
- membersihkan wajah daripada debu dan noda,
- menyegarkan wajah kita,
- menghaluskan kulit muka kita,
- mencegah penuaan diri
Jadi sangat penting tau pelembap wajah ni kita sapu di muka setiap hari. Di pasaran setiap jenama pasti mempunyai pelembap muka cuma kita pengguna pening nak pilih yang mana satu.
Kali ini Cik Mien kongsi cara memilih pelembap muka yang berkesan dan tanpa kompromi dengan hasrat dapat memberikan pencerahan kepada semua agar dapat membuat pilihan yang terbaik.
#1 Kenali Jenis Kulit Muka
Ini penting supaya kita tidak salah memilih jenis pelembap muka. Apapun Cik Mien suka cadangkan pilih pelembap muka yang sesuai dengan semua jenis kulit. Sebab kulit muka kita juga mudah berubah dengan faktor cuaca.
Contoh baru-baru ini Cik Mien melancong ke Osaka, Jepun. Perubahan cuaca yang drastik telah memberikan kesan kepada kulit Cik Mien dengan sekelip mata. Mujur le pelembap muka Cik Mien jenis yang sesuai dengan semua jenis kulit Alhamdulillah Cik Mien survive.
#2 Pilih Pelembap Muka dengan Menyemak Bahan Yang Digunakan
Setiap jenama pasti menggunakan bahan yang berbeza untuk menonjolkan produk masing-masing. Memang pening nak memilihnya tau.
Ada yang berasaskan minyak zaitun, aloe vera, ekstrak timun dan macam2 lagi. Tips Cik Mien ialah bahan yang terbaik pasti menghasilkan produk yang terbaik.
Dan inilah juga yang membezakan harga pelembap muka bagi setiap jenama.
#3 Pilih Pelembap Muka Yang Bebas Bahan Kimia
Fungsi pelembap muka ialah untuk melembapkan kulit, tapi kalau selepas kita sapu, kulit kita jadi tegang dan kering, kita harus semak bahan kandungan yang digunakan.
Dikhuatiri kalau2 pelembap muka yang kita beli mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Paling kurang pun seeloknya elak memilih yang mengandungi paraben.
#4 Pilih Pelembap Muka Yang Mempunyai SPF Tinggi
Antara manfaat pelembap muka ialah melindungi kulit muka daripada sinaran UV. Paling terbaik pilihlah pelembap muka yang melindungi wajah kita daripada matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB.
Dalam banyak2 pelembap muka di pasaran, Cik Mien suka menggunakan Youth Age Defense Moisturizer-SPF 50.
Antara sebab kenapa Cik Mien pilih Youth Moisturizer ialah;
- perlindungan sinaran matahari yang luas ibaiti SPF50,
- sesuai dengan semua jenis kulit muka sebab kulit Cik Mien ada spot yang kering, berminyak dan lembap,
- non-comedogenic-iaitu tidak menyumbat lubang pori kulit,
- diformulakan khusus untuk kulit orang Asia yang disesuaikan dengan keadaan cuaca,
- bahan yang digunakan berkualiti tinggi dan mempunyai banyak kelebihan seperti,
- Muscadine Grape Extract,- manfaat untuk perlindungan kulit, mencegah kerosakan kulit daripada alam sekitar yang tercemar
- Vital Repair+(Vitamins, Botanicals)- manfaat untuk perlindungan dan melembutkan kulit, serta bahan2 ini bertindak dengan meneutralkan dan melawan radikal bebas.
- paling penting, ia bebas daripada 1500 bahan kimia seperti,
- Lauryl sulfates/Laureth sulfates
- Synthetic fragrance
- Formaldehyde donating preservatives
- Resorcinol
- Mineral Oil/Paraffin/Petrolatum
- Microbeads (microplastics)
- EDTA
- Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)
- Benzophenone
- Phthalates
- Cyclosilicone
- Quaternary ammonium compounds
- Quaternium-15
- Hydroquinon
- Synthetic colours
- Animal Derived Ingredients
- Lanolin
- Propylene glycol
- Heavy Metals
- Mercury
- Silver & Salt
- Barium salts
- Solvents
- Toluene
- Chlorofluorocarbon propellants
- Perfluorinated compounds
- Coal Tar
- Talc
- Wheat (Gluten)
Harga untuk Youth Age Defense Moisturizer SPF 50 ialah RM218.63 dengan kandungan sebanyak 50ml.
Untuk pesanan segera boleh hubungi Cik Mien ye.
xoxo
Cik Mien
Wanita yang memilih pencuci muka yang berkesan dan semulajadi
FB Page: HealthyInside.co
Instagram: sharminie_za
Blog: http://sharminie.com/
Whatsapp/Telegram: 0123813525
muka saya ada bernminyak sedikit,,
dulu kronik.
sekarang sudah semakin bagus
mrhanafi recently posted…Mencari Pasangan Hidup
terima kasih atas perkongsian kecantikan yang bermanfaat ini admin.
encikhafiz.com recently posted…Resepi Mudah Nasi Arab Khabsah Ayam
you are most welcome. benda yang baik elok dikongsi. sharing is caring. hehe…
suka sangt dengan youth ni. kita dah berumur ni mmg penting spf tu. bila jeragat dah mai tak guna dah menyesal.
nurul aziyana recently posted…Review YOUTH Skincare: Pori Wajah Makin Mengecil
jeragat tu mmg sejenis berpisah tiada. jadi wajib guna moisturiser yg spf tinggi. dah berjeragat nanti jadi tompok lagi susah nak cover.
Nak try pla Youth Moisturizer ni… sebab guna yg lain macam tak berapa kena pla…
boleh cuba. so far sy guna memang jenis cepat mereça.